Kini sudah genap 5 bulan mereka berdua menjadi kawan. Hari demi hari hubungan mereka menjadi semakin rapat. Sehinggalah suatu hari Amir mula berfikir untuk menghalalkan hubungan mereka.
PERBUALAN DI TELEFON
Amir : Assalamualaikum Sara
Sara : Waalaikummussalam, ye
Amir : Awak busy ke sekarang?
Sara : Takdelah, kenapa?
Amir : Malam ni boleh kita jumpa?
Sara : Boleh², kat mana? Pukul berape?
Amir : Pukul 8 malam, saya jemput awak kat rumah awak. Boleh?
Sara : Okay boleh. Jumpa pukul 8 ye
Amir : Baik. Assalamualaikum
Sara : WaalaikummussalamSejujurnya dia memang sangat berdebar malam ini kerana dia akan melamar Sara menjadi isterinya yang sah.
'Aku kena pergi cari cincin'
8 MALAM
" Sara, kau buat apa lama-lama kat atas tu? Ni haa, boyfriend kau dah tunggu lama ni!! " Jerit Yana, rakan serumah Sara.
" Ya, aku datang ni. Kau ni bisinglah. " Marah Sara, lalu memukul bahu Yana.
" Aduh, sakitlah. Ingatkan kau nak keluar dengan boyfriend je, kalau tak aku dah pukul kau balik tau!! Eh Sara, kau nampak lainlah malam ni. " Puji Yana apabila perasaan pemakaian Sara yang nampak lain malam ni. Nampak....cantik.
" Haa, buruk ke? " Soal Sara gelabah, penat-penat dia bersiap malam ni. Nak pergi tukar tak boleh, Amir dah ada kat luar. Kesian pulak nak suruh dia tunggu lagi.
" Bila masa pulak, kau nampak cantiklah. " Jawab Yana, mengurangkan gugup Sara. Dia tahu Sara berdebar, sebab Sara tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki sebelum ini dan Amir ada lelaki pertama.
" Dahlah, gi keluar. Aku nak duduk sorang-sorang ni. " Halau Yana, tetapi Sara langsung tak ambil hati sebab dia tahu yang Yana hanya bergurau.
" Okaylah bye, Assalamualaikum "
" Waalaikummussalam "
=====
Jam dipergelangan tangan ditilik, sudah hampir 15 minit dia menunggu di luar tetapi langsung tiada tanda-tanda Sara akan keluar.
Tiba-tiba terdengar bunyi grill pintu dibuka dan keluarlah Sara. Amir menilik Sara atas bawah dan dia terpegun melihat Sara malam ini. Sangat cantik.
" Kenapa awak, saya tak cantik ke? " Soal Sara, malu apabila mata Amir tidak beralih dari menatapnya.
" Eh tak, awak nampak terlalu cantik malam ni. " Puji Amir jujur.
" Yeke, terima kasih. "
" Sama-sama. So jom? " Ajak Amir.
Sara hanya menganggukkan kepala, manakala Amir terus ke bahagian penumpang untuk membukakan pintu kereta untuk Sara.
=====
Amir membawa Sara makan malam di sebuah restaurant yang mewah.
" Amir, restaurant ni cantik sangat. Mesti mahal kan. " Kata Sara setelah masuk ke dalam restaurant itu yang kelihatan sangat cantik, mewah dan...romantis?
Walaupun Sara tahu yang Amir memang lebih dari mampu, tetapi dia takkan pernah mengambil kesempatan. Dia ikhlas berkawan dengan Amir, bukan sebab duit.
" Takde masalah Sara, untuk awak semuanya boleh. " Ujar Amir bersama senyuman yang sangat manis di pandangan mata Sara. Sara hanya tertunduk malu.
" Sir, mari saya bawakan ke meja. " Ujar seorang pelayan. Pelayan itu tersenyum ke arah Amir dan Sara. Amir hanya mengangguk.
Pelayan itu membawa mereka berdua ke sudut restaurant itu yang menempatkan meja untuk 2 orang. Dan kawasan sekitar meja itu mempunyai kawasan yang sangat cantik dan terlalu sesuai untuk pasangan kekasih.
" Awak nak order apa Sara? " Soal Amir setelah pelayan itu meletakkan menu.
" Saya taktahu nak order apalah Amir, awak order jelah apa-apa pun. " Ujar Sara, dia sendiri pening melihat menu-menu di restaurant itu dan pasti harganya yang mahal. Amir tersenyum melihat wajah Sara yang putih bersih itu.
" Bagi 2 steak & 2 orange juice. " Ujar Amir kepada pelayan yang setia di tepi meja.
" Okay sir. " Jawab pelayan itu dan meminta diri.
20 minit kemudian, makanan yang dipesan pun sampai. Mereka makan dengan berselera sekali. Lagi-lagi Sara kerana ini kali pertama dia makan di tempat mewah sebegitu.
Tidak lama kemudian, mereka berdua pun selesai makan. Mereka berbual-bual kosong sahaja sehingga...
" Sara, awak tahu kan yang kita dah kenal hampir 5 bulan. Walaupun tempoh perkenalan kita sekejap je tapi saya rasa selesa sangat dengan awak. Saya selesa bersembang dengan awak, ceritakan masalah saya dan semuanya..." Ujar Amir panjang. Sara hanya tekun mendengar segala ucapan Amir.
" Saya dah sedia nak halalkan hubungan kita. Saya..saya nak melamar awak jadi isteri saya yang sah. " Sambungnya lagi, terlalu berdebar dengan apa reaksi Sara.
Sara terlalu terkejut mendengar apa yang baru keluar dari mulut Amir.
" Amir, saya pun selesa sangat dengan awak. Saya suka kawan dengan awak, and semualah. Tapi..." Ujar Sara separuh.
Air muka Amir berubah seolah-olah dia tahu yang Sara takkan menerimanya.
" Oh, takpe Sara. Saya faham, saya tak paksa awak pun untuk terima saya. " Kata Amir, memandang wajah Sara bersama senyuman kelat.
" Apa awak merepek ni Amir, saya tak habis cakap lagilah. Saya terima nak jadi isteri awak yang sah Amir. Saya pun suka awak, bagus awak nak halalkan hubungan kita ni. " Balas Sara menghabiskan ayatnya.
" Be..betul ke ni Sara? Awak terima lamaran saya? " Soal Amir lagi inginkan kepastian.
Melihat anggukan dari Sara membuatkan hatinya berasa sangat lega dan bersyukur. Dia mengeluarkan kotak baldu kecil berwarna merah yang terdapat sebentuk cincin di dalamnya lalu menyerahkan kotak itu kepada Sara.
" Saya memang nak sarungkan cincin ni dekat jari awak Sara, tapi belum halal.." Amir sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
" Faham-faham " jawab Sara bersama gelakan kecil.
YOU ARE READING
BUKAN UNTUK SELAMANYA
Fiksi Penggemar~ SHORT STORY ~ Amir tidak pernah menyangka akan kehilangan kawan baiknya cepat seperti ini akibat kemalangan jalan raya . Dia hanya menyalahkan diri sendiri sehingga dia berjumpa dengan seorang wanita yang berjaya keluarkannya dari kesedihan . Hari...