7🌼

495 78 13
                                    

"Umi, kita nak makan kat mana?" Ridwan tengok aku dengan muka teruja. Masya Allah. Aku mak dia. Tapi tulah. Tak boleh nak kawal keterujaan bila nampak Ridwan teruja.

"Ridwan suka makan nasi ayam kan?" Laju Ridwan angguk. Aku dengan Hana berhenti depan restoran nasi ayam.

"Jom masuk cepat umi. Ridwan dah lapar." Aku terkekeh. Sabar wahai anakku. Umi tahu awak lapar. Kita kena tanya kaunter dulu ada tak tempat kosong. Kalau tak. Hmmm. Kema tunggulah.

"Babe. Pegang Amirah kejap. Biar aku pegi tengok." Hana menghulur Amirah dalam dukungan aku. Dia baru lepas bangun tidur, tu yang merengek kalau diturunkan. Hahahaha.

"Umi..." Pegangan tangan Ridwan pada tangan aku makin erat. Automatik aku tunduk tengok dia.

"Iya, sayang. Kenapa? Nak ke tandas ke?" Ridwan geleng. Sebelah tangannya diangkat dan ditunjuk ke suatu arah.

"Tu bukan ayah ke?" Wait. What? Pandangan aku halakan pada tempat yang ditunjuk oleh Ridwan. Membersar mata aku bila nampak Izwan kat seberang kedai makan sana.

Aku tak peliklah dia turun makan kat kawasan sini sebab memang dekat dengan office dia. Tambah pulak pagi tadi aku bangun lambat. Tak sempat langsung nak siapkan bekal Izwan.

Yang aku pelik, dia sekarang cuma berdua je dengan sorang perempuan bertudung putih dan berbaju blouse merah. Makin berkerut muka aku. Ni dah siapa pulak perempuan ni? Siap jalan dekat semacam je dengan laki aku.

TAK ADA ORANG LAIN KAU NAK KACAU?

Eh tengok tu! Siap bertepuk tampar. Kalau aku tahu siapa perempuan tu, dah lama aku luku! Sesuka hati sentuh-sentuh laki orang!

Tak mungkin kan Izwan tu cu..rang..? No. Tak mungkinlah. Aku tahu Izwan tu macam mana. Mungkin sama ada perempuan tu cuma klien ataupun dia kawan sekerja. Paling teruk pun stalker. Ha! Kelakar.

Mereka berdua masuk ke dalam kedai makan di seberang. Sampailah diorang hilang dalam kedai tu, aku masih terkaku tak tahu nak buat apa.

"Ayah kan, umi?" Tangan aku ditarik-tarik perlahan dengan Ridwan. Aku memandang Ridwan dan tersenyum.

"Eh taklah. Ridwan salah orang tu. Ayah kan tengah kerja. Tak mungkinlah tu ayah, kan?" Aku sengih. Ridwan melihat aku dengan mata dikecilkan. Ni dah bila masa pulak anak aku pandai tengok aku macam tu?

Buat apalah agaknya dia dengan Izwan bila berdua. Aku kena tengok-tengok jugak ni. Tak pun, dia selalu nampak aku tengokkan Izwan macam tu kalau Izwan cuba nak tipu atau sakat aku. Oh, kiranya salah akulah ni? Kena hati-hatilah macam tu. Bahaya betul Ridwan ni.

"Umi.. Tak tipukan?" Aku telan air liur. Ha.ha.ha.ha. Acane dia tahu weh. Dia boleh baca fikiran aku ke apa ni?

"Tak, Ridwan. Umi tak tipu.." Perlahan-lahan Ridwan memandang semula ke arah kali terakhir dia nampak Izwan tadi. Aku melepaskan nafas lega.

Gilalah. Aku pulak yang gelabah.

"Riya. Jom masuk. Ada tempat dah." Hana memanggil aku dari kaunter. Aku membawa Ridwan dan Amirah masuk ke dalam restoran.

Fasal Izwan tu.. Aku tak naklah buruk sangka pulak. Izwan selalu pesan jangan buruk sangka dengan orang. Berdosa. Aku ragu-ragu... Sebenarnya...

Sebelum aku masuk ke dalam, pandangan aku halakan pada kedai makan di seberang tempat Izwan masuk dengan perempuan tu tadi untuk kali terakhir.

"Riya. Kau ok tak?" Hana menegur aku. Aku tersedar dari lamunan. Ya Allah. Aku mengelamun ke lagi tadi? Tak sedar langsung.

"Eh, aku ok. Aku ok." Makanan yang kami pesan sampai tepat pada waktunya. Hana merenung aku. Lama sampaikan aku perasan dia tak berkelip langsung.

