[Tahun 2016]
"Thank you, nenda""Welcome- tapi lepas ni Alya kena belajar cara makan dengan betul. Buruk betul cucunda makan tadi. Seram nenda tengok" bebel nenda. "Ha!!! Nak makan pun kena belajar? Baby jiran sebelah Lycia pun tahu makan", katanya.
" Nenda tahulah yang semua orang tahu makan tapi kamu kena belajar cara makan seperti seorang puteri". 'Lecehlah' ,bentak hatinya. "Hmm....yelah. Belajar pasal makan je kan?", soalnya. " Eh....tak. Ada banyak lagi. Dan kamu juga perlu pergi ke sekolah...", kata nendanya.
"Sekolah? Takkan baru sampai sini dah kena sekolah kot. Bagilah cuti dua hari ke?", soalnya lagi. "Seorang puteri harus patuh arahan nendanya. Nanti nenda akan bagi jadual harian kamu dan apa yang perlu kamu lakukan lusa kerana lusa kamu sudah mula bersekolah", jelas nendanya.
Alya mengangguk perlahan-lahan. Sama ada jadi puteri ke tak, tak ada beza pun. Tetap kena jejakkan kaki ke sekolah.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
Alya melangkah masuk ke dalam sebuah kamar bilik tidur berwarna biru . Dia difahamkan bahawa bilik sebesar alam itu biliknya. Untungnya jadi puteri. Bilik tidur dah serupa rumah teres. Ada tangga yang menuju ke roof top.
"Besok-besok jelah aku naik atas. Sekarang masa untuk tidur. Tapi sebelum tidur mestilah nak mandi dulu" tuala yang mempunyai lambang bunga rose padanya. Tiba-tiba kedengaran pintu biliknya diketuk. "Mesti nenda...."
"Ada apa-apa yang Lycia boleh bantu?", katanya setelah pintu kamar itu dibukanya. "Nenda mahu beri jadual harian dan sekolah. Itu sahaja. Selamat malam, Lycia", ujarnya setelah memberi beberapa keping kertas. Alya menutup pintu perlahan-lahan setelah neneknya meminta diri ke kamarnya.
Dia membelek-belek helai kertas yang diberikan. Setiap patah perkataan diteliti.
Jadual Sekolah
Isnin= MT / BM / BM / RECESS/ GEO / SV / ART / ART / SEJ
Selasa= PER / PJK / PJK / RECESS / BI / BI / SC / SC / BM
Rabu= KH / KH / SV / RECESS/ BM / MT / MT / GEO /BI
Khamis= SEJ / SEJ / BI /RECESS/ MT / SC / SC / KH / AG
Jumaat= AG / AG / BM / RECESS/ BM / GEO / SEJ / SC
Jadual Harian
Isnin : 5.00 pagi = Bangun & Mandi & Solat
6.10 pagi = Tukar pakaian sekolah
= Sarapan
6.20 pagi = Bertolak ke sekolah
6.40 pagi = Tiba di sekolah
1.40 petang = Pulang ke rumah (Sesi persekolahan tamat)
2.00 petang = Tiba di istana
= Mandi & Solat
= Makan tengahari
2.30 petang = Kelas Tatatertib
4.30 petang = Tamat kelas
= Pulang ke istana
= Solat
5.00 petang = Makan petang
5.30 petang- 7.00 malam = Masa lapang
7.00 malam = Mandi
= Solat
7.50 malam = Makan malam
YOU ARE READING
The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)
Fantasy[COMPLETED] [This is the raw version of TRP] Alya Natasha, gadis biasa yang terjebak dengan dunia Andalusia. Tepat pada hari jadinya yang ke-16, dia diculik oleh nendanya. Alih-alih rupanya dia seorang puteri raja Delarose yang bakal ditabalkan. H...