[Tanpa revisi version]
Salam, saya kembali. Hoho!TUDUNG sarung yang tersidai di sofa disambar Nadhia pantas. Dari tadi lagi loceng rumah berdeting tanpa henti. Memang tak kena dengan timing sungguh. Masa Nadhia tengah membuang jugalah, ada orang mahu bertandang. Rasa nak terberanak semua cukup!
"Encik cari siapa?" soal Nadhia dengan nafas naik turun, penat berlari. Muka pemuda di hadapannya dipandang lama. Uish, kacak lain macam. Dengan hidung mancung, dahi licin. Boleh ngorat, buat sparepart.
"Cari Adam."
"Adam? Firash ke? Firash tak ada," maklum Nadhia. Firash awal pagi lagi sudah keluar. Katanya, ada hal kecemasan di syarikat. Padahal, cuti bulan madu pun belum berakhir. Memang harta syarikat betul suami dia.
"You siapa?" tanya pemuda itu malas. Peluh di dahi dilap sekali menggunakan hujung lengan blazer. Panas terik, sepanas hati sendiri. Mana taknya, sudah lima bulan mencari Firash. Haih, bila masa buah hatinya mahu melekat di rumah? Bila dihubungi, masuk ke peti suara. Lain kali, tidak usah guna telefon. Campak masuk terus dalam gaung Antartika, bagi jerung makan.
"Saya orang rumah Adam."
"Oh, maid ek? Lah adam ni. I offer jadi maid, tak nak pulak. Jual mahal! Tup tup ada maid baru. I sanggup lah basuh seluar dalam dia sekali pun," bebel pemuda itu dengan nada paling menyampah. Muka gadis di hadapannya dijeling sekali. Heh, mak cik tua ini juga yang Adam mahu ambil!
"Saya bukan maid. Saya wife adam," balas Nadhia. Nanti ada juga yang telan selipar Eco. Bidadari begini boleh dilabel sebagai pembantu rumah. Apa engko tak pergi sekolah? Sampai kiasan orang rumah pun tak tahu.
"Huh! You jangan memain. I baling phone ni ke muka you, you tahu lah neraka jahanam tu dalam mana," tempik pemuda itu. Telefon pintarnya yang sudah retak berseni ditayang ke muka Nadhia, gaya mahu lontar peluru.
"Awak ni siapa eh?"
Memang mangkuk hayun! Boleh pula pemuda itu menempiknya. Datang rumah orang pun tidak beri salam. Memang tempah liang lahad.
"I Waan Aisaar. Boyfriend Adam," Aisaar mengaku dengan nada bangganya.
Seraya dengan itu, tawa Nadhia pecah.
"Haha. Nanti awak datang balik eh. Firash tak ada," suruh Nadhia. Bukan halnya nak melayan Aisaar, macam tidak cukup inci akal.
"You Zahra anak ustaz tahyul tu ke?"
"Tak, saya Nadhia," tangan sudah mencekak pinggang sendiri. Amboi, selamba badak kutuk Ustaz Abbas itu tahyul.
"Kalau betul you wife Adam, I nak you call dia. Now!"
YOU ARE READING
Bukan Cinta Sempurna ✓
Romance(Terbit PBAKL 2024) Warning: Stories ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Mertua puaka HAHA. Blurb di dalam. Mula: 31/08/2021 Tamat: 30/3/2022