3🌼

1.1K 125 18
                                    

"Wan, nanti tempat sebelah kau tu ada budak baru yang duduk." Hakim, rakan sekerja Izwan kata. Dia berdiri di sebelah Izwan dan tampung diri dia guna tangan kat meja Izwan.

"Siapa?" Izwan pusingkan kerusinya memandang Hakim. Hakim ni. Laju betul dapat maklumat. Pak cik bawang betul. Sebelum leader diorang, Haris bagitahu, Hakim dah tahu dulu. Entah mana dia dengar. Izwan dah biasa.

Hakim ni, lepas je dia dapat berita apa-apa dari budak-budak office, terus dia bagitahu Izwan. Izwan layankan aja. Tak adalah dia nak menghadap komputer je.

"Entah. Aku dengar dia perempuan. Baya-baya bini kau gitulah kot." Izwan tengok Hakim dengan kening dinaikkan.

"Acane kau tahu bini aku umur berapa? Aku tak pernah kenalkan dia pun." Berkerut dahi Izwan tengok Hakim. Lain macam Hakim ni. Sampai umur pun dia tahu ni.

"Eh sabar, Wan. Jangan fikir bukan-bukan dulu. Aku kenal bini kau." Seriouslah? Izwan kecikkan mata tengok Hakim.

"Yeke? Kenapa Riyana tak pernah bagitahu pape?" Hakim pegang sebelah bahu Izwan.

"Aku ni kawan Rizki. Memang sahlah kenal Riyana tu." Izwan angguk-angguk.

"So, maksudnya kau lagi tua dari aku?" Hakim ketawa.

"Kau ni. Memanglah. Patutnya kau panggil aku abang tau. Tapi aku lebih selesa macam ni. Drop the formal bila tak ada orang yang penting." Hakim sengih. Izwan senyum and then angguk.

"Sorrylah. Dah lama kerja sini aku tak pernah tahu kau kawan abang ipar aku." Izwan garu belakang kepala dia.

"Rileks. Tak ada hallah. Benda tu biasa."

"Tapi, asal aku tak pernah jumpa kau pun sebelum ni?" Izwan rasa ragu-ragu balik. Yelah. Kalau Hakim kawan Rizki, kompem ada nampak dia kat majlis kahwin Rizki or aku dengan Izwan dulukan?

Hmmmm...

"Aku ada.... Kau je tak perasan. aku ada je datang majlis kau dengan Rizki dulu. Yelah. Masatu mana kau kenal aku lagi." Kenapa baru sekarang Izwan tanya? Dah bertahun kerja situ baru nak tanya.

Ni semua sebab ada orang baru nak masuk.

"Bila orang baru tu masuk?"

"Esok or lusa gitulah. Aku tak pasti. Tunggu ajelah." Izwan angguk.

"Wan. Aku gerak dulu. Kau sambunglah kerja kau. Risau aku kang tetiba Haris nampak." Hakim pandang sekeliling. Tahu pulak.. Tapi masih berdiri kat sini lagi.

"Haa. Yelah."

"Haa. Kirim salam Riyana." Hakim lambai sebelum bergerak pergi.

"In Sya Allah." Betul ke Hakim ni kenal Riyana? Ye ye je. Kena tanyalah balik nanti kan?

********
"5+2, berapa? Cuba Ridwan kira pakai jari." Aku tunjuk buku matematik Ridwan. Sekarang ni aku dengan Ridwan tengah duduk kat lantai depan tv. Sementara tunggu Izwan balik, dapatlah aku ajar Ridwan sesuatu.

"7?" Ridwan tengok aku dengan kepala disengetkan sikit.

"Betul.." Aku sengih. Ridwan mula tulis jawapan kat buku.

"Kalau yang ni pulak?" Ridwan mula kira pakai jari. Aku perati je dia buat. Alhamdulillah. Pandai dah tambah-tambah.

"Assalamualaikum." Itu dia suami tercenta sudah pulang. Izwan masuk lepas beri salam.

"Ayah!" Terkejut aku. Bila aku tengok Ridwan balik. dia dah berlari ke arah Izwan. Wuish.

Laju betul. Macam tak jumpa seminggu.

"Waalaikumsalam." Aku jawab. Izwan datang ke arah aku dengan Ridwan dalam dukungan.

"Buat apa?" Izwan tanya sambil turunkan Ridwan lepas sampai kat tempat aku duduk.

Forever AfterWhere stories live. Discover now