BCS 4

42.6K 2.6K 442
                                    

[Tanpa revisi version]
Soundtrack
Sumpah- Naim Daniel

TANGAN Nadhia menopang pada singki, kantungnya mata pula ditutup lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN Nadhia menopang pada singki, kantungnya mata pula ditutup lama. Aliran nafas cuba diatur kembali, masuk dan keluar. Rasa nak tampar mulut becok sendiri saja, terlebih celupar sangat tadi. Jenuh nanti dia mahu ambil hati Datin Farida kembali. Api yang kecil kini sudah bertukar marak.

Ya Rabbi. Tidak rela dia dicop sebagai menantu derhaka.

Kulit tangan yang berona merah dibeleknya sekali, pedih. Pili air dibuka lagi. Terus air yang mengalir disiram lama ke tempat melecur. Kena curah ke tangan pun sudah melecur begini, kalau ke muka? Habis lebur asetnya.

"Aku cross a line ke? Haish, macam mana ni? Tapi bila fikir balik, bukan salah aku semuanya. Mama yang start dulu. Memang lah kena basuh dengan aku," bebel Nadhia perlahan. Frustlah!

Sedang leka Nadhia melayan perasaan, ada satu tangan sasa yang melingkar di perut kempisnya. Tangan Firash, takkan tangan Datuk Fadlan pula. Nadhia langsung tidak tersentak. Dia masih dikuasai rasa marahnya terhadap Datin Farida.

"Gaduh apa dengan mama, hmm?" dagunya mendarat di atas bahu Nadhia. Haih, wangi.

"Tak gaduh pun. Saya dengan mama, best friend forever. Takkan bergaduh punya," balas Nadhia tenang. Padahal dalam hati sudah tidak keruan. Detak jantung memainkan peranan utamanya, dup dap!

"Ye ke? Kalau tak bergaduh, kenapa budak Qaid tu datang report kat aku?" soal Firash. Bukan main lagi Qaid datang menangis di kakinya. Katanya, dia seram. Ada pertarungan The Avengers di kawasan dapur.

"Qaid silap tengok kut."

"Bukan main lagi eh. Diam-diam ubi berisi. Dengan aku, nak buka mulut pun tak berani."

Muka Firash dibenamkan pada pangkal leher isterinya. Rindu, baru berpisah tidak sampai sehari. Sungguh, dia tidak sanggup membenci gadis itu. Rasa cinta mengatasi segalanya. Rangkulan pula semakin dieratkan. Tolong jangan pergi dari dia.

"Siapa Zahra?" Nadhia pusing kepalanya ke arah bahu sendiri. Tersentak dia apabila pucuk hidungnya berlaga dengan kepala Firash. Kus semangat! Pantas dia kalih kembali mukanya ke hadapan.

"Kenapa sayang nak tahu?"

Puih! Sayang? Semuanya dusta.

"Curious."

"Anak Ustaz Abdul Abbas. Jiran depan rumah."

Ustaz Abdul Abbas? Jadi, Zahra ini anak perempuan kepada ustaz ternama. Ustaz Abbas selalu diundang ke rancangan ilmiah televisyen dan segmen radio. Orang yang baik-baik. Patutlah Datin Farida mahukan Zahra sebagai menantu. Kalau dibanding dengannya, besar betul jurang. Nadhia masih bertatih dalam ilmu agama.

Bukan Cinta Sempurna ✓Where stories live. Discover now