26🌼

227 22 2
                                    

"Assalamualaikum.." aku masuk selepas memberi salam. Suasana rumah yang sunyi membuatkan hati aku berdebar. Ridwan masih lagi kat rumah ibu. Tadi aku dah pesan suruh Izwan amikkan Ridwan nanti. Izwan pulak pergi jamuan office katanya.

So, sekarang ni aku soranglah ni kat rumah? Tak pelah. Macam tak biasa pulak. Baik aku pergi solat Asar cepat-cepat. Takut pula terlepas waktu. dengan cepat kaki aku melangkah ke dapur untuk mengambil air sembahyang.

Siap je, aku terus masuk bilik untuk solat Asar. Tapi sebelum aku masuk bilik, aku merenung cctv yang berada di penjuru ruang tamu. Cctv tu betul-betul boleh nampak seluruh ruang tamu termasuklah pintu masuk bilik aku.

Tahun lepas Izwan amik keputusan nak pasang cctv semenjak rumah jiran kitorang kena pecah masuk dulu. Sebagai langkah berjaga-jaga katanya. Lagipun kalau tak ada saksi, cctv dah ada. Jadi senanglah.

Lama aku tenung cctv tu. Entahlah, tak pernah-pernah aku tenung cctv tu macam ni. Hati aku memang tak sedap langsung. Macam akan ada sesuatu yang akan jadi pulak.

Ish! Apa gitu pulak.

Laju tangan aku hinggap di pipi sendiri. Entah apa-apa andaian yang aku buat. Sengaja buat-buat takutkan diri. Cctv aku tengok balik. Kalau jadi apa-apaa, cctv tu saksi. In Sya Allah. Lepastu, aku masuk bilik untuk solat Asar.

Lepas siap je solat Asar and aku tengah berdoa, tiba-tiba aku terdengar bunyi macam kunci jatuh kat ruang tamu. Izwan dah balik ke? Dia dah ambik Ridwan sekali ke? Aku selesaikan doa aku dan bangun untuk sapa dia. Malas aku nak buka telekung aku.

Bukak je pintu bilik, aku dapat rasakan jantung aku berhenti sekejap. Membesar mata aku bila nampak orang yang duduk di depan pintu bilik aku sambil tersenyum manis. Menggeletar tangan aku yang tengah pegang pintu bilik. Bukan apa, yang diri depan pintu bilik aku ni bukannya Izwan, malah..

"Hai, Riyana!" Bergema suara garau dia di seluruh ruang tamu yang sunyi. Umpama mulut aku ada emas yang besar, langsung aku tak boleh bukak mulut aku untuk bersuara.

"A-Ammar."

********
"Izwan. Boleh tak saya nak jumpa Riyana?" Izwan memandang Julia atas bawah. Peliklah mat. Apa pasal nak jumpa isterinya tetiba. Sejak bila berkawan? Bukannya dia tak tahu yang Riyana tu bukan main tak suka betul dengan Julia ni.Macam pelik je nak jumpa.

Ada apa?

"Untuk?"

"Alah sekadar tanya khabar. Tak boleh? Saya cuma nak minta maaf je kalau saya ada buat salah dengan dia ke apa." Lagilah berkerut dahi Izwan. Julia ni demam ke? Ke sebelum datang tadi terlanggar dinding? Macam ada short sikit.

"Tak pernah-pernah pun?" Izwan melihat sekeliling. Harini bos mereka  ada buat jamuan untuk bebudak office. Last minit plan katanya. Itu yang Izwan datang. Lepas bagi tahu Riyanalah tapi. Lepas Zohor tadi terus dia datang rumah bosnya.

Izwan mula mencapai pinggan dan mengambil beberapa biji kuih untuk dijamah. Perut pun rasa lapar balik bila tengok makanan yang dihidang walaupun dia dah makan kat rumah sebelum keluar tadi.

"Tak salah pun rasanya nak rapatkan hubungan silaturrahim kan?" Julia yang dari tadi mengikuti Izwan berkata. Rasa tak senang duduk rasanya bila diikuti seseorang. Lelagi yang ikut dia tu Julia. Rasa naik bulu roma.

"Memanglah tak salah. Tapi kenapa tiba-tiba?" Izwan sekadar nak pastikan. Julia ni bukannya boleh caya sangat. Macam ada udang disebalik batu je tengoknya. Dapat Izwan dengar nafas panjang yang dilepaskan Julia. Langsung Izwan tak peduli kalau dia dah buat Julia rasa annoying pun. Asal dia tahu apa sebenarnya yang Julia nak.

"Haritu saya ada termarah Riyana masa bertembung. Tapi balik tu rasa bersalah pulak tak mintak maaf. Itu yang saya nak jumpa je. Kalau sekadar bagi pesan je saya tak yakin yang Riyana akan maafkan saya." Julia berpeluk tubuh sambil memasang wajah serba salah. Izwan terkejut. Bertembung? Bila masa pulak?

