Lycia mengorak langkah ke beranda kamar itu. Dia menghalakan pandangannya ke arah taman Delarose yang menghubungkan Irviane kingdom dan Delarose kingdom.
Memang tidak dapat dinafikan keindahan itu apabila malam menjelma. Kemudian dia merenung ke arah bulan terang di langit. Bintang-bintang pula berkelip-kelip di langit nan biru menambahkan lagi seri di malam hari. Indah bukan pemandangan di waktu malam?
Sungguh unik.
Fikirannya pula melayang. Entah kenapa dia memikirkan tentang seseorang. Memikirkan Puteri Noira Ivory Qassara. Dia hairan apabila tidak nampak gadis itu bersama rakan-rakannya lagi-lagi Wendy. Seperti ada perang besar di antara mereka.
Yang peliknya, perang itu berlaku selepas peristiwa dia dibuli oleh konco-konco Noira.
Entahlah. Segera dia melemparkan jauh hal itu. Dia hanya mahukan ketenangan sahaja pada masa ni. Hanya itu yang diperlukan. Namun hatinya tak seiring dengan akalnya. Mereka bertelingkah sekali lagi.
Kini dia berfikir tentang pelawaan Armedia untuk meluangkan masa bersama-sama. Bukan itu sahaja. Loius juga turut serta. Itu yang membuatnya berfikir sekali lagi.
Walaupun dia telah bersetuju dengan cadangan itu namun hatinya was-was. Takut ada drama swasta berlaku di hadapannya. Ah....moga-moga tak berlaku. Dia tak ingin rasa cemburu itu bertandang lagi.
Emosinya masih tak stabil lagi kerana dia enggan makan ubat. Hatinya keras. Degil. Tak mahu makan atas sebab cemburu. Apabila Loius mendesak, dia masuk ke kamar. Mengurungkan diri sendiri di dalam bilik sehinggalah sekarang.
Dari petang sampai ke malam dia terperuk di dalam kamar ungu itu. Perutnya pula terasa sakit kerana tiada apa-apa untuk dihadam.
Lycia memegang perutnya yang berkeroncong dri tadi. "Aduh laparlah pulak"katanya. Kemudian kepalanya pula buat hal. Rasa pening mula menguasai kepala degilnya itu. Lycia memegang kepalanya pula. Badannya langsung tak mahu berkerjasama dengannnya. Tak reti duduk diam.
Ish....korang ni time malam-malam buta ni lah kau nak buat hal. Marah hati kecilnya.
Lycia melangkah masuk ke kawasan bilik tidurnya apabila rasa sejuk menghantui badannya yang panas itu. Kemudian menutup pintu beranda itu perlahan-lahan. Dia tak mahu mengejutkan sesiapa lebih-lebih lagi nendanya yang baru pulang dari menyelesaikan hal ehwal Delarose.
Dia menghempaskan badannnya ke katilnya yang empuk itu. Ah....enak benar rasanya. Rasa mengantuk bermaharajalela pula. Baru sahaja dia ingin melelapkan matanya, perutnya berbunyi sekali lagi. Lycia agak terganggu namun diendahkan bunyi itu. Namun semakin diendahkan rasa tak selesa bertandang pula.
"Hish orang nak tidur pun susah"kemudian bangkit dari katil besar itu. Dia duduk di sisi katil itu.
Dia mengerling ke arah jam locengnya. 1 pagi. Harap semua orang dah tidur sebab dia mahu melawat dapur sebentar. Perutnya sudah meminta-minta untuk diisi. "Yelah. Yelah. Senyap boleh tak? Aku nak pergi lah ni"ujarnya lalu menyarungkan selipar bunnynya yang lembut dan berbulu itu. Perutnya pula berhenti berbunyi.
"Paham bahasa rupanya. Ingatkan pekak"entah melalut apa pula puteri itu waktu pepagi buta ni.
Lycia melangkah ke arah pintu kamarnya. Walaupun langkahnya agak cacat kerana asyik terhuyung-hayang ke kiri dan kanan namun digagahkan jua kakinya untuk melangkah. Kemudian pintu biliknya dikatup rapat tapi dalam pada masa yang sama perlahan-lahan kerana tak mahu beast di kamar sebelahnya terjaga. Kemudian dia mula mengorak langkah ke arah tempat yang ingin ditujui.
Namun sewaktu melintasi kamar Loius, dia terhenti sebentar. Ingin juga tahu sama ada kembarnya itu sudah tidur atau belum. Takut plannnya untuk makan senyap-senyap digagalkan oleh monster itu. Bunyi kuakan terhasil apabila dia menolak pintu kamar itu. Pintu berkarat kot.
YOU ARE READING
The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)
Fantasy[COMPLETED] [This is the raw version of TRP] Alya Natasha, gadis biasa yang terjebak dengan dunia Andalusia. Tepat pada hari jadinya yang ke-16, dia diculik oleh nendanya. Alih-alih rupanya dia seorang puteri raja Delarose yang bakal ditabalkan. H...