23🌼

486 44 3
                                    

"Izwan, datang jumpa aku jap." Suara mendatar milik Rizki kedengaran di hujung talian. Izwan menelan air liur. Perit tekaknya memikirkan apa yang Rizki mahukan. Jarang Rizki telefon dia melainkan ada urusan yang penting.

"Ada apa ya, bang? Kau balik rumah ke?" Rizki mendiamkan diri. Beberapa saat lepastu, kedengaran nafas panjang dia.

"Iya, aku kat rumah. Jumpa aku kat rumah ibu. Nanti aku cakap." Talian terus terputus. Izwan melihat jam di telefonnya. Baru pukul 9.15 pagi. Kebetulan pula memang dia baru je lepas mandi.

Izwan sambung mengelap rambutnya yang basah. Sambil tu otaknya ligat memikirkan kehendak abang iparnya. Perasaan ingin tahu Izwan makin tinggi. Tapi dalam masa yang sama berdebar sebab takut pun ada.

Selesai je bersiap, Izwan terus keluar rumah. Terpaksalah dia bawak kereta. Kalau tak disebabkan motornya rosak, memang malas dia nak pandu kereta sekarang. Yelah, kampung sebelah je pun.

Dengan hati yang berdebar, dia sampai kat rumah ibu. Kereta Rizki yang terparking elok depan rumah mentuanya dipandang. Izwan nampak abang iparnya di hujung tangga rumah sambil berpeluk tubuh melihat tajam ke arah Izwan. Dengan bacaan bismillah, Izwan turun kereta.

"Sihat bang?" Izwan menghulurkan tangan untuk bersalam bila sampai je kat depan Rizki. Huluran tangan dibalas.

"Aku sihat." Lepas je huluran salam, Izwan berdiri tegak dengan senyuman janggal.

"Ada apa kau nak jumpa aku, bang?" Tiba-tiba Izwan rasakan nyilu di pipi kirinya. Nasib baiklah dia tak jatuh terduduk. Cuma dirinya terdorong kebelakang. Pipi kirinya dipegang sambil matanya membulat memandang Rizki.

"Aku dah pernah bagi amaran pada kau, Izwan." Rizki mengepal penumbuk di tangan kanannya sambil jari telunjuk tangan kirinya menunjuk tepat ke arah Izwan. Matanya tajam merenung Izwan.

"Astagfirullah, Rizki! Izwan! Apa yang korang buat ni?!" Ibu turun dengan muka terkejut. Laju kakinya berjalan ke arah anak sulongnya. Lengan Rizki dipegang erat. Dia cuma nak tengok siapa yang datang. Alih-alih ternampak Rizki dah hayun penumbuk dekat menantunya. Hampir tersembul mata dia tengok situasi tu.

"Kau buat apa ni, Rizki?! Dah tak ada kerja lain nak bergaduh pagi-pagi macam ni?" Dada Rizki turun naik menahan amarah yang membuak di dada. Terkejut Rizki bila dapat tahu sendiri cerita daripada Hana. Yelah bukan apa, biasanya Riyana rajin je telefon dia tanya khabar apa semua. Ini dah lama sangat tak call. Itu yang dia balik semalam. Risau.

Kebetulan jumpa Hana dengan Aman masa tengah jalan cari barang. Dari situ Rizki tanya khabar adik dia. Alih-alih, lain pulak berita masuk. Awalnya Rizki tak percaya, tapi bila anak saudaranya, Ridwan telefon cakap umi nangis-nangis. Fuh. Rasa macam kat situ jugak dia nak memberontak.

Budak-budak mana nak menipu. Ridwan tu baru nak masuk 6 tahun. Tak adanya dah pandai menipu.

Rizki merenung Izwan yang masih memegang pipi di hadapannya. Berani dia buat adiknya macam tu.

"Ini baru penumbuk aku bagi kau. Belum lagi benda lain aku boleh buat kat kau. Aku serah adik aku kat kau bukannya untuk kau mainkan perasaan dia. Anak kau pun tahulah jaga hati umi dia. Kau ni yang dah besar panjang tak boleh nak fikir ke? Ada otak tak nak guna. Yang kau percaya sangat cakap orang luar tu dah kenapa? Hilang akal?!" Kuat dan jelas Rizki berbicara. Izwan hanya dengarkan je abang iparnya bercakap. Tak berani dia nak kata apa-apa bila tengok keadaan Rizki yang tak stabil.

"Kau dengar sini Izwan. Bukannya aku tak pernah bagi amaran kat kau dulu kan? Kalau jadi apa-apa pada adik aku, kau sendiri akan berdepan dengan aku. Adik aku nangis, ada kau tahu? Ataupun kau tahu tapi kau buat-buat tak tahu je?" Izwan mendiamkan diri. Kang tak memasal salah ayat yang keluar, sebelah pipi jadi mangsa.

