bab 1

1K 14 0
                                    

Riana pergi ke kerja macam biasa. Dia sempat singgah di cafe  untuk membeli sarapan untuknya

Sejujurnya Riana tidak suka pergi ke tempat kerjanya. Semua pekerja di situ sering menyuruhnya membuat banyak kerja sedangkan dia hanyalah budak intern di situ

Adiknya Diana sering memberitahunya yang dia sedang dibuli oleh pekerja-pekerja disitu. Riana tahu tentang itu tetapi dia pilih untuk diam

Dia mahukan kerja ini walaupun dirinya sering dibuli tetapi dia juga mahu hidup. Yep.. dia amat memerlukan kerja ini

"Riana!" suara nyaring perempuan memanggilnya membuatkan Riana menghentikan langkahnya

Seorang pekerja perempuan dalam lingkungan umur 30-an, Laila. Iaitu pembantu peribadi CEO syarikat ini. Perempuan yang tidak pernah disukai oleh semua pekerja di sini kerana sikapnya yang amat gedik dan tidak habis-habis menganggap dirinya adalah teman wanita CEO syarikat itu

Dah tua pun tak sedar diri...

Riana mengeluh kecil apabila dengar bunyi tapak kasut tumit tinggi perempuan itu semakin kuat kerana perempuan itu semakin hampir dengannya

"Ada apa Puan Laila?" Kata Raina dengan riak bosannya. Dia amat tidak suka dengan kehadiran Laila sekarang ini

"Excuse me? It's Kak Laila for you!" kata Laila dengan suara high pitch nya itu menyebabkan semua perhatian orang ramai di lobi itu tertumpu dekat Laila

Perempuan ni memang suka perhatian ke do?

"Maafkan saya Kak Laila. Akak nak apa ni?" Kata Riana. Laila senyum lebar dengan panggilan 'Kak' itu

"Ni! Tolong print  semua ni okay? Tengku Danial nak hari ini jugak!" Kata Laila sambil mencampak beberapa fail ke tangan Riana. Riana terkejut

"Banyak ni kak! Mana sempat buat semua hari ni!" Kata Riana dengan nada panik. Laila mengejek

"Kau ingat aku kisah? Buat je lah apa aku suruh! Banyak pula bebel kau" kata Laila sambil menjeling matanya lalu dia beredar dari situ meninggalkan Riana seorang diri dengan fail yang banyak itu. Riana mengeluh

Apalah nasib aku harini...

xxx

Riana sedang duduk bersila di atas lantai di hadapan mesin pencetak. Dia menunggu setiap helaian kertas keluar dari mesin itu

Sudah hampir 4 jam dia duduk di bilik mesin pencetak ini kerana Laila menyuruhnya mencetak beberapa fail yang sangat banyak

" satu fail je dah 300 muka surat. Ni sampai kiamat pon tak habis lagi ni" keluh Riana

Riana menyandar kepalanya di dinding lalu kelopak matanya perlahan-lahan menutup ruang pandangannya dan dia pun terlelap

Dia tidak sedar yang ada orang masuk ke bilik itu

xxx

"Woi! Bangun!" Kata seorang lelaki sambil melempang kedua-dua pipi Riana dengan perlahan

Riana membuka matanya dengan perlahan. Mata Riana membulat

Dia terkejut melihat Harraz sedang mencangkung di hadapannya

"C-cik Harraz" gagap Riana. Riana terus bangun dari lantai lalu membetulkan skirtnya

"Tu... Tengok mesin tu elok-elok. Aku tengok dia asyik keluarkan kertas yang sama je" kata Harraz sambil menunjuk mesin pencetak yang sedang mengeluarkan beberapa helaian kertas berterusan tanpa henti itu

"OMG! Kenapa macam ni! Aduh nak buat macam mana ni?!" Panik Riana sambil menekan beberapa butang di mesin itu. Dia terlalu panik sampai dia main tekan sahaja mana-mana butang di depan matanya

Tiba-tiba Riana berasa ada tangan sedang memegang pinggang rampingnya. Riana terkaku

"Meh sini aku tengok" kata Harraz dengan suara garaunya. Riana tidak boleh bergerak. Di dalam kepalanya sedang fokus dekat tangan Harraz di pinggangnya

Harraz pelik kenapa Riana tak nak beredar dari mesin tersebut. Dia mendehem

"Kau tak nak bagi aku tengok ke?" Tanya Harraz dengan keningnya di belah kanan terangkat ke atas

Riana baru kembali ke realiti lalu dia beredar dari mesin itu secepat mungkin

Harraz sedang menekan beberapa butang lalu mengeluarkan beberapa kertas di mesin itu manakala Riana pula sedang sibuk merenung wajah fokus Harraz yang hot itu

Time fokus pon hot hmm macam mana ni??!!

Dalam beberapa minit, akhirnya Harraz sudah selesai memperbetulkan mesin itu. Riana mengeluh nafas lega

"Aku rasa kau lupa nak tukarkan ke kertas lain. Sebab tu asyik keluar kertas yang sama je" kata Harraz sambil merenung tepat ke mata Riana. Riana terkaku sekali lagi

Dia dibuai dengan anak mata coklat milik Harraz sampai dia tak dengar pun apa yang Harraz kata kepadanya

"Kau dengar aku tak ni Puteri Riana?!" Kata Harraz dengan tegas membuatkan Riana tersentak

"H-huh? Ah! Ya ya dengar! Terima kasih tolong" kata Riana sambil menunduk kepalanya tanda terima kasih

Harraz hanya beredar sahaja dari bilik itu tanpa kata apa-apa

Bukannya nak kata "sama-sama" pun?!

"Sombong betul!!" marah Riana dengan tak puas hati

xxx

"Kita nak makan mana ni? Dah lunch ni?" Kata salah seorang pekerja lelaki di situ. Semua pun sedang berfikir mahu makan di mana

"Riana nak ikut sekali boleh ke?" Kata Riana dengan mata penuh harapan. Semua pekerja di situ sedang memandang antara satu sama lain

"Tak boleh la Riana. Ni untuk pekerja yang dah lama kerja dekat sini je"

"Ya betul! Riana mesti banyak kerja kan?"

"Lain kali je la ya Riana. Bye!"

Semua orang menolak ayat Riana mentah-mentah. Tipu lah kalau Riana tak terasa dengan kata-kata mereka

Mentang-mentang Riana hanya pekerja intern  tetapi dia pun pekerja di Syarikat Nialitional SDN BHD ini juga

Kenapa semua orang kejam kepadanya?

xxx

Riana baru pulang dari tandas dan apabila mahu melangkah ke tempat duduknya dia bertembung dengan Harraz

Harraz hanya berjalan melepasi Riana tanpa memandang Riana walau sesaat pun. Harraz seolah menganggap Riana tidak wujud di koridor tersebut

Tak reti tegur ke mamat ni?

Riana mendengus tak puas hati lalu dia berjalan terus ke tempat duduknya

Riana duduk di tempat duduknya lalu dia melihat ada roti croissant  dan air mineral botol kecil yang comel. Tambahan lagi ada sekeping nota berwarna merah jambu di botol mineral itu

Riana mengambil nota itu lalu membaca dengan perlahan






Nota:

"Jangan biar perut kosong. Nanti kau mati awal. Aku tak nak kau mati lagi"













HI GUYS! Jangan lupa vote dan comment okay?

Love you! <3

Hanya Dia✔️Where stories live. Discover now