Chapter 21: Cinta Mati

2.8K 42 1
                                    

*** SAMBUNGAN DARI CHAPTER 15 ***

*** DUA BULAN KEMUDIAN ***

Mentari membuka matanya perlahan. Nyenyak betul tidurnya malam tadi. Sudah lama dia tidak dapat tidur nyenyak seperti itu. Sejak kebelakangan ini, hidupnya sangat tertekan, dengan kerja pejabat semakin menimbun, di tambah pula dengan ketiadaan suami yang sepatutnya menjadi peneman tatkala dia pulang dari kerja.

Sepatutnya Dean lah yang menjadi peneman buat dirinya di rumah, setelah masing-masing melepaskan penat lelah dari rutin pekerjaan harian. Sepatutnya mereka meluangkan masa bersama sambil bercerita pasal kerja. Sepatutnya berbual tentang perihal yang berlaku hari itu. Sepatutnya menjadi teman untuk tempat menghilangkan stress. Itulah yang sepatutnya berlaku.

Sebelum dia mendirikan rumahtangga, Mentari tinggal di rumah ibu dan bapa saudaranya. Maka, Puteri Zara lah tempat dia berbual, berseloka, dan bercerita. Selepas dia kini telah bergelar menjadi seorang isteri, Mentari telah berpindah dan tinggal di rumah Dean, mengikuti suaminya pula. Tapi rumah mereka kini menjadi kosong, dengan penghuninya hanya lah dirinya. Ini adalah kerana, sejak dia berkahwin, hubungan mereka berdua menjadi PJJ. Mentari dengan sibuk menguruskan pejabat di Kuala Lumpur, manakala Dean pula perlu mengendalikan site projek di Johor Bharu.

Pada mulanya, Dean akan balik setiap hujung minggu. Tak pe lah. Walaupun keseorangan selama lima hari, tapi dua hari pada Sabtu dan Ahad memang akan reserve khas buat suami. Tapi tu mula-mula dulu lah. Lama kelamaan, Dean menjadi semakin sibuk. Sehinggakan pada hujung minggu pun dia kena kerja. Dan dari setiap minggu, jadi setiap dua minggu. Kemudian perlahan-lahan menjadi setiap bulan. Sekarang, kali terakhir mereka bersama ialah hampir dua bulan yang lalu.

Kalau Mentari bernasib baik, dapatlah dia habiskan masa bosannya bersama Kejora, anak Azman dan Seri Dewi, apabila pasangan intim itu kerap keluar untuk menghabiskan masa bersama. Seronok pulak Mentari melihat mereka berdua, walaupun dah 15 tahun mendirikan rumahtangga, mereka masih lagi intim seperti pasangan pengantin baru. Bukan seperti dirinya dan Dean yang memang betul berstatus pengantin baru pun. Nama sahaja ʻʻhoneymoon yearʼʼ tapi kelibat suami pun susah nak jumpa.

Disebabkan malam beradunya selalu bersendirian, Mentari jarang dapat tidur nyenyak. Setiap satu-dua jam dia akan terbangun. Memandang sebelah katilnya yang kosong tidak berpenghuni. Sepatutnya katil itu ada temannya. Katil yang direka untuk dua. Tapi penidurnya selalu hanyalah seorang sahaja.

Tapi tidak malam tadi.

Katil yang ditidurnya memang ada peneman. Dan tidurnya malam tadi sangatlah nyenyak sekali.

Mata Mentari yang masih separa terbuka melihat lelaki yang tidur disebelahnya. Lelaki inilah yang menjadi penemannya setiap petang agar dia tidak sunyi. Tetapi lazimnya lelaki ini tidak mengambil kesempatan. Setelah makan malam bersama, dia akan selalu menghantar Mentari pulang ke rumah, mengucapkan selamat tinggal, lalu beradu pergi.

Tetapi malam tadi dia tidak berbuat demikian. Kerana malam tadi, Tengku Faiz telah menemani Mentari tidur bersama di dalam sebuah suite eksekutif hotel bertaraf lima bintang ini.

Sejurus selepas Mentari membuka matanya, Tengku Faiz pun bangun juga dari tidurnya. Dia menoleh kearah kekasihnya yang baru saja bangun. Satu senyuman manis terukir di bibir lelaki itu.

ʻʻGood morning, beautifulʼʼ bisiknya perlahan. Ucapan pagi yang diberikan kepada wanita yang telah sekian lama menambat hatinya. Ucapan yang selalu Mentari ingin dengarkan tatkala menjelangnya fajar. Kata-kata yang sepatutnya diucapkan oleh suaminya. Sepatutnya.

ʻʻGood morningʼʼ balas Mentari, membalas senyuman kepada Faiz. ʻʻThank you for last nightʼʼ bisiknya perlahan.

ʻʻYouʼre most welcome, sayangʼʼ balas Tengku Faiz, matanya tak berkelip merenung wanita pujaan hatinya yang sedang baring disebelahnya itu.

Sentuhan dari Syurga (Nonlinear)Where stories live. Discover now