If you don't have anything to say to me
DON'T callGuys....sorry sebab lama tak update. Banyak sangat drama dalam hidup ni kadang-kadang tanpa kita sedar kita tengah alaminya dan kita tak nak hadap pun . So.....disebabkan mood Fira dah ok sikit......Fira rasa nak update cerita ni.
Lagipun Fira tak nak lah hampakan korang. Umm....yang ayat kat atas tu ignore je. Tak de kena mengena dengan cerita ni pun. Just cebisan dari kisah hidup author. Hmm.....menyedihkan betul, kan?
So...okay tak previous chapter? Harapnya korang suka. Just nak bagitahu sesuatu. Buat masa ni latar masa 2025 akan dibekukan buat seketika. As in.....Fira akan stop tulis tentang Lycia waktu dia umur 25 tahun.
[And....Fira akan focus menulis tentang Lycia masa dia umur 16 tahun. Yelah....takut korang pening-pening baca cerita ni. Karang stres pulak....]
And Fira akan start chapter ni....dengan idea @BuDak_SLuMBeRzZ atau dikenali sebagai Hazimah. Hihi....sempat pulak stalk orang. Jangan marah ye. Thanks to her. Kalau tak disebabkan dia....korang takkan dapat tahu kenapa Lycia kena buang dari istana.
Anyway.....enjoy!!
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
[Tahun 2010]
Lycia berdiri di tepi katil besar milik kedua ibu bapanya. Matanya masih memerhati bondanya yang berbaring lemah di atas katil itu. Muka bondanya amat pucat malah tubuh badannya pula semakin susut. Perasaan sedih menyelebungi hatinya.
Semenjak bondanya sakit, Lycia tidak lagi melihat wajah ceria yang selalu dipamerkan permaisuri itu.
Matanya tercelik."Lycia..."ujar Permaisuri Verra dalam kepayahan menahan rasa sakit yang menghimpit dirinya. Lycia memandang tepat ke arah wajah bondanya sebaik sahaja namanya dipanggil. "Ye....bonda. Bonda nak apa-apa ke? Lycia boleh ambikkan. Nak air? Air apa? Jus ke air kosong? Atau bonda nak makan? Spaggeti ke....sup ayaa..."kata-katanya terhenti sebaik sahaja bondanya menunjukkan jari telunjuk lalu dirapatkan ke bibir.
"Shh...Loius ada kat sini. Nanti dia terbangun"katanya pada anak perempuannya yang berumur 10 tahun itu.
"Loius ??"tanya Lycia.
Bondanya mengangguk lemah sambil tersenyum manis. Kemudian mereka terdengar jeritan kecil. Lycia menunduk ke lantai. Terlihat kakinya memijak jari jemari Loius yang baring di atas lantai.
"Hish...main pijak je tangan orang. Pijak tangan dia kang baru tahu" lalu berdiri sebelah Lycia sambil menjeling kembarnya itu.
"Siapa suruh tidur kat lantai? Bilik sendiri kan ada. Pergilah tidur dalam bilik" balas Lycia. "Biarlah....Loius nak teman bonda. Bukan macam orang tu. Asyik main dengan dayang je" sambil menjuir bibir pada Lycia.
"Hei....sesuka hati je cakap. Cili kang mulut tu baru tau" dia memang tak mahu mengalah.
"Hish...korang dua ni. Kalau sehari tak gaduh tak boleh ke?" celah Permaisuri Verra. Mereka secara serentak menoleh ke arah bonda kesayangan mereka. Kemudian menunduk ke lantai.
"Sorry bonda. Kiteorang tak sengaja" kata mereka serentak.
Permaisuri Verra tersenyum. Dia bersyukur kerana dikurniakan kedua-dua cahaya mata yang baik walaupun agak nakal. "Bonda tak marahlah. Bonda tegur je. Korang ni setiap hari gaduh. Tak penat eh? Cuba kalau sehari tu...korang berdamai. Kan bagus"
" Tapi Loius selalu kacau Lycia. Dia cari pasal dulu, bonda" kata Lycia. "Eh...apa pulak. Lycia yang cari pasal dengan Loius" kata Loius, membela dirinya dari pada kata-kata kembarnya itu. "Ha...tengok tu. Gaduh lagi. Gaduh lagi. Asyik-asyik gaduh. Agak-agaknya....bila anak-anak bonda ni dah tua pun ... masih nak gaduh lagi"
YOU ARE READING
The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)
Fantasy[COMPLETED] [This is the raw version of TRP] Alya Natasha, gadis biasa yang terjebak dengan dunia Andalusia. Tepat pada hari jadinya yang ke-16, dia diculik oleh nendanya. Alih-alih rupanya dia seorang puteri raja Delarose yang bakal ditabalkan. H...