Chapter 5

6.7K 305 21
                                    

[Tahun 2016]
Usai dia menyegarkan tubuhnya, segera dia mengatur langkah ke dapur istana. Nampaknya suasana di dapur kelihatan meriah sekali. Rancak sekali mereka semua berbual sambil menyediakan sarapan. 

Namun suasana bertukar apabila salah seorang tukang masak terlihat Lycia melangkah masuk ke dapur istana yang besar itu.

"Selamat Pagi, Puteri Lycia", ujarnya kemudian membongkok sebagai tanda hormat. Yang lain turut berhenti melakukan hal masing-masing dan mengikut perlakuan tukang masak tersebut. "Eh.....tak payahlah sampai macam tu", ujar Lycia. Segan bila diperlakukan seperti itu. 

"Tapi itu memang protokol yang wajib diikuti, puteri. Puteri.....jika tidak keberatan, boleh patik bertanya sesuatu?", tanya ketua tukang masak itu.

'Tak payahlah sampai nak berpatik bagai', kata hatinya. Lycia mengganguk. "Apa yang membawa puteri ke sini? Ada apa-apa yang kami boleh bantu?". Perkataan 'kami' merujuk kepada lebih 50 tukang masak yang berada di situ. 

" Tak ada apa-apa. Saja tengok. Kalau saya ni mengganggu kamu semua, saya pergi dulu ye", katanya.

"Eh....bukan. Kami tidak bermaksud seperti itu, puteri. Jika puteri mahu berlama di sini pun boleh" kata ketua tukang masak itu lalu menyuruh mereka semua menyambung kembali tugas mereka. Lycia mengatur langkah ke arah kerusi berdekatan lalu melabuhkan punggungnya . Mereka semua memang cekap melakukan tugas mereka. 

Tiba-tiba.......

" Lycia!!". Lycia tersentak lalu berdiri. Nampaknya nenda mencarinya. "Puteri.....rasanya lebih baik tuan puteri pergi menghadap permaisuri" ujar salah seorang tukang masak . Lycia mengangguk lalu pergi mendapatkan nendanya.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Lycia menghampiri nendanya yang berada di meja makan. Dia menarik salah satu kerusi lalu melabuhkan punggungnya. "Ye, nenda. Ada apa nenda panggil Lycia?", soalnya. " Nenda mahu tanya kamu. Kamu sudah sediakan peralatan sekolah kamu esok?". 

Lycia menggeleng.

"Kalau begitu, nanti nenda suruh pembantu istana membelikan keperluan kamu di pekan", katanya. " Eh....takpe ......takpe. Lycia boleh pergi sendiri". 

"Tetapi.....kalau ada orang nampak kamu, bagaimana?".

 "Takpe. Pandai-pandai lah Lycia menyamar nanti", kata Lycia. "Kalau kamu dah kata macam tu, nenda tak boleh kata apa. Lepas bersantap pagi esok, kamu boleh pergi beli. Nanti nenda bagi senarai yang perlu dibeli. Mahu pengawal hantarkan Lycia ke pekan?", soal nenda.

Beberapa pembantu dapur menghidangkan makanan di atas meja. Aromanya membangkitkan seleranya. " Rasanya, tak apalah. Pandai-pandailah Lycia pergi nanti" .

Heiera Imperia tersenyum. Nampaknya sikap Lycia dan Loius amat berbeza sekali. Mungkin kerana Loius dibesarkan dengan harta manakala Lycia tidak. Agaknya manalah hilangnya cucunya seorang itu. Walaupun dia dan Loius......tak pernah sekepala tetapi dia masih menyanyangi cucunya itu.

"Nenda......", panggil Lycia apabila melihat langsung tidak menjamah makanan yang dihidang. "Ye.....ada apa Lycia?". " Nenda tengah pikir pasal apa?".

"Loius" jawabnya. 

Lycia mengganguk , tanda mengerti.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Lycia melangkah keluar dari pintu pagar istana. Senarai barang yang perlu dibeli dan wang di simpan di dalam beg sandang ungunya. Dia hanya memakai t-shirt biru, seluar jeans dan topi berwarna merah. Rambut kuningnya diikat tocang.

"Tak adalah jauh sangat", ujarnya, setibanya dia di pekan itu. Keadaan di situ agak sibuk. Banyak juga kedai yang dibina di pekan itu. Ada kedai daging, kedai sayur, kedai komputer dan juga kedai perabot. Tetapi tidak kelihatan kedai alat tulis. 

The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)Where stories live. Discover now