Chapter 20

5K 178 17
                                    

Lycia mengerut dahinya untuk menahan rasa takut yang menggunung dalam dirinya. Perlahan-lahan dia cuba membuka matanya apabila tiada sebarang tanda-tanda dia sudah mati. Matanya membundar tatkala melihat satu hulu tajam yang ditusuk ke badan Noira dari belakang. 

Hulu tajam itu hampir mengenai hidung Lycia. Kemudian ditarik pedang itu dari badan itu. Terlihat darah membuak keluar dari perut Noira. Banyak sekali sehingga memercik ke wajah Lycia.

Tak lama kemudian, dari belakang, dada Noira pula ditusuk dengan pedang tajam itu. Noira mengerang kuat. Jeritannya yang nyaring itu menyengat pendengaran Lycia. Terlihat parang yang tadinya berada di dalam genggaman Noira, terjatuh di hadapan Lycia. 

Mujur tidak mengenainya. Sebaik sahaja pedang itu dikeluarkan dari badan Noira, Noira terduduk menahan rasa sakit di bahagian perut dan dadanya. Dan terlihat orang yang berada di belakang Noira.

"Louis?"ujarnya dengan nada perlahan kerana ubat itu sudah meneroka hampir separuh dari badannya. Dan membuatnya semakin lemah. 

Kepalanya semakin berdenyut lagi. Jantung mula kehilangan ritmanya. Dia hampir kehilangan oksigen.

Louis mejatuhkan segera pedang yang berlumuran dengan darah Noira. Dia menghampiri Lycia yang terikat di atas kerusi itu. Setelah berjaya membuka ikatan kemas itu, Louis memapah Lycia keluar dari kilang lama itu. 

Noira ditinggalkan sendirian di dalam bilik itu. 

Louis menolong Lycia duduk di atas bangku yang hampir reput di hadapan kilang besi itu.

Louis memandang Lycia. Mukanya kelihatan amat pucat dan lesu. "Lycia, kenapa muka kau pucat?"soalnya. 

Dalam kepayahan, dia cuba bersuara. 

"Kena cucuk ubat"

Kedengaran amat perlahan sekali. "Kau jangan risau. Kejap lagi bantuan akan sampai. Aku dah call tadi". "Macam mana kau call?"tanya Lycia sambil memicit-micit kepalanya. 

"Maksud kau?"

 "Kau kan- ikat- bilik sebelah. Macam- lepas?"tanya Lycia, tak bersambung.

"Oh...ada orang tolong aku"

Lycia menoleh ke arah Louis yang berada di sebelahnya. Dahinya dikerut sedikit. "Siapa?"tanya Lycia. "Err...adalah. Kau tak payah tahu"kata Louis pula. Dia seakan-akan menyembunyikan sesuatu. Lycia memandang Louis dengan muka tak puas hati. Kemudian berpaling menghadap kilang buruk itu.

"Lantaklah. Bukan-nak tahu-" kemudian kembali memicit-micit kepalanya yang berdenyut kencang.

"Sakit sangat ke?"

"Hmm" dengung mulutnya, mengiakan kata-kata Louis. Suasana menjadi senyap seketika. Masing-masing tak tahu nak cakap apa lagi sementara menunggu bantuan tiba. Hanya kedengaran angin yang meniup menemani mereka. 

"Kau sepatutnya bagitahu aku" 

"Bagitahu- apa?"ujarnya. Tangannya masih memicit urat-urat kepalanya yang tegang.

"Pasal kematian Umi Dina dan kawan-kawan kau"

Lycia tersengih. Rasa mahu tertawa pula mendengar kata-kata Louis. Lucu. Dia menoleh perlahan-lahan ke arah Louis. Anak matanya merenung ke dalam mata Louis. Louis hanya membiarkan sahaja. 

The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)Where stories live. Discover now