Chapter 2: Dua Empayar

10K 73 1
                                    

Suasana maghrib di perkarangan kawasan pembinaan Panema Tower sangatlah muram. Pekerja-pekerja binaan semua telah diarahkan untuk pulang, kecuali beberapa pekerja senior yang dipercayai. Pengawal-pengawal keselamatan yang terpilih sahaja yang dibenarkan berada di kawasan tersebut. Mereka semua berkumpul di kawasan foundation utama tower, tempat cerucuk besi pertama dibenamkan ke dalam tanah. Kesemuanya bersusun membuat benteng manusia, tidak membenarkan sesiapapun melintasi halangan mereka. Tiada polis. Tiada penguatkuasa. Hanya mereka yang terpilih. Mereka yang boleh dipercayai. Mereka yang boleh tutup mulut.

Sebuah MPV Toyota Vellfire edisi mewah tiba di kawasan pembinaan tersebut. Diapit oleh dua BMW 5-series, satu di hadapan, satu mengekor di belakang. Zon had laju kawasan pembinaan langsung tidak dipatuhi. Pengawal keselamatan yang menjaga barrier kawasan tersebut panik menaikkan palang, nasib baik sempat sebelum kereta pertama masuk meluru dengan laju.

Brek ketiga-tiga kenderaan ditekan kuat. Batu kerikil tersepah tatkala digelek tayar, mengenai sesiapa sahaja yang kebetulan berdekatan.

Lapan orang bodyguard keluar dari dua kereta BMW tadi. Empat orang setiap kereta. Semua berpakaian kemas. Semua ada suit, kemeja putih bertali leher, berkaca mata hitam. Seperti anggota special forces, mereka mengambil tempat membuat perimeter disekeliling Vellfire tersebut.

Salah seorang dari mereka membuka pintu. Di dalamnya keluar seorang jejaka cina, diikuti oleh seorang gadis melayu. Jejaka cina tersebut tinggi, segak, tampan, memakai tuxedo. Gadis dibelakangnya ralik dengan handphone iPhone X yang lekap ditelinganya, sambil tangan lagi satu memegang iPad Pro 2. Dia berpakaian evening dress berwarna biru, dihiasi dengan permata-mata di leher dan telinganya. Rambut dan makeup didandan khas oleh seorang professional. Not cheap, ok. Busana, permata, dan dandanan malam ini sahaja mencecah ribuan ringgit.

Jejaka itu adalah Ardean Lee Abdullah, Timbalan Pengerusi Panema Holdings. Di belakangnya ialah Nur Haslinda Maarof, setiausaha peribadi kepada Pengerusinya pula. Hari ini dia telah dipinjamkan untuk menjadi teman Ardean Lee menghadiri banquet Raja Muda yang diadakan di Istana Hinggap. Tapi belum sempat Vellfire tiba ke destinasinya, ianya telah dilencongkan dengan sengaja ke kawasan pembinaan ini. Atas urusan kecemasan.

Langkah Ardean Lee, atau nama singkatnya, Dean, pantas menuju ke kawasan kejadian. Linda masih tergopoh gapah dengan kasut tinggi Gucci mengekorinya. Kawasan pembinaan dengan tanah batu kerikil bukan saingan serasai untuk gadis berkasut tinggi. Tapi ini bukan waktunya nak uji kepakaran catwalk. Selaju mana langkah boss di hadapan, selaju itulah Linda terpaksa mengekor.

Kawasan kejadian telahpun tiba. Dean bersama lapan bodyguard disekelilingnya berhenti melihat apa yang terpampang di hadapan mereka. Seminit kemudian, Linda yang mengejar mereka dari belakang pun tiba. Ternganga mulutnya melihat kejadian yang sama. Lengan Dean dipeluk erat. Jantungnya kencang. Mukanya pucat.

Di hadapan mereka adalah tiga mayat warga Bangladesh. Kesemua mereka adalah pekerja pembinaan Panema Tower. Kematian di tempat pembinaan memang pernah berlaku. Terutama pada warga asing. Buruh kasar. Pekerja tanpa nama. Tapi kematian kali ini bukan disebabkan oleh kemalangan. Mayat mereka disusun dengan baik. Tak ada tanda terjatuh, tergelincir, atau terlanggar.

Tapi punca kematian mereka jelas nyata. Leher mereka ditoreh. Uniform sudah dilucutkan. Tapi tanda yang paling ketara ialah pada dada kiri mereka dikelar huruf ʻʻMʼʼ

ʻʻMegat Empireʼʼ bisik Dean. Matanya tajam. Berdengus keras.

ʻʻShit!ʼʼ kata Linda, menyumpah nasibnya. Sewaktu Linda bekerja dengan company lama dulu, iaitu Kesawa Group, semuanya aman-aman sahaja. Sejak dia dipindahkan ke Panema Holdings mengikuri bossnya, semuanya sekarang menjadi mimpi ngeri.

Sentuhan dari Syurga (Nonlinear)Where stories live. Discover now