[Bab khas untuk Datin Farida]
Soundtrack
Seadanya aku- Ippo HafizNADHIA leka mengelap cawan basah menggunakan kain napkin. Kemudian, dia ingin menyusun gelas kaca ke dalam rak kabinet. Ringan tulang betul. Kalau mertua tak restu juga, tak tahulah nak cakap apa. Salah mertua kut!
"Bancuh Nescafe untuk aku. Tak nak susu, kurang gula. Tak panas, tak suam. Letak atas piring. Keliling piring letak ais kiub," suruh Datin Farida yang sudah melabuh duduk di kerusi.
Mak ai! Order macam dekat mamak. Bancuh sendirilah datin.
"Air je ke, ma? Biskut tak nak?" soal Nadhia.
"Kalau aku nak biskut, kau nak bakarkan ke? Tak payah, aku suruh Zahra je nanti. Tak memasal hangus dapur aku!" sinis Datin Farida. Sanggulnya yang senget ditarik sedikit. Boleh tahan sunyi juga rumah ini sekarang.
Atma keluar ke pasaraya membeli barangan basah. Qaira dan Qaid sudah tidur lena di bilik atas. Datuk Fadlan pula menghadirkan diri ke perjumpaan taman. Dia malas nak ikut, malu nanti bila orang bertanya tentang menantu baharunya. Bukan dia tidak tahu gosip murahan yang meliar di taman perumahan ini. Firash tidak pulang lagi. Pembantu rumah pula tiada, sudah dia pecat lusa yang lepas. Siapa suruh mereyam dengan suaminya lagi!
Nadhia hanya menghela nafas lemah. Soalan mesra dibalas dengan sindiran. Sabar sajalah! Bukan lama pun dia di sini. Lagi dua hari, dia dengan Firash akan berpindah masuk ke rumah baru.
Setelah air siap dibancuh, terus Nadhia letak cawan berisi kopi segera itu di hadapan Datin Farida. Piring juga disertainya. Jangan lupa, nanti mengamuk pula garuda kita.
"Siap! Nescafe tanpa susu kurang gula berlapikkan piring dan disertai dengan ketulan ais di tepinya," kata Nadhia mesra. Dia bancuh dengan kasih sayang seorang menantu.
"Panas!"
"Ye ke? Dhia rasa suam je."
Banyak songeh pula. Ais tepi piring tu functionnya apa!
"Nak Dhia bancuh yang baru?" soalnya. Nescafe ada lagi dua paket besar dalam kabinet.
"Tak payah!"
Nadhia hanya angguk faham. Dia terus bergerak ke singki, nak sambung mengelap cawan yang masih tersisa. Namun, langkah kaki terhenti kembali. Kepala pula menoleh ke belakang. Ada bunyi cawan pecah.
"Tengok saja? Cucilah," Datin Farida senyum senget. Sengaja dia tolak set cawan bersih yang berada di hadapannya. Dia mahu buli Nadhia sampai gadis itu meraung minta cerai pada Firash.
Tanpa sebarang kata, Nadhia turuti sahaja suruhan ibu mertuanya itu. Padahal, dalam hati bukan main lagi bebelnya. Macam mana boleh pecah? Kepala lutut sudah mendarat di lantai. Daripada dia kutip satu-satu, baik dia sapu saja guna penyapu, kan?
Badan berura-ura untuk bangun kembali, nak cari penyapu. Namun, belum sempat dia bangun, lengannya terasa dicurahi dengan air panas. Kulit pula seperti melecur. Pedih oi!
"Adu.. aduh!" erangan Nadhia kedengaran. Terus gadis itu menonong ke singki, buka pili air. Akhirnya, dia lega sedikit dek siraman air paip yang dingin. Nadhia kancing gigi gerahamnya sendiri. Sampai hati Datin Farida curah air panas ke lengannya. Agak-agaklah! Dia fikir lengan Nadhia boleh renew cukup bulan?
"Suam, kan?"
"Mama ni kenapa! Kenapa layan Dhia macam ni sekali?"
"Kenapa? Dah terang tang tang aku tak suka kau! Aku terima Zahra sorang saja sebagai menantu aku!" herdik Datin Farida. Air Nescafe yang tersisa di dalam cawan dihirupnya. Dalam hati sudah bersorak kemenangan. Rasakan!
