6🌼

1.2K 117 31
                                    

"Hana!" Lepas jumpa je Hana, aku terus peluk dia. Lama gila tak jumpa! Sebenarnya tak adalah lama mana. Tiga minggu lepas kitorang baru jumpa. Bawa Ridwan dengan Amirah berjalan.

Tapi suka hatilah. Tiga minggu tu lama tau! Siapalah aku tanpa Hana. Mesti Izwan tersedak kan? Ni kalau dia dengar, merajuk seminggu dengan aku. Jenuh aku nak pujuk.

"Aunty Riyana." Aku nampak Amirah turun dari kereta. Dia berlari ke arah aku dengan tangan yang dah sedia nak salam aku.

Comelnya! Kalaulah aku ada anak perempuan...

Eh?

Cepat-cepat aku geleng. Laju aku buang bayangan yang aku baru bayangkan. Eh takutlah.

"Aunty... Mana Ridwan?" Amirah tersenyum. Aku cuma mampu sengih. Comel weh tak tipu. Muka sebijik macam Hana tapi mix Aman. Dengan pakai dress warna pinknya. Buatkan aku fikir balik nak tak anak perempuan.

Aku geleng lagi. Lain kali jelah. Kalau dapat, rezeki betul tak?

"Ridwan ada dalam kereta. Pergilah. Baik-baik." Amirah angguk. Dia mula berlari ke arah kereta aku yang terletak di belakang kereta Hana.

"Babe. Kita nak kemana?" Aku tanya Hana. Hana mula berfikir. Mana kitorang boleh bawa Ridwan dengan Amirah keluar.

"Kita makan dulu jom? Dah nak masuk waktu lunch. Nanti kita fikir." Aku angguk. Masa aku nak berjalan ke kereta, aku terfikir. Nak naik kereta siapa? Takkan nak naik dua kereta kot.

"Hana, kita nak naik kereta siapa?"

"Naik kereta aku nak?" Hana tunjuk keretanya. Aku tunjuk kereta aku dengan muka pelik.

"Tinggal sini dulu? Jangan risaulah. Taman ni ada pak guard. Tak adanya sesiapa nak curi. Ramai je yang tinggal kereta sementara nak keman-mana." Aku oh kan aje apa yang Hana cakap. Betullah tu. Banyak je kereta letak kat sini.

"Oklah, aku panggil Ridwan dengan Amirah kejap." Hana angguk dan berjalan ke kereta dia.

"Ridwan.. Amirah.." Aku membongkok di pintu kereta. Aku tengok Ridwan tengah main telefon aku sambil diperhatikan Amirah.

"Iya, umi."

"Iya, aunty." Saing diorang tengok aku. Ridwan menghulurkan semula telefon aku. Beg aku capai dan kereta aku matikan.

"Kita naik kereta mama Amirah." Terus Amirah keluar dari kereta dengan muka teruja.

"Cepatlah Ridwan. Kita naik kereta mama Amirah ni.." Amirah yang dah keluar kereta menarik tangan Ridwan.

"Iya. Sabarlah. Saya nak turunlah ni." Ridwan dah ditarik Amirah menuju ke kereta Hana. Sabarlah wahai anakku. Awak tu lebih tua. Pandailah layan Amirah yang lebih muda tu, ok? You can do it!

Aku ketawa. Ridwan tu nampak je macam umur 5 tahun, tapi banyak dah dia tahu. Kadang aku dengan Izwan pun terkejut bila Ridwan buat sesuatu luar jangka.

Percakapan dia pun nampak agak matang.

"Umi?" Aku tersedar dari lamunan. Aku tengok Ridwan yang memanggil aku dari luar kereta Hana.

"Umi tak ikut ke? Kalau macam tu, Ridwan pun tak ikutlah." Ridwan mula berjalan ke arah aku. Laju aku kunci pintu dan menghalang Ridwan dari terus berjalan.

"Eh tak, sayang umi ikut. Umi cuma nak kunci pintu je tadi." Aku memimpin tangan Ridwan.

"Oh yeke. Ridwan ingat umi tak ikut. Tak naklah tinggalkan umi sorang-sorang. Kesian nanti umi sunyi." Aku senyum. Sebijik perangai Izwan. Tak tipu.

"Tak, sayang. Kan umi dah janji harini kita nak jalan." Ridwan senyum.

