" Aqiel..." bisik Riana dengan perlahan
" cik Riana kenal dia ke? " soal doktor Rahman. Riana mengangguk kepalanya
xxx
" kau kata Riana ada dekat sini! Mana dia?!" marah Harraz. Daniel mengeluh besar
" sekarang ni kau nampak ke dia? Tak kan? " perli Daniel dengan jelingan mata. Harraz bengang lalu menumbuk dinding di sebelahnya. Daniel dah biasa dengan sikap baran Harraz itu
" Harraz?" tegur Riana. Daniel dan Harraz memandang Riana
" R-Riana" berlari Harraz ke arah Riana sambil memegang kedua-dua belah tangan Riana tetapi Riana menarik tangannya semula
" saya minta maaf sebab menghilang. Saya jumpa doktor Rahman" kata Riana pada Tengku Daniel. Daniel mengangguk kepalanya tanda faham
" saya ada beli sarapan untuk cik Riana. Awak kena makan sebab dari pagi tadi awak tak telan apa-apa lagi kan? " kata Tengku Daniel dengan sifat prihatinnya. Riana senyum kecil lalu mengambil plastik berwarna merah di tangan Tengku Daniel. Harraz memerhati gerak geri mereka berdua dengan sifat cemburu
cemburu?
macam ni ke rasa cemburu?
xxx
" bila aku boleh balik kak?" soal Diana sambil memakan bubur yang disuap oleh Riana
" kalau kau dah sihat kau boleh balik la" kata Riana sambil menyuap bubur ayam ke mulut Diana
" aku bosan la duduk sini. Jom jalan-jalan" kata Diana dengan teruja. Riana ketawa kecil. Dia layan saja perangai adik kembarnya itu
* di taman *
Riana menolak kerusi roda Diana keliling taman. Diana sungguh bahagia melihat suasana taman yang cantik dan indah. Taman itu dihiasi dengan bunga-bunga cantik lalu permandangan tasik yang indah. Dia juga melihat ada itik berenang di pinggir tasik itu. Diana sangat bahagia dengan suasana itu
malah Riana asyik terfikir tentang rakaman cctv yang dia lihat tadi. Riana membelek poket seluarnya lalu mengeluarkan sebatang pendrive . Dia menyimpan bukti rakaman cctv itu kerana itu sahaja satu-satu bukti yang dia ada
" kenapa berhenti ni kak? " tegur Diana membuatkan Riana cepat-cepat menyimpan pendrive tersebut di dalam poket seluarnya semula. Riana tidak sedar yang dia telah menghentikan pergerakannya membuatkan Diana pelik
" macam mana Diana boleh kenal Aqiel? " soal Riana sambil menolak kerusi roda Diana semula. Diana berfikir sejenak
" Aqiel tu bos kedai kafe yang Diana kerja tu. Macam tu la kitorang kenal-kenal. Kenapa kak?" soal Diana dengan pelik. Yela tiba-tiba je kakaknya bertanya tentang teman lelakinya
" tak ada la. Akak saja tanya nak kenal-kenal" kata Riana dengan senyuman. Riana ketawa kecil
xxx
" kenapa kau selalu sibuk dengan urusan Riana? " soal Harraz melihat Daniel yang merenung ke arah Riana dan Diana melalui tingkat di tingkat atas hospital
" sepatutnya aku yang tanya soalan tu kat kau" kata Daniel mengalih pandangannya dari tingkap ke arah Harraz
" kau yang pelawa nak tolong dia kan? Sebab kau tahu Riana memang tengah susah sekarang ni!" tuduh Harraz bertubi-tubi. Daniel ketawa kecil
" aku pelawa? You know me Harraz.. aku bukan orang yang jenis nak pelawa pertolongan" kata Daniel dengan senyuman sinis
" kau tahu Riana tak suka dengan kehadiran kau tapi kenapa kau masih sibuk nak libatkan diri kau dalam hidup dia? " tambah Daniel lagi membuatkan Harraz terdiam
YOU ARE READING
Hanya Dia✔️
Romance"kenapa kau buat aku rasa macam ni..." "mungkin hanya aku je yang boleh bahagiakan kau"