29🌼

188 23 5
                                    

Julia tengok aku dan semua yang ada depan dia silih-ganti. Ditambah lagi dengan muka gelabah dia. Memang sah aku tahu minah ni ada buat benda tak baik. Tolonglah jangan benda-benda yang syirik. Macam kebudak-budakan. And ketinggalan zaman sangatlah.

Kalau memang dia betul-betul nakkan Izwan, usahalah sendiri. Ini mintak bantuan makhluk halus apa cerita ni? Lagi satu, dalam dunia ni dah tak ada ke makhluk lelaki yang masih bergelar single? Yang dah ada title suami lah kau nak rembat. Aku pun tak faham dengan minah yang ada fetish dengan laki orang. Memanglah member ada pengalaman. Tapi beragaklah bro. Dia tu ada bini. Cubalah letakkan diri tu dekat kedudukan bini dia. Tak ke kau pun akan sakit hati?

Kalau ada sesiapa kata 'dah kalau jodoh' memang aku hambat jap gi.

"Eh penting sangat ke sampai nak kena tanya? Salah ke aku kalau nak melawat?" Kesabaran aku ada tahapnya. Kuat aku hembus nafas tanda protes.

"Kau ni kan, jawab jelah. Tak payahlah nak berdolak dalih lagi. Benci betullah aku eiii." Hana sudah hilang sabar. Kecik besar je dia tengok Julia ni. Kalau bukan disebabkan ada Izwan kat sini, dah lama dah dia cabut tudung minah ni. Rambut dia memang dia carik-carik jadi cebisan kecil.

"Hana, boleh tolong sabar sekejap tak? Bagi aku tahu jawapan dari dia ni dulu. Barulah kau nak banting dia ke apa, aku tak kisah. Aku cuma nak tahu apa motif dia. Macam ada yang tak kena." Hana terkejut. Jadi dia ambil keputusan untuk diamkan diri sementara waktu ni. Kalau kawannya dah macam gini gaya, baik dia ikut apa yang Riya nak. Tak pasal-pasal dengan dia sekali kena banting nanti.

seriau rasa. Riya ni, dia tengok gaya pun macam tinggal nak terkam je si Julia ni. Kau salah je ayat, memang kenalah setepek dia rasa.

"Lah, apa yang tak kenanya? Betullah aku sekadar melawat je. Kau ingat aku nak santau kau ke apa? Tak de kerja aku."

"Julia, saya minta tolong untuk awak jawab soalan Riyana boleh?" Izwan menyampuk. dia juga mahu tahu kenapa tiba-tiba sahaja Julia munculkan dirinya di rumah ibu bapanya. Macam tak ada sebab yang kukuh pula. Riyana dia masih lagi perhatikan.

Keadaan Riyana yang seperti tidak stabil merisaukan dirinya. Betul ke keputusan yang dia dah buat? mahu undurkan masa pun tak boleh. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Lafaz keramat pun sudah dia katakan. Tidak boleh dia berbuat apa-apa lagi.

Turun naik dada aku menahan amarah yang semakin membuak-buak.

"ya Allah korang. Chill. Aku memang datang rumah parent Izwan hanya sebab nak melawat je. Yang korang gaya macam nak tuduh aku letak benda tak baik kat rumah tu kenapa? Ingat aku tak ada iman ke?" Julia menyilangkan lengannya didada. Bebola matanya diputarkan, menyampah dengan orang yang nak tuduh dirinya sesuka hati.

Ada ke patut dikata dirinya bermain benda yang syirik? Memanglah dirinya tak sebaik mana. Rancangannya untuk perangkap Riyana sudah berjaya, tapi untuk bermain dengan benda yang menyekutukan tuhan? no is no! Imannya masih ada walaupun senipis bawang! 

Yang penting sekarang ni, dia dah dapat apa yang dia nak! Hihi, tak sangka semudah ABC Izwan lepaskan Riyana macam tu je. Dia pun terkejut juga sebenarnya. Tapi benda dah ada depan mata, ambil jela chance. 

Dia datang rumah parent Izwan memang nak perkenalkan diri. In case dia jadi menantu, tak payahlah susah-susah dia mahu kenalkan diri lagi. advancelah sikit kerja dia. Lepas tengok Riyana kena cerai depan mata, memang rasa nak melompat riang. Tapi dia masih tahankan dirinya untuk kekalkan lakonan.

Dan sekarang ni, dia perlu hadap Riyana yang gaya seperti sikit sahaja lagi mahu terkam dirinya. Takutlah juga. Tapi disebabkan ego yang tinggi, dia tahan dirinya untuk tidak nampak takut di depan musuh.

"Ish kau boleh jawab tak minah? Bagitahu jela apa benda kau buat kat sana. Takkan datang suka-suka. Macam tak masuk akal kalau kau cakap dengan parent Izwan yang kau ni kawan sekerja. Ingat diorang suka-suka ke nak percaya. Lagi satu, kau tu perempuan, sorang pulaknya tu datang. Macam entah. Ada sesuatu yang aku terlepas ke macam mana? Sampai tahap aku kena cerai, aku kena tuduh yang bukan-bukan. Sampai hidup aku jadi macam ni. Ni mesti kau ada buat sesuatu kan? aku... aku..." Aku sudah buntu.

