BCS 10

40.4K 2.1K 236
                                    

NADHIA terus terjaga dari lenanya apabila terdengar deruman kereta dari luar rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NADHIA terus terjaga dari lenanya apabila terdengar deruman kereta dari luar rumah. Sampai tertidur di ruang tamu, risau punya fasal. Dress pula masih tidak ditukar. Kotor dengan air sirap dan darah. Tanpa berlengah, terus dia bergegas ke muka pintu apabila terpandang sosok Atma di situ.

"Qaid macam mana, akak?" soalnya dengan penuh rasa bersalah.

"Alhamdulillah... tak ada apa-apa tapi kena warded. Luka belakang kepala, kena jahit empat jarum. Akak datang ambil barang je ni. Lepas tu akak nak kena pergi hospital balik. Nadhia, jangan risau sangat."

"Dhia mintak maaf. Semua ni salah Dhia. Sepatutnya Dhia tak boleh tinggal Qaid sorang-sorang," Nadhia menekur ke lantai.

"Tak apa... benda dah nak jadi, kan? Kita doa yang baik-baik je la," Atma menepuk belakang adik iparnya lembut. Kasihan pula dia pada Nadhia. Banyak masalah yang kena fikir. Haih, apa punya perangai mama ni. Zahra pun satu, sanggup pula bertunang dengan suami orang.

"Firash, nak pergi mana pulak tu?" Atma menoleh kepala ke arah Firash.

"Balik. Kena masuk office pagi ni," kata Firash dingin. Dia tiada mood langsung. Kaki terus dihayun ke luar rumah. Kalau Nadhia nak balik, masuk kereta sekarang. Kalau tak nak, dia pun tak kisah.

"Dhia balik dulu. Nanti Dhia call akak," Nadhia terus salam tangan Atma lalu meluru ke luar rumah. Kalau dia datang sendiri, memang tak hamak dia nak balik dengan Firash. Tak hingin nak bertentang mata dengan suaminya sekarang.








KINI sudah genap tempoh dua hari Nadhia tidak bertegur sapa dengan Firash. Padahal tinggal dalam satu rumah, satu bilik pula. Firash sekarang selalu keluar awal pagi dan pulang lewat malam. Nadhia pun dah naik meluat. Firash masih berhutang dengannya, hutang alasan. Tup tup nak bertunang dengan Zahra apehal?

Nadhia pula sekarang asyik pening kepala. Sudah dua pil panadol dia telan hari ini. Darah rendah kut! Dua tiga hari ini juga, dia jarang makan. Tiada selera. Qaid pula sudah keluar dari hospital. Dia sempat juga video call dengan anak buahnya itu. Rindu pula mahu peluk cium Qaid. Mesti Qaid sakit kan?

Tengah seronok Nadhia melayan perasaannya di ruang tamu, bunyi loceng rumah masuk menyibuk. Tudung sarung lantas dipakai ke kepala. Abang posmen ke? Nadhia ada beli satu kotak susu Dutch Lady dari Lazada. Ada promosi. Tanpa kompromi, terus dia bedal.

Aish! Dia ni lagi.

"Sekarang office hour. Firash tak ada."

Nadhia terus memeluk tubuhnya. Sila datang bila Firash cuti. Sebelum datang, boleh calling dulu si buah hati kut! Buat habis ongkos gas pula. Jauh datang, kena halau dengannya.

Bukan Cinta Sempurna ✓Where stories live. Discover now