blurb

158K 3.7K 1K
                                    

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Saya mempersembahkan,
Bukan Cinta Sempurna

Saya mempersembahkan,Bukan Cinta Sempurna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••

"Sepuluh bulan. Cukup sepuluh bulan, kita cerai"

Demi menjaga maruahnya dan keluarga, Nadhia terpaksa mencari calon suami dalam waktu yang singkat. Apabila diri dibuang oleh kekasih hati, dia harus terima semuanya dengan hati yang terbuka. Namun, anak di dalam kandungannya tidak dapat dibuang begitu sahaja. Itu khilafnya.

"Saya terpaksa jadikan awak pak sanggup untuk anak saya. Saya tak ada cara lain. Saya ada maruah yang perlu saya jaga selagi saya boleh"
-NADHIA SOFIA

"Perkahwinan ini atas kehendak kita berdua, bersebab. Jadi aku harap, kau jangan ingat yang aku akan jalankan tugas aku sebagai suami mithali. Kau bukan isteri yang aku cinta. Nama suami dan isteri hanya atas kertas"
-FIRASH AL ADAM

Alam perkahwinan mereka tidak lari dari setiap lapisan dugaan yang menerpa. Dari segi emosi hinggalah fizikal. Semuanya lelah. Lelah lagi apabila Nadhia terpaksa cuba berdiri setanding dengan keluarga Firash yang serba sempurna.

"Betul ke bunting pelamin? Aku takut isteri kamu ni bunting tanpa pelamin saja! Bukan apalah Firash. Kalau perangai merenyam memang susah nak berubah. Mesti dah kena ratah"
-DATIN FARIDA

Seterusnya, apabila masa mengikat rasa, mula timbullah rasa cinta. Nadhia bertatih dengan erti rindu. Namun, muncul pula orang ketiga cuba meruntuhkan mahligai yang sudah sedia bergoyah.

Bukan Cinta Sempurna ✓Where stories live. Discover now