" jangan yakin sangat Harraz... Kau mesti tak tahu apa yang Riana sorok dengan kau kan?" kata Daniel sambil menunduk ke paras mata Harraz. Daniel merenung Harraz dengan senyuman sinisnya. Dia suka apabila Harraz goyah di depannya
selama ni dari kecik dia asyik lemah di depan Harraz dan Harraz yang sentiasa menjaganya seperti 'abang'. Dia tidak suka dilayan seperti budak kecik oleh Harraz sedangkan umur mereka lebih kurang sama saja. Semua keluarga mereka memandang daniel seperti insan lemah yang sentiasa mendamping di sisi Harraz
sekarang lihatlah.. Harraz yang melutut di depannya hanya disebabkan seorang perempuan? weak... Daniel mahu menunjuk depan Harraz yang dia boleh berdiri dengan kakinya sendiri tanpa meminta tolong dengan sesiapa lagi
This is the Tengku Daniel that you guys always look down for... I'm not a kid anymore Harraz..
I'm a man now...
xxx
"Riana tolong angkat beg ni!"
"okey!"
"Riana tolong simpan barang-barang ni dalam kotak"
"boleh!"
"Riana tolong buang sampah!"
"kejap!"
Riana dah kembali ke rutinnya dengan menjadi robot yang sedia untuk tuannya. Semua pekerja-pekerja di situ sudah mula menyuruh Riana buat macam-macam kerja
"korang memang tak boleh buat kerja sendiri ke? semua nak Riana buat. Korang fikir Riana ni kuli batak korang ke?" kata Harraz secara tiba-tiba membuatkan semua pekerja-pekerja di situ terdiam
Riana pula sedang sibuk mengikat plastik sampah tetapi plastik itu dirampas oleh Harraz membuatkan Riana terkejut
Harraz campak plastik sampah itu ke pekerja-pekerja tersebut membuatkan sampah-sampah itu terkeluar dan berterabut menyebabkan pekerja-pekerja tu menjerit kegelian
"eeuwww busuk la!! you kenapa ni Harraz??!" marah seorang pekerja perempuan
"omaigadd baju baru i!! EUWWW" jerit lagi seorang perempuan tetapi Harraz hanya buat tak tahu sahaja dan menarik tangan Riana ke keretanya
Riana menjerit suruh Harraz lepaskannya kerana dia berasa sakit dengan genggaman Harraz itu
setelah selesai masuk ke dalam kereta Harraz. Harraz terus menghidupkan enjin keretanya dan beredar dari Resort Pulau Langkawi tersebut. Riana tidak tahu ke mana Harraz nak membawanya membuatkan Riana berasa risau dan takut
"y-you nak bawa I ke mana ni Harraz? I takut la" kata Riana dengan perlahan. Dia bertambah takut apabila Harraz menekan minyak lagi kuat membuatkan kereta itu pecut 160km/j di atas jalan raya
Harraz hanya diam dan tidak layan dengan kata-kata Riana kerana dalam kepalanya sekarang ni dia hanya memerlukan Riana untuk jujur dengannya
Kau mesti tak tahu apa yang Riana sorok dengan kau kan?
kata-kata Daniel asyik berulang di dalam kepalanya sampai dia tidak boleh tidur semalaman kerana sibuk memikir apa yang Riana sorok daripadanya
" Harraz... I nak balik.. Please patah balik.." merayu Riana kepada Harraz. Tiba-tiba Harraz brek mengejut sampai badan Riana bergerak kedepan. Nasib baik ada tali pinggang keselamatan yang menahan badannya kalau tak mesti dia dah terpelanting keluar kereta
rupanya Harraz telah melanggar seseorang. Riana panik dan badannya menggigil. Harraz berlari keluar kereta untuk melihat mangsa yang dilanggar olehnya
iaitu seorang perempuan...
![](https://img.wattpad.com/cover/283754521-288-k541599.jpg)
YOU ARE READING
Hanya Dia✔️
Romance"kenapa kau buat aku rasa macam ni..." "mungkin hanya aku je yang boleh bahagiakan kau"