"Aku tahu kau tipu. Kau dengan aku berkawan dah berapa lama, Riya. Aku boleh tahu kau tipu aku ke tak." Aku menggaru pipi yang tak gatal. Semua yang kat sekeliling aku menakutkanlah. Senang betul baca fikiran orang.

"Hal kat rumah je.. Tak apa, Hana." Hana angguk. Dia tak berani nak tanya lebih-lebih. Sebab dia tahu, tak elok buka aib pasangan. So, Hana tak tanya macam-macam.

"Kalau teruk sangat, bagitahu aku terus." Aku angguk sambil tersenyum. Alhamdulillah Hana faham. Beruntung aku dapat kawan macam dia.

Lepas je selesai makan, kami keluar dari restoran sambil berbual. Saat mata aku kebetulan tengah tengok kedai seberang, mata aku membesar. Diikuti dia yang di seberang sana dengan reaksi yang sama.

Aku tak tahu nak kata apa gais. Aku membaca gerak bibirnya dari jauh.

"Riyana."

"Babe, tu bukan ke..." Hana melihat ke arah aku. Dia pun dah terkejut, lagilah aku ni. Terkaku beku terus kat situ bila nampak perempuan tu buat apa.

"Izwan..."

********
"Awak nak makan kat mana, Izwan?" Izwan berjalan laju meninggalkan Julia di belakang. Rimas rasanya. Julia mintak makan jauh sikit kat restoran mana entah. Tapi Izwan tak nak. Akhir sekali, dia sendiri ambil keputuran makan kat kedai berdekatan je. Tak payah jauh-jauh.

Muka mendatar Izwan masih lagi kelihatan sejak keluar dari tempat letak kereta tadi. Julia tersenyum gembira bila dia akhirnya dapat keluar dengan Izwan.

Akan dia gunakan masa ni untuk tarik perhatian Izwan.

"Lah makan kat sini je ke?" Julia terdiam bila terpandang mata Izwan yang memerhatikannya. Tajam. Bergetar sikit lutut dia. Tapi dia takkan mengalah!

"Oklah. Saya tak kisah pun. Jom masuk." Julia tersenyum manis. Tangannya mula mahu mencapai lengan Izwan. Laju Izwan menarik lengannya jauh dari Julia. Jaraknya mula dijauhkan.

"Julia. Jaga sikit perilaku awak. Kalau tak suka, awak boleh makan tempat lain." Tangan yang mahu mencapai lengan Izwan perlahan-lahan ditarik semula.

Dari ekor mata Julia, dia seakan ternampak seseorang memerhatikan mereka. Dia melirik sedikit dan terkejut bila nampak Riyana di seberang sana sedang memerhatikan mereka. Dengan senyuman, Julia menepuk lengan Izwan dan ketawa.

"Kelakarlah awak, Izwan. Saya ok je makan kat sini." Izwan berdesis. Tak selesa rasanya bila ada perempuan lain yang menyentuhnya. Julia sudah melebih.

"Julia. Tolong jangan sentuh saya." Izwan menepuk tempat yang disentuh Julia tadi dan mula melangkah masuk tanpa menjemput Julia sekali.

Dia penat! Rasanya nak balik sahaja dan jumpa dengan isterinya lepas seharian. Otaknya penat!

Laju sahaja Izwan habiskan makananya tanpa menjawab sepatah pun pertanyaan Julia. Macam-macam dia tanya.

1. Dia kawin bila..

2. Bahagia tak dengan Riyana. Kalau tak, dia sudi bahagiakan dirinya. Please. Takkan.

3. Masih ada tak lagi rasa sayang dengan Riyana tu. Kalau tak, dia ok je nak sayangkan Izwan. Meremang bulu roma Izwan lepas dengar.

Banyak lagi. Semua berkaitan dengan hubungan dia dengan isterinya. And sebanyak tulah Julia cuba kaitkan diri dia dalam soalan. Sepatah apa pun Izwan tak menjawab.

Lepas je siap makan dan bayar makanan dia dengan JULIA sekali, yelah mana tahu tak 'bawak' duit kan? Izwan terus keluar. Kelam kabut Julia ikut.

"Izwan tunggu." Julia memegang lengan baju Izwan. Tapi Julia pelik. Kenapa Izwan tak menepis macam biasa.

"Riyana.." Oh now she knoww. Julia tersenyum memandang aku di seberang.

TBC

Argh! Aku geram bethollah Julia! Sabar, bnyk lagi nak buat ni.

( ̄~ ̄;

Forever AfterWhere stories live. Discover now