"Mama, ini bukan novel. Tak ada jodoh, tak ada lah!"
Datin Farida tergamam sebentar. Berani engko melawan aku.
"Memang tak ada jodoh lah, kalau perempuan macam kau ni pegang title perampas! Kau mesti ada baca baca anak aku, kan? Sebab tu anak aku jadi pak turut kau. Entah-entah suami aku pun dah terkena," sembur Datin Farida habis-habisan.
"Mama jangan buat fitnah eh, takkan Dhia nak buat benda berdosa macam tu!"
"Memanglah aku tuduh kau! Pendosa macam kau saja lah yang buat benda berdosa tu."
"Macam mana mama tahu yang Dhia ni pendosa? Mama nampak dacing penimbang dosa pahala Dhia ke? Tak, kan?" Nadhia tidak beralah. Sudah lama dia bersabar dengan karenah tak matang Datin Farida. Dari awal lagi suka mengorek salah silapnya. Padahal sekecil zarah sahaja.
"Aku malaslah nak bertekak dengan menantu pemalas macam kau ni!" Datin Farida sudah bangun dari duduk selesa. Boleh tahan pedas juga mulut menantunya. Jangan kalah Farida, kau dah lama pegang title mulut laser dalam rumah ini. Takkan kau nak kalah pada budak hingusan.
"Eh, mama pun pemalas lah. Jangan nak menunding pada orang sangat," rambut sendiri ditepis ke belakang lagak diva. Kalau tiada Atma, rumah ini macam sarang tikus.
"Aku rajin lah! Kalau tak, aku tak pecat lah maid aku tiga hari lepas!"
"Eleh, mama pecat bukan sebab mama rajin pun, kan? Mama cemburu. Takut la tu papa kena kebas dengan maid. Tu la mama. Orang cakap nak pikat suami, pikat perut dia dulu. Turun masak sekali-sekala."
Muka Datin Farida bertukar merah padam bagai tomato masak. Dia rasa nak ludah muka menantunya sekarang.
Ops! Nadhia kalau marah, memang mulut puaka.
"Mulut kau ni macam bontot ayam jugak eh!" mangkuk kaca sudah dicapai Datin Farida. Kau buka mulut lagi, aku baling mangkuk ini ke muka kau.
"Biar mulut macam bontot ayam. Jangan otak macam ayam. Bo... oh! Kurang-kurang lah makan hati ayam, ma. Tak helok! Orang cakap tak baik untuk otak, jadi slow. Hati ayam favourite mama, kan?"
"Ie! Sebab ni lah aku tak restu hubungan anak aku dengan kau. Zahra lagi better! Dasar plain girl," tempik Datin Farida sekuat hatinya. Biar dengar sampai ke taman sebelah. Mangkuk kaca yang dia pegang diletakkan kembali ke atas meja. Mahal ui!
"Zahra, Zahra, Zahra! Asyik Zahra je. Kalau mama obses Zahra sangat, apa kata kita kahwinkan Zahra dengan papa. Boleh Zahra bangun menumis pukul empat pagi untuk papa. Bertuah bakal madu."
"Memang asli bontot ayam mulut kau ni!" Datin Farida sudah hayun langkahnya ke arah Nadhia, mahu mencabik mulut gadis itu.
"Huwaa! Grandma dengan mak su bergaduh! Mommy!" raung Qaid.
Sepantas kilat dia berlari beredar dari kawasan dapur. Nak mommy, Qaid takut sangat. Nenek dengan mak su macam Hulk.
Ayok! Nenek, macam mana ni?
Pertikaman lidah mereka akhirnya tamat berkat raungan Qaid. Sesekali Nadhia berdehem, kering kerongkong. Nasib baiklah anak tekak tidak tertanggal.
"Kau jangan pandai-pandai nak kenenkan laki aku dengan Zahra eh," bisik Datin Farida perlahan. Satu jelingan paling berbisa dia beri pada Nadhia sebelum membuntui langkah Qaid. Nak rasuah dulu cucunya yang seorang itu. Nanti besar mulut pula melapor pada suaminya.
YOU ARE READING
Bukan Cinta Sempurna ✓
Romance(Terbit PBAKL 2024) Warning: Stories ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Mertua puaka HAHA. Blurb di dalam. Mula: 31/08/2021 Tamat: 30/3/2022