Soundtrack
Seadanya aku- Ippo Hafiz
MATAHARI sudah mencanak naik di langit manakala Nadhia pula baru mahu tayang mukanya pada semua. Selepas solat subuh, terus dia melabuh duduk di katil. Rancangannya hanya mahu bermalas-malasan saja, tup tup terus mata tutup tirainya sendiri. Penat sangat kut! Mata ni macam nak tercabut sangat! Sebam, merah semua cukup.
Firash pula terus hilang dari radar, mungkin tidur di bilik tetamu. Helok, Nadhia tidur di bilik Firash. Firash pula jadi pelarian. Harap-harap ahli keluarga lain tak tahu.
"Hai, matahari tegak atas kepala, baru nak tercongok kat dapur," tegur Datin Farida lancang.
Nadhia hanya layarkan senyum kekoknya. Jangan melayan sangat, nanti bengkak pula hati sendiri. Mata pula meliar ke sekeliling, mencari kelibat suami sendiri. Sayangnya, tiada. Namun, matanya berlaga dengan sosok seorang gadis yang tidak dikenali. Sepupu Firash ke? Tak nampak pun dekat kenduri kelmarin.
"Sorry mama, Dhia terlajak tidur."
"Haih, sebab ni lah masuk berita mertua dera menantu sendiri. Semua menantu aku dua kali lima."
Semua menantu? Aik, suami kakak iparnya sekali ke?
"Apa ni mama, pot pet depan anak-anak along! Terikut budak ni kang," tegur Atma, kakak kepada Firash. Suami dia yang tak ada di sini pun kena tempias.
"Mama cakap yang betul! Cer tengok Zahra, pukul empat pagi, dah bangun menumis. Ringan tulang betul. Untung bakal mertua nanti," perli Datin Farida sambil mengerling ke arah Nadhia. Terasa ke idok? Kalau nak bersayang dengan Firash, haruslah telan semua sindirannya dulu.
"Sedap sungguh sambal nasi lemak kamu, Zahra. Sweet, sour, salty semua cukup rasa! Firash mesti tambah nanti," sambungnya sambil mengusap bahu gadis di sebelahnya, Zahra. Haih, Nadhia. Aku dah buka kamus omputeh ni, takkan kau tak meluat lagi.
Nadhia hanya paparkan muka selambanya. Tak terasa sangat, memang Firash suka nasi lemak. Kalau tambah, apa salahnya. Bukan tambah kuota bakal isteri pun, kan.
"Biasa je aunty. Jangan puji melambung sangat, kembang Zahra nanti," Zahra malu-malu kucing. Hujung selendang dipulas, seronok.
"Betul la mama, ringan tulang Zahra ni. Kan lagi afdal kalau bangun menumis untuk boyfriend, bukan suami orang," bidas Atma sekali. Pagi buta dah tercegat depan pagar rumah orang, muka tembok betul! Jangan nak menggeletis dengan suami orang sangat lah. Ramai lagi Adam atas muka bumi ni.
Senyuman Zahra terus mati, terasa dengan bait kata Atma.
"Mommy pak su mana? Malam tadi, pak su tak dodoi bed story pun dekat Qaira," regek Qaira, anak perempuan Atma. Qaid dari tadi menceduk coco crunch, tak lekat pula pada sudu. Cikgu cakap, graviti di tanah. Mungkin sebab tu coco crunch Qaid asyik jatuh.
![](https://img.wattpad.com/cover/232202852-288-k10860.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Cinta Sempurna ✓
Dragoste(Terbit PBAKL 2024) Warning: Stories ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Mertua puaka HAHA. Blurb di dalam. Mula: 31/08/2021 Tamat: 30/3/2022