Jemputlah baca...
"Sha cepat siap dah lambat nak pergi sekolah ni!!!" Ibu menjerit dari luar pintu bilik Qhaleesha.
"Ye sha dah siap!!" Jerit Qhaleesha dari dalam bilik.
"Haishh hari hari tak sah kalau tak menjerit dua beranak ni"ayah berkata kepada Qhalish yang berada di meja makan.
"Adik ni kalau tak lambat bangun tak sah"Qhalish berkata.
"Hishh anak abang tu walaupun saya dah pesan banyak kali jangan tengok movie sampai tengah malam tetap degil buat jugak ishh saya tak tahu nak cakap apa lagi kalau saya cakap pun bukan nak dengar.Cuba lah abang nasihat sikit anak abang tu"ibu membebel sambil menuruni tangga.
Qhaleesha yang sedang memakai tudung di hadapan cermin itu hanya beriak selamba kerana setiap hari ibunya akan membebel benda yang sama.
Bukannya dia tengok movie pun dia buat homework yang tidak siap lagi.
Setelah siap memakai tudung dia mengambil beg sekolahnya dan terus keluar bilik.
Qhaleesha yang sedang menuruni tangga berkata "Sha bukan tengok movie lah ibu.Sha study tau".
"Yelah tu"Qhalish berkata.
"Ish kau ni bang pagi pagi dah cari pasal.Nak gaduh ke meh lah one by one"Qhaleesha berkata sambil menceduk nasi goreng ke pinggannya.
"Malas abang gaduh dengan Sha bukan dapat apa pun dapat Kene marah sebab lambat datang sekolah ada lah"Qhalish berkata sambil membasuh pinggan yang telah digunakan tadi.
"Elehh cakap je lah kecut"Qhaleesha berkata sambil makan nasi goreng.
"Dah diam.Sha cepat makan Qhalish cepat pakai kasut"ibu berkata.
Qhalish mengelap tangannya dengan kain sambil berjalan ke arah beg sekolahnya yang terletak di sofa.Dia berjalan ke rak kasut.
Qhalish yang sudah berada di depan rak kasut untuk mengambil kasut sekolah.Qhaleesha masih lagi makan.
"Sha cepat lah abang dah nak pergi dah ni.abang Kene pergi awal"Qhalish berkata.
"Alahhh abang pergi lah dulu"Qhaleesha berkata.
"Yelah abang pergi dulu jangan lambat tau hari ni abang jaga pagar lambat siap eh"Qhalish cuba mengugut Qhaleesha.
Qhaleesha beriak selamba.Qhalish pergi ke ayahnya yang sedang membaca surat khabar untuk bersalaman dengan ayahnya.
Setelah bersalaman dengan ayahnya Qhalish pergi ke arah ibunya pula yang sedang menyiram pokok bunga.
"Ok lah ibu abang pergi dulu byee."Qhalish berkata sambil menghulur tangan kepada ibu.
Ibu menyambut huluran tangan tadi sambil berkata "bye belajar rajin-rajin"
Ibu melambai tangan kepada Qhalish yang sedang berjalan ke arah drivernya.Ibu pergi ke meja makan untuk kemas apa yang patut.
"Ibu ayah Sha pergi sekolah dulu lah bye"Qhaleesha berkata sambil mengelap tangan.Qhaleesha pergi ke ibunya tangan dihulur kepada ibu dan ayah.
"Yelah belajar rajin-rajin tau"kata ibu sambil menyambut huluran tangan anaknya.
"Okey bye"Qhaleesha pergi ke rak kasut sambil lambai kepada ibunya.
Setelah memakai kasut Qhaleesha pergi ke arah drivernya.
"Pak Mat jomlah gerak"ajak Qhaleesha.
"Okey jom"Pak Mat berkata.
.................
YOU ARE READING
Suamiku Abang Pengawas (Slow Update)
Random"I love you sayang" "I love you too abang" Kahwin perancangan keluarga boleh ke bahagia sampai Jannah?...... Ni first book author jadi kalau ada yang terkurang ke terlebih ke maaf lah ye. Maaf banyak typo...