19🌼

292 33 2
                                    

"Assalamualaikum." Izwan membuka pintu selepas memberi salam. Salamnya yang tidak dijawab membuatkan dirinya rasa pelik. Mana Riyana? Seluruh ruang tamu dah gelap. Lepas je kunci pintu hadapan, Izwan berjalan menuju ke bilik yang dia kongsi dengan isterinya.

Pintu diketuk. Senyap juga. Izwan membuka pintu bilik dan disapa dengan bilik tidur yang sunyi. Kipas yang tak terbukak apatah lagi penghawa dingin. Suis lampu ditekan. Izwan melihat katil yang kosong.

"Riyana?" Izwan jengahkan kepalanya keluar bilik. Mana tahu kan isterinya tertidur di ruang tamu? Lepas je jumpa kawan-kawannya tadi, Izwan banyak terima teguran. Jangan percaya cakap orang. Lebih percaya isteri sendiri. Communication yang baik kena ada dalam rumah tangga. And banyaklah.

Izwan rasa serbasalah sebenarnya. Tapi demi mengajar isteri dan mencari tahu kebenaran, Izwan kena buat sesuatu. Apsallah hatinya rasa ragu sangat. Menyesal dia baca chat Riyana dengan lelaki tu. Bukan main mesra lagi lelaki tu. Isterinya pun layankan je walaupun balas sepatah dua patah.

STILL dia layan jugak lelaki tu. Boleh je abai betul tak?

Izwan berjalan menuju ke bilik anaknya. Pintu dibuka. Dia melihat anak dan isterinya sedang tidur sambil Riyana memeluk erat Ridwan. Izwan mendekati mereka. Dia perasan ada kesan air mata yang kering di pipi isterinya.

Hati Izwan terasa dicucuk. Izwan melutut di sebelah katil Ridwan dan memandang Riyana. Ridwan masih nyenyak tidur antara mereka. Tangan Izwan mula mencapai wajah isterinya. Kesan air mata yang hampir kering di lap dengan memastikan yang Riyana tak sedar dari tidur.

"Maafkan saya, sayang. Saya nak cari kebenaran. Sampai awak bagitahu saya benda betul, kita akan ok semula." Izwan bangun dan mengucup dahi Ridwan. Dia melihat Riyana dengan rasa ragu-ragu. Lepas berfikir, Izwan mendekatkan diri dia dengan Riyana dan meninggalkan kucupan di tepi bibir isterinya.

"Maaf, Riyana." Izwan berbisik. Dia berjalan keluar dari bilik Ridwan selepas menutup suis lampu.

********
Lepas je siap menyapu rumah, aku ke dapur nak siapkan sarapan pagi pula. Izwan keluar dari bilik dengan beg kat tangan.

"Awak tunggu kejap boleh? Saya baru nak masak sarapan. Awak nak ke mana? Bukan cuti ke harini?" Izwan tengok aku dengan gelengan.

"Saya overtime. Tak pelah, awak makanlah nanti dengan Ridwan. Saya makan luar." Dia berjalan ke arah aku. Tangannya dihulur ke aku untuk bersalam. Automatik aku letak periuk nasi yang aku pegang dan sambut huluran tangan dia. Izwan memegang atas kepala aku.

"Saya nak jumpa Hana boleh harini?"

"Ikut awaklah, Riyana. Saya izinkan." Pegangan dia jatuh ke bahu aku.

"Ridwan awak hantarlah ke rumah ibu awak. Nanti dia sorang pulak kat rumah." Izwan memberi pesan. Wuish memang tak aku tinggalkan Ridwan sorang-sorang kat rumah. Bahaya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Aku jawab. Izwan berjalan pergi keluar dari pintu hadapan. Lain harini. Even dia masih nak buat contact dengan aku, aku tahu dia masih marahkan aku. Aku tidur kat bilik Ridwan semalam pun dia tak kisah sebab pagi tu aku bangun masih kat bilik Ridwan.

Ni tadi ni. Biasanya dia akan cium dahi aku. Tapi dia just pegang kepala aku je. Bangun pagi tadi otak aku masih ligat fikir apa yang Izwan maksudkan. Argh.

Aku teruskan masak sarapan. Jap lagi Ridwan bangun tak de makanan, mahu merengek budak tu.

********
Dah 2 minggu Izwan buat dingin dengan aku. Apa salah aku weh? Dia ok je dengan aku part sentuh tangan apa semua. Tapi dia lebih banyak diamkan diri. Lain sangat dah ni. Aku dah tak tahan dah dia buat aku macam ni. Aku ada bagitahu Hana Pasal ni. Tapi Hana cakap dengan aku suh aku fikir sendiri salah aku.

Forever AfterWhere stories live. Discover now