"Awak buat kopi ni dekat oversea ke? kenapa lambat sangat kopi saya sampai?" perli Tengku Daniel
" maafkan saya Tengku.. t-tadi ada l-lipas dalam bilik p-pantri" kata Riana dengan gagap. Dia mengharapkan Tengku Daniel tidak mengesyak apa apa dekatnya
ni semua salah Harraz!
Tengku Daniel memandang Riana atas bawah membuat Riana berasa tidak selesa tetapi dia mencuba untuk kekalkan professionalnya
" nanti masa nak gerak nanti sila datang awal. Saya nak awak buat sesuatu untuk saya nanti" kata Tengku sambil menaip sesuatu di komputernya
" buat apa Tengku?" soal Riana. Tengku memandang Riana dengan riak bosan
" kalau awak nak tahu. Sila datang awal ya?" kata Tengku dengan keluhan kecil terlepas dari mulutnya kerana dia tidak suka mengulang kata-katanya
"o-oh baik Tengku!" kata Riana dengan menunduk 90 darjah menghadap Tengku Daniel. Akhirnya Daniel melepaskan Riana keluar dari pejabatnya
xxx
"sayang? Riana ada kat rumah ke?" kata Aqiel dekat Diana yang sedang baring di ribanya. Dia bermain dengan rambut Diana membuatkan Diana tersenyum malu
"hmm ikutkan sekarang ni dia dah balik. Kenapa you?" soal Diana semula. Aqiel tersenyum kecil lalu menggelengkan kepalanya
" cakap pasal Riana kan.. you nak tak jumpa dia? you tak pernah jumpa dia lagi kan? i boleh kenalkan you dengan kakak i!" kata Diana dengan teruja. Aqiel ketawa kecil lalu dia mengusap kepala Diana. Dia berasa Diana sungguh comel baginya
" untuk you semua boleh, sayang" kata Aqiel dengan mencium pipi kiri Diana dengan lembut. Muka Diana kemerahan
xxx
Riana berdiri di depan pejabatnya seorang diri. Dia merenung langit yang mendung dan titisan hujan yang menitis dengan lebat. Dia menadah tangannya keluar untuk merasai titisan hujan itu. Riana mengeluh kecil
"macam mana nak balik ni.. stesen bas jauh.." kata Riana dengan perlahan. Riana memandang kelilingnya dengan harapan orang akan menumpang payung dengannya
" tak ada ke mamat korea nak bukak payung untuk aku macam dalam Kdrama tu? hmm" kata Riana dengan berangan oppa oppa koreanya itu
akhirnya dia tekad untuk menunggu hujan berhenti. ikutkan hatinya dia mahu berlari sahaja ke stesen bas tapi dia tak nak basahkan dirinya. Lagi lagi baju kemeja putihnya yang akan menjadi jarang jika dia basah kuyup nanti
xxx
"nanti kau sejuk Riana. Aku tak nak kau jatuh sakit nanti" kata Harraz sambil membalut jaketnya di badan kecil Riana. Riana baru sedar yang dia terlelap semasa menunggu hujan berhenti tadi. Riana mengigil sekarang akibat kesejukkan. Dia bersyukur Harraz ada dengannya
Riana memandang kelilingnya dan sedar yang hujan masih tak berhenti lagi. Riana dan mula selsema akibat sejuk sangat
"nak balik dengan aku tak?" kata Harraz sambil menyentuh pipi Riana. Riana mengilu dengan kesejukan tangan Harraz. Rupannya Harraz pun sejuk juga
"a-awak tak s-sejuk ke?" kata Riana dengan menggigil. Harraz ketawa kecil tetapi dia mengangguk kepalanya menandakan dia pun sejuk juga
Riana mahu membuka jaket Harraz di badannya tetapi Harraz menghalangnya
" biar jaket tu dekat situ" kata Harraz dengan tegas sambil membetulkan jaketnya semula di badan Riana. Riana memandang Harraz dengan rasa bersalah
"saya t-tak nak a-awak s-sejuk" kata Riana dengan perlahan. Harraz hanya diam sahaja
YOU ARE READING
Hanya Dia✔️
Romance"kenapa kau buat aku rasa macam ni..." "mungkin hanya aku je yang boleh bahagiakan kau"