BCS 9

35.4K 2K 589
                                    

DAGING ayam dipotong dengan berhati-hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DAGING ayam dipotong dengan berhati-hati. Kemudian, ketulan kecil itu dicicah dengan sos lada hitam lalu disuap ke dalam mulut Qaid. Hilang mana mak budak ini? Dia pula yang kena mengasuh Qaid. Nasib naik Qaid comel. Kalau mulut murai macam Qaira, memang dia tarik diri. Suruh neneknya yang jaga.

"Om nom nom. Suap lagi mak su," suruh Qaid dengan mulut penuh, beria. Kunyah pun belum, dah minta sumbat lagi.

Sempat lagi Nadhia pandang sekilas ke arah dua beranak di hadapannya. Sakan ibu mertuanya bisik sesuatu pada Qaira. Tengah bergosip tentang Nadhia ke? Haih, dah ada di depan pun nak mengata lagi. Kan dah kena tuduh dengan Nadhia, dapat dosa percuma. Hudnuzon jelah Nadhia oi!

"Mak su carik siapa?"

Qaid perasan yang mak su tidak fokus padanya. Tengok Qaid ini, ada depan muka mak su dah. Jangan sampai bila Qaid tiada, baru nak tenung dia. Huhu! Qaid dah buat ayat sedih.

"Mak su cari pa..."

SPLASH!

"Omo! Sowwy. Nenek suruh cakap yang orang tersandung. Kesian mak cu, basah..." Qaira pura-pura mahu mahu menangis.

Nadhia tersentak, tisu yang berada di depannya pantas ditarik. Habis merah dressnya. Dalam banyak perisa air, air sirap juga yang dituangnya. Qaira pun satu, alasan yang dia beri dah kukuh. Namun, terlebih pandai, habis neneknya terkantoi.

"Qaira okay? Kaki terseliuh tak?" soal Nadhia prihatin. Mana tahu Qaira tersandung betul.

"Pergi lah balik. Takkan nak biar orang tengok kau tak senonoh macam ni?" sinis Datin Farida. Blah! Jangan nak menambah malunya lagi. Dia ada perkara penting yang harus dilunaskan dan dia tidak mahu Nadhia di sini. Semak.

Nadhia terus menunduk ke arah pakaiannya sendiri. Jarang sampai nampak singlet dalam. Dia kemam bibirnya kuat, geram. Rasa macam mahu terlolong pada dunia. Biar orang tahu perangai sebenar ibu mertuanya.

"Mama memang suka cari gaduh dengan Dhia kan?"

"Mak su..." Qaid cuba buka blazernya, mahu beri pada mak su.

"Sayang," sapa Firash. Dia seperti sudah boleh membaca situasi. Datin Farida mesti buli Nadhia, seram sungguh suasana di sini. Dia pantas membalut tubuh Nadhia dengan blazernya. Hengko simpan sajalah blazer kecil kau, Qaid!

"Pak su ni, tehpi!" marah Qaid. Dia yang nak bagi dulu. Dia nak jadi hero.

"Kalau tak selesa, kita balik," bisik Firash. Nadhia sudah basah lencun. Kalau badan Nadhia masuk angin siapa yang susah? Nadhia dahlah berbadan dua.

Bukan Cinta Sempurna ✓Where stories live. Discover now