Riana sedang makan roti croissant tu sambil termenung luar tingkap. Nasib baik tempat kerjanya berhadapan dengan tingkap. At least ada lah benda yang dia boleh pandang selain laptop
"Siapa yang bagi? Tengku ke? Ke Harraz? Tak kan la dia? Pandang orang pon tak nak, apetah lagi bagi roti?" Kata Riana sambil memikirkan lagi dalam. Akhirnya dia putus asa
Buat serabut kepala je..
Riana sambung membuat kerjanya. Fokus sangat Riana dengan kerjanya sampai tak sedar waktu lunch sudah habis dan semua pekerja pulang dari kantin untuk sambung membuat kerja mereka
"Riana dah makan ke?" Tegur seorang pekerja perempuan. Riana senyum lalu mengangguk kepala
"Eh? tadi aku dengar Tengku nak bawa pekerja dia pergi bercuti masa cuti musim panas nanti. Betul ke?" Kata seorang pekerja lelaki
"Oh aku pon dengar jugak pasal berita tu. Aku dengar hanya kita-kita je pergi. Pekerja dekat bidang lain tak dapat pergi" kata pekerja lelaki yang lain
"Wahh specialnya kita!" Kata seorang pekerja wanita dengan teruja
Riana juga turut teruja apabila mendengar perbualan pekerja-pekerja itu. Dia tidak pernah pergi bercuti selama ni maka dia berharap sangat yang dia akan merasai suasana percutian itu
"Harraz! You nak ikut kitorang ke nanti? I boleh teman you dalam bas nanti" kata seorang pekerja wanita dengan nada perlahan dan sipu-sipu malu untuk meraih perhatian lelaki itu
Riana memandang ke arah Harraz untuk melihat reaksi Harraz. Sejujurnya dia mahu Harraz ikut sekali tetapi siapa je tak kenal Harraz? Dia mana suka lepak dengan pekerja-pekerja semua ni. Dia sering berseorangan macam Riana juga
Tetapi mereka berdua lain kerana Harraz seorang yang jenis memilih untuk tidak berkawan dengan semua orang sedangkan Riana pula tiada siapa mahu berkawan dengannya..
Lawak bukan?
Belum sempat Harraz mahu membalas soalan pekerja perempuan itu. Tiba-tiba ada orang mengetuk meja
Iaitu Laila
"Perhatian semua! Untuk cuti musim panas nanti Tengku akan bawa semua pekerja dari bidang pengurusan ke pusat peranginan Pulau Langkawi . " kata Laila dengan kuat membuatkan semua pekerja bersorak kegembiraan
"Riana?" Panggil Laila membuatkan Riana terkejut. Riana automatik bangun dari kerusinya
"Ye kak?" Sahut Riana dengan nada gelisah. Dalam kepalanya dia fikir yang dia ada buat salah kerana dengan riak muka Laila yang tidak puas hati itu
"Awak diwajibkan ikut sekali. Ini arahan Tengku" kata Laila dengan nada menyampah. Dia tidak suka apabila Tengku Daniel mengajak perempuan lain secara personal
Riana tidak sangka Tengku Daniel tahu kewujudannya di syarikat ini. Selama ini dia fikir dia seperti halimunan di syarikat ini kerana tiada siapa pernah menegurnya melainkan orang itu mahu pertolongan darinya
"B-baik kak" kata Riana sambil menunduk kepalanya sedikit tanda hormat. Lalu Laila beredar dari situ
Harraz memandang riak Riana yang masih terkejut itu. Dia ketawa kecil
Riana tidak sangka akhirnya dia akan dapat merasai percutian dalam hidupnya. Dia amat bahagia dan teruja sekarang ini
"Wow aku tak sangka Riana dapat ikut sekali" kata seorang pekerja lelaki. Riana tiba-tiba menjadi malu
"Bagus la Riana ikut. Dia boleh tolong kita nanti. Kan Riana?" Kata pekerja perempuan. Riana hanya senyum kecil sahaja
xxx
Riana pulang ke rumah dengan rasa senang hati
"DIANA!" Jerit Riana sambil membuka getah rambutnya lalu membuka beberapa butang baju kemejanya. Akhirnya dia dah boleh bernafas sedikit
Diana berlari menuruni tangga. Dia melihat kakaknya baring di sofa dengan kepenatan tetapi senyuman lebar di mulut kakaknya menangkap perhatian Diana
"Kau ni dah kenapa kak? Senyum macam kentang busuk. Gila dah ke?" Gurau Diana membuatkan Riana memukul Diana. Diana ketawa besar
" guess what? KAKAK KAU DAPAT PERGI BERCUTI!!" jerit Riana dengan teruja. Diana terkejut
"SERIUS LAH AKAK?! BERCUTI DEKAT MANA? DIANA BOLEH IKUT TAK? DENGAN SIAPA?" Bertubi-tubi soalan Diana bagi kepada kakaknya itu
Riana meletakkan jari telunjuknya di bibir Diana tanda menyuruh Diana diam
"Kau ni cita-cita nak jadi wartawan ke? Banyak betul soalan kau" kata Riana dengan nada perli. Diana menjeling mata
"Bercuti dengan officemate je. Tengku tiba-tiba buang tebiat nak bawa pekerja dia pergi bercuti bersama semasa cuti musim panas nanti" kata Riana sambil membayangkan suasana keindahan di Pulau Langkawi nanti
Dia tidak tahu bagaimana rupa Pulau Langkawi tetapi dia yakin tempat itu sangat indah dan best
"Harraz ikut ke kak?" Tanya Diana dengan senyuman nakalnya itu. Riana tiba-tiba menjadi malu-malu kucing
Ya, Riana sering bercerita dekat Diana tentang Harraz. Lagi-lagi dengan wajah tampan Harraz, bentuk badannya yang tegap itu, ketekunan Harraz semasa bekerja. Semua kelakuan Harraz memang menangkap jiwa dan hati Riana
"AKAK?! ORANG TANYA NI! BERANGAN PULAK DIA!" jerit Diana sambil menepuk kedua-dua pipi Riana dengan perlahan
"H-huh? Diana tanya apa tadi?" Kata Riana dengan blur di mukanya. Diana mengeluh
"Harraz tu. Dia ikut sekali tak?" Tanya Diana membuatkan Riana berfikir sejenak
Dia tidak sempat mendengar jawapan Harraz tadi semasa pekerja perempuan tu bertanya kerana Laila muncul secara tiba-tiba
"Hmm akak tak tahu la sebab dia tak kata apa-apa pon" kata Riana dengan riak sedih sedikit
Dia berharap sangat Harraz akan ikut..
"Mama ayah mana? Diorang kerja lagi ke?" Tanya Riana dengan berhati-hati. Diana mengeluh kecil
"Diorang macam biasa la kak. Mana reti balik rumah. Sibuk dengan benda haram" kata Diana dengan nada menyampah
Dia memang tidak suka dengan mak ayah mereka. Riana mengeluh
"Tak baik kata macam tu dik... diorang masih mak ayah kita" tegur Riana sebagai seorang kakak
"Macam mana nak anggap diorang sebagai mak ayah kita kak? Tak ada mak ayah yang nak jual anak diorang tau?!" Ujar Diana dengan marah
HI GUYS! Jangan lupa vote dan comment okay?
Love you! <3
YOU ARE READING
Hanya Dia✔️
Romance"kenapa kau buat aku rasa macam ni..." "mungkin hanya aku je yang boleh bahagiakan kau"