Chapter 15: Menguji Setia

7.5K 44 1
                                    

Suara tangisan bayi tiba-tiba memecah kesunyian pejabat Mentari, menyentakkan wanita itu dari konsentrasi kerjanya.

Terus Mentari menekan satu butang penggara di keypad telefon di meja kerjanya, untuk memberitahu setiausahanya Juwita agar dia diperlukan untuk masuk ke pejabat secepat mungkin.

Mentari bergegas mendapatkan bayi itu, yang sedang terbaring di dalam sebuah stroller Maclaren yang terletak bersebelahan dengan ruang sofa tamu di dalam pejabatnya.

Satu senyuman diberikan oleh Mentari kepada bayi itu, sambil cuba untuk menepuk-nepuknya agar tangisannya reda.

Juwita, setiausaha Mentari yang biliknya bersebelahan, terus bergegas masuk ke dalam pejabat Mentari tatkala dia mendengar bunyi buzzer dari telefon mejanya.

ʻʻKenapa Kejora menangis, Puan?ʼʼ tanya Juwita, perihatin.

ʻʻEntahlah, tadi elok jer dia tidur. Ni tiba-tiba terbangun pulakʼʼ jawab Mentari.

Juwita mengambil Kejora dari strollernya dan mendukungnya sambil merasa punggung bayi itu yang diselaputi oleh seluar lampin bayi.

ʻʻPuan, Kejora dah poo-pooʼʼ jawab Juwita sambil tersenyum.

ʻʻOk, biar saya tukar pampers dia. Awak tolong buatkan susu untuk Kejoraʼʼ kata Mentari memberi arahan.

ʻʻBaik, Puanʼʼ balas Juwita sambil mengambil botol susu Kejora dan meninggalkan pejabat Mentari.

Mentari mengambil wet tissues dan seluar lampin baru dari dalam beg kecil yang diselit disebelah stroller Kejora, dan bergegas membuka lampin yang telah kotor, membersihkan punggung Kejora dan memakaikannya lampin yang baru. Lampin yang kotor itu dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik, dan kemudiannya diikat ketat sebelum dicampakkannya ke dalam tong sampah pejabatnya.

Telefon bimbit iPhone XS Max milik Mentari berbunyi. Dean memanggil.

Mentari terus menjawab dan meletakkan panggilan tersebut kepada speaker phone.

ʻʻYa, Bang?ʼʼ jawab Mentari kepada panggilan suaminya.

ʻʻEh, suara siapa yang menangis tu?ʼʼ tanya Dean tatkala dia mendengar suara bayi menangis.

ʻʻKejora lahʼʼ jawab Mentari kembali.

ʻʻYou bawak Kejora ke office?ʼʼ tanya Dean.

ʻʻKak Seri tak dapat nak jaga, ada small emergency. So I bawak lah Kejora ke sini. Lagipun Juwita kan adaʼʼ jelas Mentari.

Semasa ketiadaan suaminya, Mentari telah meminta Juwita untuk bukan sahaja menjadi setiausahanya tapi juga menjadi pembantu peribadi untuk menguruskan hal-hal dirumah juga. Kenaikan gaji sebanyak dua kali ganda telah diberikan sebagai imbuhan. Juwita menyambut baik kerjaya baru tersebut memandangkan dia juga ingin mengumpul duit untuk membantu keluarganya di kampung.

Mentari menyambung, ʻʻAbang dekat mana ni? Bila nak balik ni?ʼʼ

ʻʻAbang masih dekat on-site, sayangʼʼ balas Dean dengan suara memujuk, ʻʻMacam-macam problem dengan design dekat sini. Arkitek kat sini semua buat silap. Abang terpaksa betulkan satu-persatuʼʼ

ʻʻSack jer diaorang tu kalau tak pandai buat kerja. Thatʼs not your job, okay?ʼʼ balas Mentari, bosan dengan ketiadaan suaminya di rumah kerana asyik sibuk di projek site di Iskandariah.

ʻʻMy job is to manage whatʼs happening on site. Sama lah macam job Sayang untuk manage whatʼs happening in the officeʼʼ jelas Dean lagi, cuba memujuk.

ʻʻApa-apalah!ʼʼ jawab Mentari, marah, bosan.

Tapi memang betul kata Dean. Dia telah ditugaskan untuk manage aktiviti on-site di Johor, sambil isterinya Mentari pula manage aktiviti pejabat pengurusan di Kuala Lumpur. Akibatnya, pasangan suami-isteri ini telah terpisah disebabkan keperluan kerjaya.

Sentuhan dari Syurga (Nonlinear)Where stories live. Discover now