Muka Azman pucat kebiruan. Matanya merah, berair menitik bercucuran. Keningnya berkerut, urat-urat di dahinya jelas kelihatan. Tangannya menggeletar, seiring dengan gegaran di dalam kepalanya, mengiringi tangisannya yang tersekat-sekat. Azman melutut menyembah bumi. Kedua tangannya tertekap di atas tanah. Mukanya tertunduk, tubuhnya lemah, kederatnya hampir hilang.
Seperti kerongkongnya dijolok, Azman membuak dan terus termuntah. Entah kali keberapa muntahnya hari ini. Dah tak ada yang hendak keluar lagi dari mulut dan hidungnya. Segala titis air dari perutnya telahpun dimuntahkan berulang kali. Yang tinggal kini hanyalah udara kosong ditemani tangisan hampa dan kecewa.
Azman cuba sedaya upaya untuk mengembalikan sisa-sisa tenaga yang masih tinggal di dalam tubuhnya. Badannya sakit, bengkak, akibat teruk dipukul bertubi-tubi oleh konco-konco majikannya sendiri. Begitu juga dengan mukanya. Sebelah pipinya merah akibat tumbukan yang tak kurang kasarnya. Perlahan-lahan dia duduk dari sujudnya dan bersandar di dinding bangunan di lorong yang tidak dikunjungi orang itu. Pengunjungnya hari itu hanyalah Azman dan beberapa orang suruhan Datuk Aziz.
Badan Azman sakit, tetapi tidak sesakit hati dan jiwanya. Hatinya remuk, terluka, berguris dan berdarah. Luka yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Gagah manapun seorang lelaki, tak kan dapat dia menempuhi kesakitan tatkala kesetiaannya dicurangi. Kerana luka di hati adalah luka yang lebih parah, yang mungkin sukar untuk disembuhi semula.
Tangan kanannya menggengam telefon bimbit Blackberry 8300 miliknya. Skrinnya retak. Tapi keretakkan kaca skrin itu masih dapat memaparkan sebuah video yang sedang dimainkan. Video isterinya yang tercinta Seri Dewi sedang berzina dengan majikannya sendiri Datuk Aziz.
Sampai hati kau, Seri! Sampai hati kau curang pada Abang! Apa yang Abang dah buat sampai kau sanggup menjalang macam ni? Teruk sangat kah Abang sampai kau sanggup menyundal? Kau isteri yang derhaka, Seri!! Kau isteri yang nusyuz!!
Kekecewaan Azman hanya dapat diluahkan di dalam hatinya. Kalau diikutkan nafsunya, mahu dilafazkan cerai disitu jugak. Isterinya Seri Dewi telah jelas berlaku curang. Seri adalah isteri yang nusyuz. Dia telah melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain. Telah keluar rumah tanpa izin suaminya. Dan dia telah lalai menjaga kehormatan dirinya tatkala suaminya tiada di rumah. Patut isteri derhaka seperti ini diceraikan sahaja. Azman tak mahu menjadi suami yang dayus.
Tetapi secara jujurnya, Azman tidak dapat hendak membenci Seri Dewi kerana jauh di dalam sudut hatinya, dia sangat-sangat mencintai dan merindui isterinya itu. Sebenarnya, perasaan cinta telah mula berputik di dalam hati Azman kepada Seri Dewi sejak dari zaman mereka bersekolah lagi. Tapi Azman tahu, pada ketika itu, Seri Dewi sedang menaruh cintanya pada Khairul, kawan sekolah mereka juga. Disebabkan kehampaan tidak dapat memiliki hati Seri Dewi, Azman perlahan-lahan mengundurkan diri.
Pada waktu yang sama, Azman tahu yang Mawar juga sedang cuba untuk memikat hati Khairul. Dan Azman tahu, yang Seri Dewi selalu mengalah pada rakannya itu, memendam luka dihatinya sendiri.
Jadi Azman perlahan-lahan cuba untuk mendekatkan diri pada Mawar. Niat di hatinya agar Mawar melupakan Khairul, untuk memberi laluan pada Seri Dewi. Begitu sayangnya Azman pada Seri Dewi, sehingga di sanggup berbuat apa sahaja, demi dapat melihat kegembiraan gadis yang dicintainya itu.
Tetapi perancangannya tidak berjaya. Mawar berjaya menawan hati Khairul dan mereka pun mengikat cinta mereka dengan ikatan perkahwinan. Ikatan yang telah menyebabkan Seri Dewi bersedih dan berduka. Setelah melihat anak gadis mereka yang sentiasa bermuram muka, ibu ayah Seri Dewi berbincang dengan ibu ayah Azman dan mereka bersetuju untuk menikahkan kedua-dua anak-anak mereka.
Maka bersatulah akhirnya Azman dan Seri Dewi dengan ikatan perkahwinan yang sah. Azman sangat gembira akhirnya memiliki gadis yang dicintainya setelah sekian lama. Tapi ego muda Azman sangat kuat. Ego mentah yang tak bertempat. Pada tahun pertama perkahwinan mereka, hubungan Azman dan Seri Dewi tidak intim, sedangkan Seri Dewi sangat-sangat memerlukan kasih sayang dan sentuhan batin dari suaminya.
![](https://img.wattpad.com/cover/283432254-288-k313391.jpg)
YOU ARE READING
Sentuhan dari Syurga (Nonlinear)
RomanceManusia itu dijadikannya berpasangan. Berpasangan bermaksud DUA. Jika adanya TIGA, maka ianya melanggar fitrah cinta. Maka itulah yang berlaku apabila dua lelaki mencintai seorang wanita. Dan apabila dua wanita mencintai seorang lelaki. Cinta dan ke...