8🌼

467 74 14
                                    

Genggaman tangan aku pada Ridwan agak erat. Muka mendatar aku berikan pada mereka yang di seberang jalan.

"Hana, jomlah gerak. Lama-lama kat sini buat aku panas hatilah." Aku memimpin tangan Ridwan ke kereta Hana.

"Eh, Riya. Sabar." Hana mendukung Amirah dah mengikuti di belakang.

"Izwan kan tadi?" Hana memandang tempat dia nampak Izwan tadi.

"Eh taklah. Kita salah nampak tu. Entah anak jawa mana tu. Izwan lagi hensem." Aku senyum. Dah sah-sahlah itu Izwan. Laki sendiri takkan aku tak kenal pula.

"Iyolah." Tak berani Hana nak tanya banyak-banyak. Biarlah kawannya selesaikan urusan mereka sendiri. Kang ditanya, rasa serbasalah kalau-kalau jadi makin teruk. Risau...

"Riyana." Izwan ingin mengejar isterinya. Dia tersedar lengan bajunya ditarik seseorang. Izwan menoleh siapa yang menarik lengan bajunya. Terbuntang matanya bila nampak Julia melihatnya dengan senyuman.

Dengan kasar Izwan menarik lengannya dari Julia. Tempat yang ditarik tadi ditepis-tepis. Izwan yang berwajah bengis merenung Julia. Tangannya dikepal kuat. Izwan dah hilang sabar.

"Julia." Izwan mengetap giginya. Rasa amarah makin membuak-buak dalam dirinya.

"Iya saya." Dengan rasa tak bersalah. Julia tersenyum manis. Izwan beristigfar dalam hati untuk bersabar dengan ujian yang ada depan matanya.

"Jangan ganggu saya lagi." Izwan melangkah pergi. Julia mengikuti Izwan dari belakang.

"Awak balik sendiri." Laju langkah kaki Izwan meninggalkan Julia. Jiwanya sakit memikirkan pekerja baru yang asyik mahu ganggu dirinya.

Julia terpaku. Dia menyilangkan tangannya di dada sambil mencebik lihat Izwan yang semakin jauh darinya.

"Tak apa... Aku ada banyak lagi masa nak dapatkan kau. Aku ada setiap hari. Jangan risau, Izwan. You will be mine bila tiba masanya." Julia tersenyum sinis. Dia melihat kereta Izwan pergi dari tempat letak kereta.

********
"Umi... Umi ok tak harini?" Ridwan duduk di pangkuan. Dia mendongak sambil melihat aku dengan muka yang risau.

Aku senyum.

"Umi oklah. Ridwan masuk bilik tau. Kalau ayah balik pun, jangan keluar, ok?" Aku megusap rambut Ridwan ke belakang. Dahinya aku kucuo sebelum Ridwan berlari masuk ke dalam bilik.

Suasana kelam di ruang tamu rumah aku dan Izwan aku biarkan. Malas aku nak bukak lampu. Lampu dari tv je yang menerangi kawasan ruang tamu.

Biar dia balik terkejut ada lembaga duduk depan tv. Biar dia macam, argh! Beristigfar terus. Yelah. Dah pukul 11 malam tak balik-balik. Buat apa kat tempat kerja?

Aku merengus. Aku rasa nak maki je perempuan tu masa jumpa Izwan siang tadi. Tapi disebabkan ada Ridwan dengan Amirah, aku tahan. Takut pulak diorang terikut-ikut.

"Assalamualaikum." Haa panjang umur murah rezeki. Izwan Rafiq dah sampai rumah.

Ridwan banyak kali tanya aku kenapa. Nasiblah aku pandai sembunyikan kepanasan hati aku dari Ridwan. Anak aku ni bukan boleh. Ada jelah dia tanya nanti.

"Waalaikumsalam." Sepatah aku jawab. I geram ok. Siapa je tak geram. Laki aku woi.

"Sayang? Kenapa tak tidur lagi?" Izwan tengok jam.

"Dah pukul 11 malam ni."

"Saja." Aku dengar Izwan lepaskan keluhan panjang. Tanpa aku sedar, sofa yang aku duduk bergerak. Izwan dah duduk sebelah menghadap aku.

"Riyana?"

"Apa."

"Awak marah saya ke?" Dia capai tangan aku. Aku tarik tangan dan garu pipi aku.

Forever AfterWhere stories live. Discover now