Julia menunggu jawapan dari Izwan dengan reaksi yang dibuat-buat. Apsal susah sangat nak pujuk dia ni? Setuju jelah alamak aih. Dia nak tengok drama yang akan jadi tak lama lagi ni. Nasib baiklah kebetulan ada alasan nak bagi. Kalau bukan kebetulan jumpa Riyana masa dia ke rumah parent Izwan haritu, memang taklah jumpa alasan.

"Awak jumpa Riyana?"

"Correction. Bertembung. Tak sengaja." Izwan terdiam.

"Awak marah dia, Julia? Kenapa?" Izwan rasa nak marah. Apa kenalah. Bertembung je pun. Apa pasal nak marah-marah? Julia tersenyum janggal.

"Masa tu saya ada masalah sikit. Sekali bertembung, tak sengaja termarah sebab terlanggar bahu." Julia menggaru pipinya yang tak gatal.

Lama Izwan berfikir patut ke dia biar Julia jumpa Riyana? Izwan berdoalah yang takkan jadi perang dunia nanti. Dia mengeluarkan telefon dan hantar mesej ke Riyana sekadar nk inform yang Julia nak datang rumah tanya khabar isterinya. Izwan simpan balik telefon dia dan memandang Julia.

"Nanti ikut saya. Bawak je kereta awak sekali. Senang nanti tak payah balik sini lagi amik kereta." Izwan mencapai air yang dah disediakan dan berjalan ke arah kawan-kawannya yang lain. Sebelum ittu, dia berpaling semula tengok Julia.

"Lagi satu. Ada masalah kawallah. Tak memasal orang tak bersalah pun jadi mangsa." Selepas itu, Izwan meneruskan langkahnya.

Julia tersenyum puas. Finally! Boleh juga dia tengok drama yang akan jadi hari ini. Dia harap sangat yang Ammar tengah buat kerja dia sekarang. Dengan perasaan yang gembira, Julia mengambil secawan air dan meneguk sambil tersenyum senget.

********
"Riyana? Ok tak ni?" Ammar bertanya dengan muka yang risau. Perlahan-lahan mata aku memandang ke arah pintu hadapan yang tertutup. Ya Allah! Pintu rumah aku tertutup! Aku takut orang salah faham. Weh! Nak buat apa ni? Izwan dahlah tak de kat rumah. Aku lupa kunci pintu ke tadi? Macam mana Ammar boleh masuk sesuka hati ni? Dia tak tahu ke ni rumah Izwan dengan aku?!

Izwan!

"Riyana?" Tangan Ammar mula mahu menyentuh pipi aku. Laju tangan aku menampar tengan dia jauh dari aku. Seluruh tubuh aku menggeletar hebat. Menyesal aku tak habis belajar silat dulu. Kalau tak, memang habis Ammar ni aku kerjakan. Bebal betullah kau ni Riyana!

"Hei.. tenang ok? Awak ok tak ni Riyana?" Sekali lagi Ammar tanya. Eh mamat ni lagi mahu tanya-tanya kah! ENGKO BUTA KE MAT?! TAK NAMPAK KE AKU MACAM MANA? SEBAB KAULAH GILA AKU CENNI.

BEBAL!

"Macam mana awak masuk? Salah rumah ke?" Ya Allah mulut. Menyempat ka tanya soalan cepumas. Masa-masa genting macam ni pulaknya tu. Tangan aku menggenggam hujung telekung yang masih tersarung elok di tubuh aku.

Aku takut! Aku TAKUT! AKU takut! AKU TAKUT!

Tiba-tiba Ammar menarik lengan aku keluar dari bilik dan menolak aku ke dinding di sebelah bilik kat luar. Kedua tengannya berada di sebelah kepala aku dan memerangkap aku antara dia. Ammar tersenyum senget dan dapat aku rasa tangannya mengelus pipi aku. Ya Allah, lindungilah aku.

"Saya tak salah rumah, Riyana. Memang saya nak jumpa awak pun." Makin laju jantung aku lepas dengar apa yang Ammar katakan. Jadi, dia memang sengaja datang nak buat sesuatu?

"A-apa maksud awak?" Ammar ketawa. Nafasnya semasa ketawa dapat aku rasa terkena di muka aku memandangkan dia lebih tinggi dari aku. Lutut aku tak yah citer ah. Memang aku rasa nak tercabut dah engsel tu. Tunggu masa je nak lerai.

"Saya suka awak, Riyana. Jadi saya datanglah nak jumpa awak." Ammar tersenyum manis. Berderau darah aku. Membesar mata aku bila nampak yang Ammar mula mendekatkan mukanya pada aku. Ya Allah! Dengan sekuat tenaga, aku dorong Ammar jauh dari aku dan berlari masuk ke dalam bilik.

Belum sempat aku tutup pintu, Ammar dah halang pintu tu guna lengan dan kaki dia. Terus pintu yang aku cuba tutup terbuka luas. Kaki aku mula melangkah ke belakang diikuti Ammar yang melangkah ke arah aku.

"Not so fast, princess."

TBC

Hayok. tak tahu.

Btw, petang atau malam nanti aku try update bab seterusnya. Kalau tak ada update, aku minta maaf ea.

Forever AfterWhere stories live. Discover now