bab 11

269 6 0
                                    

"o-oh maafkan saya! saya ingat dia isteri Tengku" kata doktor itu dengan menunduk 90 darjah. Daniel mahu berkata sesuatu tapi Riana sudah tersedar membuatkan dia menangguh kata-katanya itu

Daniel dihalau ke luar wad kerana doktor mahu memeriksa Riana

" kenapa saya dekat hospital doktor?" soal Riana dengan perlahan. Doktor itu senyum kecil

"bos awak hantar awak dekat sini. Katanya awak pengsan depan pejabatnya?" kata doktor itu. Riana terkejut

Tengku Daniel hantar aku ke hospital?

"okay semua siap. Awak okay saja tak ada apa apa yang cedera. Untung awak dapat bos yang prihatin terhadap pekerjanya" kata doktor itu dengan senyuman manis. Lalu doktor itu pon beredar dari wad itu

mata Riana meliar memeriksa bilik wadnya yang besar dan luas itu

"ni wad vvvip ke siot? bapak besar! lagi besar dari rumah aku" kata Riana dengan perlahan sambil berjalan keliling bilik itu

tiba-tiba pintu wad terbuka mengejutkan Riana yang sedang sibuk memeriksa tandas. Riana menjenguk kepalanya ke luar untuk melihat siapa yang masuk ke biliknya

tetapi tiada siapa?

"aik? aku rasa aku dengar orang bukak pintu tadi?" kata Riana dengan pelik

" saya yang buka" kata seorang lelaki. Riana menjerit

"TENGKU?!" kata Riana sambil memegang dadanya. Jantungnya berdegup laju akibat terkejut tengok Tengku Daniel berdiri di sebelahnya secara tiba-tiba

" kenapa awak berjalan ni? awak patut rehat tau!" kata Daniel dengan tegas. Mukanya menunjukkan reaksi tidak suka dekat Riana. Riana takut dengan pandangan Tengku Daniel terhadapnya

"s-saya cuma nak tengok bilik saya je" kata Riana dengan gagap. Dia sering gagap apabila dia berasa gelisah atau takut. Nampak annoying  tetapi itu la dirinya yang sebenar"

Daniel mengeluh lalu dia menarik kerusi ke sebelah katil Riana. Dia duduk di kerusi itu dengan kakinya bersilang

"duduk sini. Jom kenal diri masing-masing" kata Daniel dengan senyuman manis sekali. Riana pelik

kenal diri masing-masing? maksud dia?  

Riana duduk di atas katilnya sambil menghadap ke depan. Tengku Daniel di sebelah kanannya sedang memerhati gerak geri Riana. Riana sudah mula berasa tidak selesa

" bagitahu saya tentang awak" kata Tengku Daniel. Riana memandang riak wajah Tengku Daniel untuk memastikan yang Tengku Daniel serius atau main main

tetapi dia serius...

" Tengku nak tahu apa pasal saya?" soal Riana dengan perlahan

"semuanya" katanya

"kenapa?" soal Riana

"kenapa? tak boleh?" soal Tengku Daniel semula dengan matanya terbuka luas macam budak kecil

"b-bukan macam tu... tapi macam pelik bila Tengku tiba-tiba nak tahu pasal saya?" kata Riana sambil menunduk bawah. Dia tidak boleh memandang tepat di muka Tengku Daniel kerana dia akan lemah

siapa la boleh tahan dengan memandang muka tampan Tengku Daniel? silap hari ada juga orang yang menerkam Tengku Daniel ni dulu

" okay la saya straight to the point, awak pernah kena dera ke?" soal Tengku Daniel. Riana terdiam

dia mahu meluah semua benda dekat Tengku Daniel tetapi dia berasa was-was. Dia tak tahu yang Tengku Daniel boleh dipercayai atau tidak...

Daniel nampak yang Riana macam ragu ragu dengannya. Daniel mengambil tangan kanan Riana lalu mengenggamnya dengan kedua dua belah tangannya

Hanya Dia✔️Where stories live. Discover now