Jam pukul 8 pagi. Dean telah sampai ke perkarangan bangunan Megat Empire. Rupanya tak terurus. Muka tak bercukur. Baju semalam. Belum mandi. Mata merah.
Dean berjalan perlahan menuju ke sebuah kafe yang terletak di tingkat bawah bangunan tersebut. Kafe yang selalu jadi tempat Mentari bersarapan pagi.
Setibanya di sana, Dean nampak isterinya sedang bersarapan. Menari sudahpun berpakaian kemas, cantik dan wangi. Mentari memakai baju formalnya.... blouse dan berskirt hitam. Kasut tinggi. Blazer menutupi tubuhnya. Make-up di muka kemas sekali. Dekat mana Mentari bersiap-siap? Sedangkan dia tidak ada di rumah sejak pagi tadi.
Duduk di hadapan isterinya ialah Tengku Faiz. Juga berpakaian kemas, berkemeja dan bertali leher. Lelaki durjana ini sedang menemani Mentari bersarapan pagi.
Dean mendekati mereka berdua. Bara dalam jiwanya mahu saja mengambil pisau di atas meja dan merobek dada keparat ini. Fahamlah dia sekarang kenapa Tengku Faiz begitu beriya-iya hendak dia kekal tinggal di Johor Bharu. Rupanya semasa ketiadaannya, Faiz sedang berseronok menyelami kasih dengan isterinya.
Tapi Dean masih cuba menahan diri walaupun tangannya sudah meronta untuk dilepaskan, kepalanya bergegar untuk menjerit.
Faiz mengangkat mukanya memandang Dean yang sudah tiba dan sekarang berdiri di tepi meja mereka. Satu senyuman sinis diberikan percuma. ʻʻGood morning, Dean. Join us for breakfast?ʼʼ katanya tenang.
Dean tidak menjawab. Pandangannya pada lelaki ini adalah pandangan yang sangat benci. Dia kemudiannya memalihkan pandangan ke arah isterinya pula. Mentari tidak memberi apa-apa reaksi. Tidak langsung memandang wajah suaminya. Wanita itu terus saja meneruskan santapan paginya seperti tidak berlaku apa-apa.
Dean mendengus perlahan. Perlahan tapi keras. Seperti sebuah kerbau yang hendak menerkam. ʻʻDah berapa lama korang berkesedudukan?ʼʼ tanya perlahan. Tapi suaranya cukup jelas untuk didengari oleh mereka yang duduk di meja-meja berdekatan.
Mentari tidak menjawab. Dia terus menjamah sarapannya.
Dean melihat isterinya dengan perasaan marah. Tapi lebih marah dan benci apabila dia menoleh ke arah Faiz pula. Soalan yang sama ditanya kepada lelaki itu pula. ʻʻJawab soalan aku, setan! Dah berapa lama kau tidur dengan bini aku?!ʼʼ kali ini suaranya sudah tidak disorok lagi. Semua orang dekat kafe itu sudah dapat mendengarnya. Semua perbualan kosong dihentikan. Masing-masing sedang pasang telinga. Tiga orang pengawal keselamatan berhampiran yang mendengar suara lantang itu sudah mula berjalan ke arah mereka.
ʻʻCorrectionʼʼ jawab Faiz, masih tenang. ʻʻAku tidur dengan girlfriend akuʼʼ
Jawapan yang terus mendidihkan darahnya.
ʻʻBangsat kauʼʼ kata Dean yang sudah tidak dapat menahan marahnya.
Dean meluru ke arah Faiz dan terus menerkamnya. Tangan kiri mencengkam baju Faiz, tangan kanan menghayun satu penumbuk sulung yang hinggap ke muka Faiz dengan kuat sekali, sehingga terpercik darah dari gigi dan mulutnya.
Belum puas hati dengan tumbukan pertama, Dean memberikan hadiah percuma berbentuk tumbukan kedua. Terhentak kepala Faiz pada kerusi dibelakangnya tatakala dibelasah oleh penumbuk cina itu. Tak sempat dia berkata apa-apa.
Tiga pengawal keselamatan yang dari tadi sudah berjaga-jaga melihat keadaan yang semakin tegang, terus menarik Dean dari mencengkam Faiz dan meleraikan mereka.
Dean meronta-ronta bagai orang gila, sambil cuba untuk dipegang erat oleh tiga pengawal keselamatan itu. Tiga lawan satu pun susah nak bendung. Segala kederat yang ada pada Dean dikeluarkan sekuat-kuatnya. Dilawan tiga pengawal tersebut sampai dia terlerai dari pegangan mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/283432254-288-k313391.jpg)
YOU ARE READING
Sentuhan dari Syurga (Nonlinear)
RomanceManusia itu dijadikannya berpasangan. Berpasangan bermaksud DUA. Jika adanya TIGA, maka ianya melanggar fitrah cinta. Maka itulah yang berlaku apabila dua lelaki mencintai seorang wanita. Dan apabila dua wanita mencintai seorang lelaki. Cinta dan ke...