Chapter 14

4.2K 199 12
                                    

Lycia terjaga dari tidur nyenyaknya.Dia menoleh ke arah beranda. Langit masih kelihatan gelap."Dah pukul berapa ni?"soalnya. Kemudian dia mengerling ke arah jam loceng yang terdapat di atas meja kecil itu.

5 pagi. Hm....masih awal lagi untuk bersiap tapi apa dia kesah. Segera dia mencapai tualanya. Kemudian mengatur langkah ke kamar mandinya.

Setelah itu, dia mengambil sepasang baju rasmi sekolahnya yang telah siap digosok oleh pembantu istana . 

Well... sebenarnya dia nak gosok sendiri tapi nenda tak bagi.

"Siap" ujarnya. 

Kemudian dia mengalas begnya yang sudah disusun jadualnya semalam. Tiba-tiba ekor matanya terlihat dua orang dayang memasuki kamar beradunya. Lycia memusing badan untuk menghadap mereka.

"Ye...nak apa?"soal Lycia. Mereka terdiam sebentar sebelum salah seorang dari mereka menjawab. "Kami ingat nak kejutkan puteri macam biasa. Tapi puteri bangun dulu. Hm...kalau macam tu, kami pergi siapkan sarapan dulu lah ye"

Baru sahaja mereka hendak berlalu pergi, Lycia bersuara. "Loius dah bangun ke belum?"soalnya. "Hm...tadi kami dah kejutkan putera. Tapi dia tak nak bangun". 

"Oh...okay"kata puteri itu pendek.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Bunyi berkeriuk kedengaran sebaik sahaja Lycia menolak pintu kamar itu. Kemudian matanya terlihat Loius yang masih berselubung di dalam selimut. "Ish...budak ni" kemudian pantas sahaja jari-jemarinya memetik suis lampu.

"Ish...orang nak tidurlah. Tutuplah lampu tu balik. Kacau jelah dayang ni"suara itu kedengaran sebaik sahaja kamar itu menjadi terang. Lycia mengeleng kepalanya beberapa kali sebelum mengorak langkah ke arah katil itu. 

Beg sekolahnya disandang di belakang badan.

"Wei...ni aku lah. Bangunlah. Nanti lambat pulak gi sekolah"marah Lycia. Gadis itu mengorak langkah ke sisi katil Loius. Dia mengocangkan tubuh yang diselimuti selimut tebal itu. 

"Bangunlah wei!!! Bangun!!!".

Loius duduk berlunjur di atas katil. Kakinya masih diselubungi selimut tebal itu. Tangannya direngangkan ke atas. Kedengaran bunyi sendi berlaga-laga. Kemudian jari-jemarinya mengosok matanya yang mengantuk. Loius menoleh ke arah Lycia yang berada di sisi katilnya. 

"Yelah yelah. Aku bangun"katanya dengan nada mengantuk.

Mata kuyu itu merenung ke arah Lycia. Mata biru itu membuatnya terpanar. Memberi suatu rasa asing di hatinya. Lycia mengalihkan pandangannya. Tak mahu dia kelihatan lemah di hadapan Loius.

"Dah tu?! Apa lagi... mandilah!!!"jerkah gadis itu. 

Boleh pula si putera ni melengahkan masa. "Takkan kau nak aku mandikan pulak" gumamnya sendiri. Loius yang terdengar kata-kata itu, tersengih kecil. "Hehe....kalau kau nak.... boleh je" sakat Loius. "Loius! Dasar gatal!! Kau pergi mandi sekarang!!"jerit gadis itu.

Segera Loius bangkit dari katil sebaik sahaja komando melepaskan peluru belerang. Tuala yang tersidai di birai katil dicapainya. Namun sebelum itu, Loius menjengukkan kepalanya dari kamar mandi itu lalu berkata. "Kalau boleh.... tolong aku susun buku. Aku lupa nak buat semalam. Thank you". Pintu kamar mandi itu ditutup.

"Huh....tak de maknanya aku nak tolong kau. Buat sendiri"ujarnya. "Alah tolonglah. Kau kan baik"kedengaran suara Loius dari dalam tandas. Kemudian kedengaran bunyi pancuran air. 

Sempatlah dia jawab. Kata hati kecilnya.

Lycia mengeluh. Dia menghampiri meja belajar putera itu. Akhirnya dia menolak egonya untuk membantu kembarnya itu. Dia duduk bersila. Dibukanya zip beg biru langit putera itu. Kemudian dikeluarkan buku-buku mata pelajaran yang tak berkenaan. 

The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)Where stories live. Discover now