CHAPTER INI DITULIS DALAM NON-LINEAR, BERMAKSUD IANYA TIDAK MENGIKUT TURUTAN
Setelah Aerotrain itu sampai ke destinasinya, semua penumpang bergegas keluar. Tidak Mentari. Dia mengambil masanya untuk keluar.
Berjalan bersendirian.
Langkahnya longlai.
Patutnya gembira. Iyalah, seorang remaja baru nak ke dunia luar kan. US pulak tu.
Tapi tidak bagi remaja ini. Rasa rindu meninggalkan keluarganya, tanah airnya, buah hatinya.
Tiba sahaja di pintu pelepasan, Mentari mencari satu kerusi kosong dan duduk termenung.
Tanpa disangkanya, air matanya menitis membasahi pipi.
Mentari mengelap air matanya, tapi hatinya masih terasa pilu.
Tiba-tiba...
...satu bungkusan McChicken dihulurkan kepadanya.
Mentari terkejut.
Dia mengangkatkan kepalanya, mendongak ke arah empunya tangan yang menghulur.
Seorang jejaka cina sedang berdiri dihadapannya. Rambutnya panjang. Dahi tertutup dengan rambut di depan. Telinga ditutup dengan rambut di tepi. Rambut belakangnya panjang dan lurus melebihi bahu. Jejaka cina ini sedang menggalas beg Nike di bahu kanannya. Pakai T-shirt gambar kumpulan Linkin Park. Seluar jeans koyak sana sini.
ʻʻAmbik lahʼʼ kata jejaka itu.
ʻʻApa ni?ʼʼ tanya Mentari, padahal sudah tahu dari bungkusan kertasnya.
ʻʻMcChicken lahʼʼ jawabnya kembali.
ʻʻKenapa kau nak bagi aku?ʼʼ tanya Mentari hairan.
Jejaka itu pun duduk disebelahnya. ʻʻSebab aku ada dua. Masa order tadi rasa macam rasa lapar. Satu nak makan sekarang, satu nak bawak bekal. Tapi lepas aku tengok kau mengamuk lain macam dekat departure hall tadi, aku rasa kesian pulak dekat kau. Jom kita shareʼʼ
ʻʻEh... tak nak lah. Tadi kan kau kata kau nak bawak bekal satu tadiʼʼ jawab Mentari sekadar berlaku sopan, padahal mata dah merenung bungkusan McChicken tu.
ʻʻBekal apa nya. Flight aku 14 jam. Sampai nanti mesti dah basi. Kita sebat sekarang jer lahʼʼ jawabnya selamba.
Jejaka itu memberikan Mentari bungkusan McChicken tersebut. Kemudian dia mengambil satu lagi bungkusan dari dalam beg kertas McDonalds yang sedang dipegangnya, ʻʻSee? Kan aku cakap aku ada duaʼʼ
Mentari perlahan-lahan mengambil bungkusan dari jejaka cina itu. ʻʻTerima kasihʼʼ jawabnya perlahan. Hatinya sudah bersorak gembira, ʻʻ14 jam? Kau nak fly ke mana?ʼʼ
ʻʻLondonʼʼ jawabnya ringkas. Jejaka itu kemudian mengambil paket sos cili dari beg kertas tadi dan mengoyakkannya. Kemudian, dia membuka bungkusan McChicken pada tangan Mentari dan mengangkat roti di atas burger itu. Diperahnya sos cili tadi ke atas burger tadi, dan kemudian menutup roti kembali. ʻʻDah. Jom, sebatʼʼ katanya.
ʻʻKau study ke kat London?ʼʼ tanya Mentari.
ʻʻHa ah. Second year dekat UCL buat architectureʼʼ jawab jejaka itu sambil memerah sos cili pada burgernya pula. ʻʻKau pulak? Kau nak kemana?ʼʼ tanyanya.
ʻʻUS. Aku pun study jugakʼʼ kata Mentari sambil menjamah burger McChicken nya. Mentari memejamkan matanya. Sedapnya tak terhingga.
ʻʻStudy apa dekat US?ʼʼ tanyanya lagi.
ʻʻBusiness dekat Harvardʼʼ jawab Mentari. ʻʻSo kau ni second year, jadi balik ni bercuti lah ni?ʼʼ
ʻʻHa ahʼʼ jejaka itu menguyah McChicken nya, ʻʻFirst time overseas untuk kau?ʼʼ
YOU ARE READING
Sentuhan dari Syurga (Nonlinear)
RomanceManusia itu dijadikannya berpasangan. Berpasangan bermaksud DUA. Jika adanya TIGA, maka ianya melanggar fitrah cinta. Maka itulah yang berlaku apabila dua lelaki mencintai seorang wanita. Dan apabila dua wanita mencintai seorang lelaki. Cinta dan ke...