********
"Masya Allah. Laparnya. Kebetulan pula harini Riyana tak masak sebab terlambat bangun." Izwan ketawa bila ingat balik muka isterinya yang mamai. Ditambah dengan kelam-kabut bangun ke bilik air untuk ambil air sembahyang. Meriah suasana rumah pagi tadi.

"Aku makan luarlah harini." Izwan menjenguk meja Hakim. Dia melihat Hakim yang menopang dagu sambil membelek fail di atas meja. Izwan bangun dan berjalan ke arah Hakim.

"Assalamualaikum." Izwan mengetuk perlahan meja Hakim. Terduduk tegak dia sebab terkejut.

"Waalaikumsalam. Ya Allah, Izwan. Lemah jantung." Hakim memegang dadanya sambil mengucap.

"Apsal kau ni.."

"Jom makan?"

"Makan?" Izwan angguk.

"Sorry, ma fren. Harini aku lunch dengan wife aku. Jap gi aku nak gerak dah." Izwan mengangguk.

"Oh yeke. Tak apalah kalau macam tu. Aku pergi dululah."

"Wokeh..." Izwan berjalan meninggalkan Hakim.

"Izwan." Izwan tidak menghiraukan panggilan namanya. Sebab dia kenal sangat dah. Memang dia dah malas dah nak layan. Dulu memanglah dia layan ingat si Julia ni suka bergurau. Tapi makin lama, makin menjadi pula.

"Izwan..." Suara Julia yang memanggil namanya makin dekat.

"Izwan." Akhirnya, Julia dah ada di sebelahnya. Laju kakinya menjauhkan jarak. Dia melepaskan nafas panjang.

"Awak nak pergi lunch?" Izwan sekadar angguk sahaja.

"Finally. Jom sekali."

"Tak apa. Saya makan sorang." Langkah kakinya makin laju. Sampai sahaja di lif, kebetulan Allah nak bantu. Pintu lif terus terbuka. Izwan masuk tanpa sempat Julia masuk ke dalam lif.

Izwan melepaskan nafas lega. Nasiblah pintu lif terbuka tepat pada masanya. Kalau tak, tak betah dia berdua dalam lif ni. Entah apa yang akan jadi pada dia agaknya.

Sampai sahaja di kereta, Izwan masuk dan bersandar di kerusi. Merehatkan dirinya yang kepenatan berjalan laju. Tulah. Dah lama sangat tak bersenam. Mengah sudah nafasnya.

Bila nafasnya sudah stabil, Izwan menghidupkan enjin kereta. Terkejut dia bila pintu bahagian penumpang di sebelahnya terbuka. Terbantut aksinya untuk menarik tali pinggang keledar.

Makin membesar mata Izwan bila Julia masuk dan menutup pintu sambil tersenyum.

"Jom?" Julia senyum.

"Apa awak buat ni?" Izwan tak sedar dia menguatkan suaranya sedikit. Marah bercampur terkejut yang dia rasa sekarang ni. Dia tak peduli dah. Izwan memang tak nak ada kena mengena langsung dengan permainan Julia.

"Saya nak pergi lunch lah." Genggaman tangan Izwan pada stereng kereta makin kuat.

"Tolong. Keluar." Satu-satu dia menyebut dengan suara yang dalam.

"Tak apalah. Saya ikut je awak makan ke mana pun." Izwan menarik nafasnya dalam.

"Tolong keluar. Saya tak nak orang nampak kita berduaan macam ni. Boleh timbul fitnah, Julia." Kening Izwan sudah bertaut. Fikirannya terus teringat pada arwah Sarah dulu.

Dia meminta maaf banyak kali pada Sarah dalam fikirannya sebab fikir yang Sarah ni degil. Rupanya ada hamba Allah yang lebih degil berbanding Sarah. Tapi kalini degil dia, Masya Allah. Mengucap banyak kali nak handle.

"Saya takkan keluar. Banyak kali dah saya ajak awak makan. Banyak kali tu jugaklah awak tolak. Kalini, saya takkan berdolak-dalih dah." Julia menyilangkan tangan di dada. Dia mencebik sambil melarikan pandangannya ke luar tingkap.

Izwan mengetap giginya. Dengan perasaan yang agak marah, kereta Izwan meluncur laju keluar dari tempat letak kereta.

TBC

Forever AfterWhere stories live. Discover now