Kepala aku pegang sebab denyutan yang maha hebat tiba-tiba datang. Benda apa yang aku tengah lalui ni? Aku rasa tak tahan sangat. Aku rasa nak tidur, nak rehat dalam waktu yang lama sangat. Aku tak boleh nak proses semua benda dalam satu masa. Satu-satu benda yang jadi datang dalam masa yang sama. 

Umpama ada yang cuba nak huru-harakan kehidupan aku. Kat mana aku salah langkah. Kat mana aku ada salah cakap, salah buat. Ya Allah, ujian apa lagi yang aku perlu hadap dikala aku sudah bahagia ini. Aku ada kacau sesiapa ke, ya Allah? Jalan apa yang aku perlu ambil kali ini ya Allah.

Mata aku tumpukan ke arah Izwan yang sudah kelihatan sangat cemas. Merah mata aku menahan kesakitan dan tangisan yang aku sendiri tak sedar dah jatuh berjurai-jurai. Seseorang yang aku paling bergantung harap. Dunia dan syurga aku.. 

Izwan...

Apa salah saya, Izwan? Kekhilafan apa yang saya dah buat sampaikan syurga saya tak mahu dengan saya lagi? Separuh dari saya boleh sanggup lepaskan saya tanpa sebab yang kukuh. Mesti saya ada buat salahkan? Kalau ada, bagitahulah Izwan. Isterimu ini hilang arah. Isterimu ini perlukan bimbingan dari awak yang bergelar suami. Isterimu ini tak sanggup kehilangan kawan, cinta, pasangan dan syurganya, Izwan.

Mungkin saya ni memang tak layak untuk awak, Izwan. Sejak dari awal lagi. Saya memang bukan ditakdirkan untuk awak.

selamanya.. 

Pandangan aku sudah semakin kabur. Benda last yang aku rasa, badan aku dah jatuh kat atas lantai.

"Ya Allah, Riya!"

"Sayang!" Jeritan suara Hana dan Izwan bergema di satu rumah. Terkejut mereka bila tiba-tiba Riyana jatuh tak sedarkan diri.

Hana dan Izwan segera dapatkan diri aku yang dah terbaring. Cepat-cepat Hana memangku kepala aku dan menepuk-nepuk perlahan pipi aku untuk cuba  sedarkan diri aku.

"Ya Allah, Riya. Panasnya badan kau. Kau demam ke nyah? Kenapalah tak bagitahu? Aduhaii." Hana juga buntu. Matanya tertumpu Izwan yang ada di depan matanya. Riak wajahnya yang cemas membuatkan Hana rasa berang. Memang dia betul-betul tak sangka Izwan boleh ambil keputusan yang melulu.

Tanpa cakap apa-apa, Izwan terus mendukung aku dan berjalan ke arah bilik lain. Memandangkan Ammar masih lagi dalam biliknya. Semasa dia lalu di depan biliknya, sempat lagi dia terpandang Ammar yang masih terbaring dengan senyuman sinis. Matanya memandang ke arah Izwan dan Riyana tatkala mereka berdua lalu di hadapan pintu bilik yang terbuka.

Ammar terus bangkit dari perbaringan dan tergelak kecil.

"Oi, pengsan ke? Dah habis ke drama riuh yang aku dengar kat luar tadi?" Izwan tak mahu layan. Dirinya ada benda lagi penting yang perlu dibuat daripada lepaskan tumbukan lagi sekali kat muka yang dah sedia lebam tu.

"Baguslah kan kau lepaskan dia. Lagi senanglah kerja aku." Ammar yang dah bersandar di dinding luar bilik sambil menyilangkan lengan di dada ketawa sinis.

Alah kau. Dengan mukaa dah lebam masih acah-acah hensem pulak. Hana memandang Ammar dengan muka yang jijik. Terkejut jugak dia tetiba ada lelaki yang keluar dari bilik diorang. Tapi tak naklah dia cakap apa-apa.

"Kau pergi baliklah wei. Puas dah kaukan runtuhkan rumah tangga orang? Apa niat kau dengan Julia sebenarnya? Kenapa tiba-tiba kacau hidup aku dengan isteri aku?" Izwan memandang mereka berdua dengan muka yang marah.

Hatinya sakit. Sakit lagi bila dirinya cepat sangat buat keputusan melulu. Lagi sakit bila dia tahu yang isteri dalam dukungannya sangat terluka. Dia takut yang Riyana sudah tak mahu kembali pada dirinya.

"Kaulah buat keputusan cepat sangat. Bukan salah aku. Kuasa semua atas tangan kau. Layan sangat perasaan kau kan?" Ammar tergelak besar. Puas hatinya.

"Kau ni siapa sebenarnya?" Izwan bertanya dengan nada yang rendah.

TBC

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Forever AfterWhere stories live. Discover now