Soundtrack
Semalam- Aina AbdulDADA Firash naik turun cuba mengawal amarah, nafas sudah tidak terkawal. Sesak dan sebak. Jari naik memegang tepi kepala sendiri. Jika begini, bila-bila masa sahaja dia boleh pengsan. Gambar yang dipegangnya diterbalikkan ke belakang.
'Seronok dapat bekas aku? Kahwin dengan pelacur sekali dapat anak haram'
Ya tuhan, hati ini tidak kuat untuk menerima.
Air mata lelakinya sudah bertakung di tubir mata. Hatinya terasa dihenyak-henyak. Sungguh dia susah percaya, isteri tercinta yang baru nikahinya beberapa jam lalu sudah disentuhi lelaki lain. Yakni, bukan dia, Firash Al Adam.
"Dari tadi saya cari awak, Firash," tegur Nadhia dari arah belakang suaminya. Kancing selendang cuba dileraikan, panas. Baru sekarang sempat untuk beristirehat. Tadi tetamu berpusu-pusu mahu menyapa pengantin baru.
"Firash," panggil Nadhia lagi apabila Firash tidak menyahut. Bahu suaminya disentuh lembut. Angin seram sejuk mula terasa memenuhi bilik seperti sudah dapat membaca situasi.
"Don't touch me with your disgusted hands," tengking Firash.
"Kenapa ni?" terus tubuh Nadhia tertegun.
Firash kancing giginya kuat, boleh didengari hingga ke luar. Gambar isterinya tanpa seurat benang sudah dironyok dalam gengaman geram. Terus dia lempar gambar itu ke muka isterinya, Nadhia Sofia.
Nadhia terus terpinga-pinga, lidah bertukar kelu. Jadi kebenarannya sudah terbongkar. Bukan sekarang, dia belum bersedia.
"Saya boleh explain."
"Aku speechless, Dhia. Sungguh, anak haram lelaki mana yang kau kandung sekarang?" matanya mencerlung Nadhia. Kalau dia dayus, sudah dilayangkan penampar ke muka gadis itu.
Nadhia kemam bibirnya. Air mata perlahan mengalir ke tulang pipi. Tiada apa yang boleh disanggah buat masa sekarang. Semua kenyataan yang terpacul dari bibir Firash, semuanya benar-benar belaka.
"Nadhia Sofia... kenapa kau sanggup buat semua ni? Apa salah aku pada kau? I really really love you. Tolong jangan main-main dengan rasa cinta aku, walaupun kau tak sukakan aku, Dhia. Aku manusia, aku ada hati. My heart is not for you to play with. Kejamnya kau..." rintih Firash yang sudah menekur di lantai. Tanpa dia sedar, ada titis derita yang turun ke bumi. Gadis di hadapannya ini, gadis paling dia puja. Gadis yang tahu menjaga harga diri. Lima tahun hatinya dimiliki oleh Nadhia. Perih untuk ditelan semua tetapi itulah hakikat sebenar.
Sungguh, Nadhia rasa paling bersalah sekarang. Ini khilafnya, dia mengaku.
"Saya minta maaf. Saya terpaksa jadikan awak pak sanggup untuk anak saya. Saya tak ada cara lain. Saya ada maruah yang perlu saya jaga selagi saya boleh," jelas Nadhia dengan tangis yang teresak-esak. Lengan suaminya pula ditarik kemas. Tidak mahu lelaki itu berlalu darinya.
"I'm truly sorry," sambungnya.
"Kau bercakap tentang maruah? Perempuan jenis apa kau ni, huh? Kenapa kau tak jaga maruah kau sebelum ni? Kenapa bila dah bunting, baru nak menggelabah? Kau selfish!" suara Firash naik seoktaf. Kepala Nadhia pula lantas ditunjalnya berkali-kali.
"Saya minta maaf..."
"Sekarang kau bolehlah sembunyi perut kau. Bila dah boyot, kau fikir aku nak mengaku yang tu anak aku ke? Baik aku kahwin dengan perempuan loronglah! Murah tapi tak hikporit macam kau ni."
Hanya tangisan Nadhia yang menjadi latar belakang suara.
"Aku akan ceraikan kau," sambung Firash.
"Jangan! Tolong jangan," bantah Nadhia. Dia tidak sanggup untuk terima semua padah. Tidak mampu, sekarang pun dia sudah sengsara. Mungkin ini adalah balasan dari tuhan untuknya.
"Kenapa? Kau nak guna aku untuk tutup salah kau, kan? Tudung yang kau pakai, tak cukup untuk tutup busuk hati kau?" sinis lelaki itu. Rasa cinta yang kini punah sudah berbaur dengan rasa benci. Pandangan paling jijik diberi pada Nadhia.
"Tolong beri saya masa, sedikit lagi," Rayu Nadhia terdesak. Beri masa padanya, sekurang-kurangnya sehingga bayi yang dikandungnya dilahirkan.
"Berapa minit, bulan, tahun?"
"Sepuluh bulan. Cukup sepuluh bulan, kita cerai."
Ya tuhan, remuk terus hati Firash yang sudah sedia remuk. Gadis di hadapannya ini, bukan lagi yang dia kenali.
"Saya tak cukup kuat untuk dengar awak lafazkan semua tu," mohon Nadhia lagi. Tidak berani dia pandang wajah Firash sekarang, bengis.
Dagu Nadhia dipaut oleh Firash supaya memandangnya. Anak mata sudah membilah masuk dalam mata hazel isternya. Ada getaran dalam pandangan yang dia berikan. Hatinya semakin mengeras, benci menguasai segalanya.
Kau fikir aku cukup kuat untuk lafazkan cerai, Nadhia?
"Kalau aku tahu, cinta seperih ni. Lebih baik aku tak kenal erti cinta, tak kenal kau. Hati aku dah musnah! Pedihnya... dihancurkan oleh perempuan yang paling aku sayang. Aku sangka bidadari yang bakal pimpin aku bersama-sama ke syurga. Rupanya, jauh lebih teruk dari syaitan," suara Firash mengendur.
Nadhia terus terbungkam dek hentaman luahan seorang suami.
"Dulu kau nak aku benci kau, kan? Congrats! Kau berjaya buat aku benci kau, sangat-sangat. Tengok muka kau pun aku nak muntah."
"Saya manusia hina, Firash. Saya minta maaf... saya tak layak berada di sisi awak sebagai seorang isteri. Saya bukan isteri yang sempurna. Tapi percayalah, saya buat semua ni bersebab. Bukan kerana saya selfish," jelas Nadhia lalu mengigit bibir sendiri.
Tolong terima saya Firash. Saya tiada sesiapa lagi kecuali awak.
"Mesti puas hati kau, kan? Aku akan pastikan sepuluh bulan ni, tempoh yang paling kau sesali dalam hidup kau. Menangis, merintih atas kesilapan kau sendiri. Welcome to the hell, Nadhia Sofia, my precious wife," bisik Firash di tepi telinga Nadhia, senyum senget sudah terlakar di muka. Semua detik bahagia, kini bergumpal menjadi satu dendam. Dendam yang belum pasti dapat dilunaskan.
Q: Benci Nadhia ke Firash?
YOU ARE READING
Bukan Cinta Sempurna ✓
Любовные романы(Terbit PBAKL 2024) Warning: Stories ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Mertua puaka HAHA. Blurb di dalam. Mula: 31/08/2021 Tamat: 30/3/2022