Seri Dewi duduk di sebuah café terkemuka di ibu kota, sambil menunggu seseorang akan tiba. Mukanya nampak gelisah, sedikit gementar pun ada. Segelas kopi yang diordernya tidak disentuh langsung. Malah, minuman itu pun telah pun sejuk, setelah dibiarkan hampir setengah jam di atas meja. Ini adalah kerana Seri Dewi memang sengaja sampai awal dari waktu yang telah tetapkan dengan temujanjinya. Dia sampai awal agar dia dapat fokus tentang apa yang ingin diluahkan. Tapi sampai sekarang pun, dia masih belum dapat menyusun kata-kata yang ingin diucapkan.
Waktu temujanji akhirnya tiba. Orang yang ditunggunya sudah kelihatan. Seri Dewi menarik nafas panjang tatkala melihat orang itu sampai. Orang itu pun nampak Seri Dewi duduk keseorangan di sudut cafe itu. Sudut yang sengaja dipilih agar jauh dari pelanggan yang lain. Perlahan-lahan dia bergerak menuju ke arah Seri Dewi sambil mata mereka terkunci memandang masing-masing.
Tatkala dia sampai di hadapan Seri Dewi, barulah satu senyuman kecil diberikan.
ʻʻSeriʼʼ katanya, ringkas memberi salam.
ʻʻMawarʼʼ jawab Seri kembali. Muka hendak senyum, tapi hati tak dapat nak berbuat demikian.
Mawar yang mengandung tujuh bulan itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi bertentangan dengan Seri Dewi. Beg tangannya diletakkan di atas meja. Kerusi diperbetulkan agar posisinya dapat diduduki dengan selesa. Dikebelakangkan sedikit kerusinya agar memberi ruang kepada bayi yang sedang berada di dalam rahimnya.
ʻʻMadam, would you like to order something?ʼʼ tanya seorang pelayan wanita tatkala Mawar duduk di café tersebut.
ʻʻYes, please get me a cup of cappuccinoʼʼ kata Mawar tanpa perlu melihat menu.
ʻʻWell very, madamʼʼ kata pelayan itu sambil mencatatkan pesanan Mawar ke dalam buku nota kecilnya, ʻʻAnything else would you like to order, madam?ʼʼ sambungnya lagi.
Mawar melihat cawan minuman di hadapan Seri Dewi. Minuman yang tidak disentuh sejak dari tadi. ʻʻPlease get my friend a new cup of whatever it is sheʼs drinkingʼʼ
ʻʻOf course, madam. I will get one straight awayʼʼ balas pelayan itu. Dia kemudiannya mengambil cawan minuman Seri Dewi dan meletakkannya ke atas dulang, sebelum beredar dari meja mereka berdua.
ʻʻKau sihat, Seri? Aku dengar kau tak berapa sihat masa kenduri nikah Dean dan Mentari malam harituʼʼ Mawar memulakan perbualan sebagai pembuka kata.
ʻʻAku sihat, Mawarʼʼ jawab Seri Dewi, ringkas. ʻʻKau, ok?ʼʼ
ʻʻAlhamdulillah, sekarang dah ok. Aku banyak rasa loya dan muntah-muntah masa first dan second trimester hari tu. Ni dah masuk third trimester, dah ok sikit dahʼʼ katanya sambil tersenyum.
ʻʻBaguslah kau dah sihat sekarang. Seingat aku masa kau pregnantkan Adeel dan Akeel, kau okay jer dari mula sampai bersalin, kan?ʼʼ Seri Dewi mencuba-cuba untuk mencampakkan mata kail nya yang pertama.
ʻʻTu lah. Aku dengan Khairul serasi jer. Entah kenapa kali ni lain macam sikitʼʼ balas Mawar.
ʻʻBenih lain kot?ʼʼ mata kail Seri Dewi kali ini dicampakkan lebih jauh lagi. Moga-moga mengena.
Mawar sudah tidak selesa dengan sindiran rakan sekolahnya itu. Hatinya terasa panas. Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya.
ʻʻApa masalah kau, Seri?ʼʼ tiba-tiba Mawar melenting.
ʻʻMasalah? Aku tak de masalah apa-apa punʼʼ balas Seri Dewi, diselitkan sedikit senyuman dibalik sindirannya. ʻʻBukan aku yang mengandungʼʼ
ʻʻMemanglah kau tak mengandung. Kau mandul kan? Masuklah berpuluh jenis benih dalam lubang gatal kau tu. Tak kan lekat satu nyawa punʼʼ Mawar yang semakin kasar bahasa sudah memulakan volley yang pertama.
![](https://img.wattpad.com/cover/283432254-288-k313391.jpg)
YOU ARE READING
Sentuhan dari Syurga (Nonlinear)
Roman d'amourManusia itu dijadikannya berpasangan. Berpasangan bermaksud DUA. Jika adanya TIGA, maka ianya melanggar fitrah cinta. Maka itulah yang berlaku apabila dua lelaki mencintai seorang wanita. Dan apabila dua wanita mencintai seorang lelaki. Cinta dan ke...