Melihat adik iparnya yang mendiamkan diri, Rizki tersenyum sinis.

"Kalau kau tak nak dia, kau pulangkan dia pada kami. Jangan kau buat macam tu, Izwan. Dia tu bukan main sayangkan kau. Macam ni kau buat dia. Benda apa yang dah rasuk kau ni, Wan?"

"Aku sayang dia, bang." Perlahan Izwan cakap.

"Dah tu?! Kau buat apa? Otak ada kan? Fikirlah! Ini tidak. Buat tindakan macam otak tak ada." Rizki mahu melangkah ke arah Izwan. Tapi pegangan kuat ibu pada lengan dia mematikan niat Rizki.

"Rizki. Cuba bawak berbincang. Ibu dengan ayah tak ajar dengan cara bergaduh dapat selesaikan masalah." Rizki menggeleng.

"Tengah bincanglah ni, bu. Tapi kalau susah sangat nak faham, memang mendapatlah daripada orang." Makin erat pegangan ibu bila Rizki nak ke arah Izwan. Nak gugur jantungnya bila tengok anak dengan menantunya macam ni. Kalau suami dia ada, mahu budak-budak ni kena cepuk sorang-sorang. Kebetulan pulak dia keluar duk sarapan dengan kawan-kawan.

"Sekali lagi Izwan aku ingatkan. Kalau benda ni jadi lagi kat adik aku, aku takkan ragu-ragu buat sesuatu. Tak adik aku, aku sendiri yang datang mahkamah untuk tuntut kau lepaskan dia." Membulat mata Izwan mendengar kata-kata abang iparnya. Perutnya menggelocak memikirkan apa yang akan jadi. Sampai macam tu sekali Rizki akan buat.

"Hoi dengar tak?!" Perlahan Izwan mengangguk.

"Amanah tu, Wan. The moment ayah akad nikahkan Riyana pada kau. Dia serahkan Riyana pada kau untuk kau jaga anak dia, kau sayang anak dia, kau bagi kebahagiaan kat anak dia, kau bimbing dia, jadi ketua keluarga. Riyana tu satu-satunya anak perempuan dia dan satu-satunya adik aku, Wan. Ayah serahkan Riyana pada kau bukannya benda main-main. Dia percaya kau boleh jaga anak dia. Tapi kalau dia dengar pasal apa jadi kat anak dia, kau rasa apa yang ayah akan fikir? Sedih dia kau tahu?" Rizki melepaskan nafas panjang.

Amarah yang membuak tadi makin lama makin hilang bila Rizki dapat rasakan elusan lembut ibu dibelakang badannya.

"Kau tak kesiankan ayah, kat ibu ke, Wan? Apa salah adik aku sampai macam tu sekali kau buat dia, Wan? Aku bukan nak masuk campur urusan rumah tangga korang, tapi kalau dah macam ni masing-masing tak bertegur, masing-masing tak nak selesaikan masalah. Aku sebagai abang korang kena bagi nasihat. Selesaikan dengan cara berbincang. Benda takkan selesai kalau korang macam ni."

"Aku harap benda ni takkan sampai kat telinga ayah. Aku tak nak dia tahu. Aku tak nak dia sedih. Cerita sini, habis sini jelah. Aku harap kau faham."

********
"Izwan." Izwan tersedar dari lamunan. Matanya dibuka. Dia memandang aku dengan mata yang sayu.

"Siapa dia buat awak macam ni Izwan? Ammar ke? Sebab dia nak balas balik awak tumbuk dia haritu?" Izwan menggeleng. Bistu? Apsal boleh jadi cenni. Siapa dia yang tumbuk laki aku ni.

"Riyana. Tenang, ok? Saya ok jelah. Jangan macam ni, sayang. Dah pukul berapa ni? Nanti Hana tunggu pulak." Aku lepaskan pegangan dari pipi Izwan. Kaki aku melangkah ke peti ssjuk dan mula mencari ais batu.

"Cari apa?" Izwan tanya.

"Ais batu."

"Untuk?"

"Aih, untuk awaklah. Tuam kat tempat yang lebam tu." Aku terdengar kerusi terseret. Tak sedar tiba-tiba je Izwan dah ada kat sebelah aku.

"Tak payah, Riyana. Biarlah. Saya cuma nak rasa balasan kesalahan yang saya dah buat." Izwan memegang tangan aku yang duk ralit cuba keluarkan ais batu dari tempatnya. Aku memandang tangan kiri Izwan yang tengah pegang aku.

Almaklumlah, tangan kanan dia masih kotor sebab tak habis makan lagi.

"Kesalahan?" Kening sebelah aku terangkat. Mendanta laki aku ni? Ada sebab lain ke dia kena tumbuk?

"Iya. Biarlah awak tak tahu."

"Tak nak bagitahu?"

TBC.

Forever AfterWhere stories live. Discover now