Sejak Tengku Daniel mengajak Riana untuk berkongsi kereta dengannya, Riana menjadi semakin sibuk dan semakin jauh dengan Harraz
Ini kerana Daniel kerap mahu berjumpa Riana dan menyuruh Riana mengambil alih kerja Laila kerana Laila sering mencuri tulang
Sejujurnya Riana tidak suka membuat kerja Laila kerana dia terpaksa menghadap Laila 24 jam/7 hari
Lagi lagi Laila yang jenis suka membebel apabila dia membuat salah sebesar zarah saja
"Huh.. penat..." keluh Riana sambil menyandar dirinya di kerusi. Dia mencapai kertas di atas meja kerjanya lalu mengipas dirinya yang panas itu
"Eh! Kau sedap sedap je rilek dekat sini?! Kau pergi susun fail Tengku sekarang!" Bebel Laila lagi. Hari ini jer dah 26837339 kali Laila bebel dekat Riana. Mahu pecah gegendang telinga Riana kalau setiap hari macam ni
"Nanti boleh tak kak? Saya penat ni. Baru je kemas bilik fail tadi. Tak kan dah sepah balik kot?" Kata Riana membuatkan Laila lagi bengang
"KALAU AKU DAH SURUH SUSUN TU KAU SUSUN LA-" Kata Laila terputus kerana bunyi interkom menandakan ada panggilan dari Tengku Daniel
Laila menunduk lalu menekan butang untuk menjawab panggilan Tengku Daniel
" ya Tengku? Tengku nak apa apa ke?" Kata Laila dengan suara kepitnya. Riana macam nak muntah pelangi dengar
"Tolong suruh Riana buatkan kopi untuk saya" pinta Tengku Daniel. Laila menjeling mata dengar Tengku Daniel menyebut nama Riana manakala Riana mengeluh apabila dapat tahu dia ada kerja lagi kerana dia penat sangat hari ini
"Tapi kopi saya lagi sedap Tengku. Saya buatkan kopi untuk Tengku ye" kata Laila dengan cubaan mencari peluang untuk berjumpa dengan Tengku Daniel
"Saya rasa saya sebut nama Riana tadi. Mana dia? Panggil dia sekarang!" Kata Tengku Daniel dengan tegas. Laila memuncungkan mulutnya lalu menarik Riana ke interkom tersebut
"Saya disini Tengku. Nanti saya buatkan kopi untuk Tengku ya?" Kata Riana dengan perlahan. Dia risau Tengku akan memarahnya pula
"Okay saya tunggu" kata Tengku Daniel lalu interkom itu dimatikan. Riana mengeluh sekali lagi
Hidup aku memang dah ditakdir tak akan dapat rehat kot
"Ha buat kopi tu 2 shot espressos lepastu 2 sudu gula je! Jangan manis manis. Tengku tak suka! Kau buat elok elok eh. Kalau tak sedap, siap kau!" Kata Laila dengan tak puas hati. Riana menjeling matanya lalu beredar dari situ
xxx
Riana sedang sibuk membuat kopi untuk Tengku Daniel. Tiba-tiba dia berasa ada orang memeluknya dari belakang. Riana terkejut lalu memusing badannya dengan cepat tetapi dengan nasib malangnya, dia tertumpahkan kopi di baju Harraz
"Fuck! Riana?!" Kata Harraz sambil mengipas bajunya yang terkena kopi panas itu
"OMG! HARRAZ?! AWAK DAH KENAPA MUNCUL MACAM TU TIBA-TIBA??!" Marah Riana sambil mengelap baju Harraz dengan tisu
Harraz menolak tangan Riana jauh dari bajunya. Riana pelik
Harraz membuka butang baju kemejanya dengan pantas membuatkan Riana terbeliak matanya
Terserlah la enam ketul roti milik Harraz membuatkan Riana terliur
"Dah puas usya? Tangkap la gambar nanti mana tahu rindu" perli Harraz dengan senyuman nakalnya. Riana memandang tempat lain untuk elak memandang badan hot Harraz di depan matanya
"Riana..." kata Harraz sambil melangkah mendekati Riana. Riana panik
"A-awak buat a-apa ni?!" Kata Riana dengan meletakkan tangan kananya di dada bidang Harraz yang terserlah itu
Harraz memandang tangan Riana di dadanya itu membuatkan Riana juga turut memandangnya. Riana terkejut lalu dia cepat cepat menarik tangannya semula
Niat nak menghalang Harraz mendekatinya tetapi jadi lain pula...
"Ni tempat kerja... please be professional... kata Riana dengan perlahan. Harraz ketawa kecil
"Nak pergi dekat tempat lebih private ke?" Bisik Harraz dekat telinga Riana dengan suara penuh seksual. Riana terkaku
"Please stop Harraz. Tolong jangan kacau saya" Riana menolak Harraz dengan perlahan lalu sambung membuat kopi untuk Tengku Daniel
"habistu baju aku yang dah kena kopi ni kau tak nak tanggungjawab ke?" kata Harraz dengan bengang. yela dia dah berdiri separuh bogel di situ
"Woi ada orang kat dalam tak?! Kenapa kunci ni?!" Kata orang itu dari luar sambil mengoyangkan pintu dengan ganas. Riana dah panik
Riana cepat-cepat mengambil baju kemeja Harraz yang ditumpah dengan kopi itu lalu memberi kepada Harraz
Harraz pergi ke pintu lalu membuka pintu itu. Muncul lah dua orang pekerja lelaki. Dua orang lelaki itu merenung tubuh badan Harraz yang terpapar tanpa sehelai benang pon di depan mata mereka
"Kau ke kunci pintu ni?" Kata salah seorang pekerja lelaki itu. Harraz menunjuk muka keliru
"Aku rasa aku tak kunci tadi?" Kata Harraz dengan muka blurnya. Dua orang pekerja lelaki itu menjenguk dalam dan ternampak Riana sedang sibuk mengacau cawan kopi
"Eh Riana pon ada jugak?" Kata lelaki itu. Riana memandang dua orang pekerja itu dengan senyuman kecil
"Tengah buat kopi untuk Tengku!" kata Riana sambil menunjuk cawan kopi yang dia tengah mengacau itu. Dua orang kopi itu hanya meng'ooh' sahaja
Harraz terus keluar dari bilik itu tanpa kata apa-apa. Dua orang lelaki itu pun masuk dalam bilik itu untuk membuat air untuk mereka berdua
Selepas beberapa saat. Riana pula keluar dari bilik itu. Dua orang lelaki itu memandang antara satu sama lain
"Kau tak rasa ke ada sesuatu berlaku sebelum kita sampai sini?" Soal salah satu pekerja lelaki itu
"Tengok gaya Cik Harraz tak pakai baju tadi...hmm mungkin ada sesuatu yang berlaku antara diorang dua?" Kata pekerja lelaki lagi satu dengan senyuman nakalnya. Mereka berdua ketawa besar
xxx
"Ni kopi Tengku" kata Riana dengan meletakkan secawan kopi di atas meja Tengku Daniel
Daniel memandang cawan kopi itu dengan Riana bersilih ganti
"Awak buat kopi ni dekat oversea ke? kenapa lambat sangat kopi saya sampai?" perli Tengku Daniel
HI GUYS! Jangan lupa vote dan comment okay? Love you <3
YOU ARE READING
Hanya Dia✔️
Romance"kenapa kau buat aku rasa macam ni..." "mungkin hanya aku je yang boleh bahagiakan kau"