Chapter 5: Korek Rahsia 🔞

32.7K 88 1
                                    

Linda membuka pintu rumah teman lelakinya, Zulkifli, dan kemudian menutup dan menguncinya semula selepas masuk ke dalam rumah tersebut. Zulkifli memang dah bagi satu salinan kunci rumahnya kepada Linda. Dan Zulkifli juga ada satu set kunci apartment Linda. Mereka sebenarnya memang sudah merancang untuk hidup bersama, jadi tak perlu menyewa dua rumah lagi, tapi disebabkan oleh halangan agama, maka buat masa ini mereka membuat keputusan untuk mengekalkan rumah masing-masing dulu. Bila dah sah menjadi suami-isteri nanti, baru lah secara rasminya mereka akan duduk sebumbung. Sementara itu, cukup sekadar salah seorang menziarahi yang seorang lagi bila perlu.

Susuli dari pertemuan pertama antara Linda dan Zulkifli di rumah Azman satu ketika dulu, Linda telah meminta bantuan Dean untuk menemukan dirinya dengan Zulkifli untuk mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat dan intim lagi. Pertemuan pun dirancang, dan akhirnya terjalinlah hubungan antara keduanya. Hubungan yang pada mulanya hanya sebagai kenalan biasa, tapi akhirnya tarikan antara seorang lelaki dan perempuan mendorong mereka untuk akhirnya berkongsi katil.

Linda melihat waktu di handphone iPhone X nya. Jam sudah pukul 2 pagi. Zulkifli telah pun lelap di bilik tidur utama. Linda pula kepenatan menguruskan dari satu hal ke satu hal, dari kes kematian di Panema Tower sehinggalah melayan kerenah Dean yang sudah angau dengan Mentari.

Linda melabuhkan dirinya di atas sofa, sambil menarik nafas panjang. Ditutup matanya untuk berehat seketika.

Tanpa sangkanya, Zulkifli telahpun tersedar dari tidurnya tatkala teman wanitanya pulang. Apa taknya, Zulkifli adalah seorang anggota polis dibahagian perisikan, telah dilatih teknik-teknik hendap dan senyap, sentiasa peka pada keadaan sekeliling. Zulkifli tak perlu memasang sebarang CCTV atau alarm di rumahnya. Dia akan tahu apabila seseorang masuk ke dalamnya, samada dengan sengaja, ataupun dengan niat sebaliknya.

Zulkifli dengan senyap turun dari bilik tidur utama di tingkat atas ke ruang tamu rumahnya seperti anggota UTK bergerak tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Zulkifli melihat teman wanitanya yang hampir terlena dibuai mimpi di atas sofa. Raut wajahnya tersenyum melihat wanita itu yang telah menambat hatinya.

Dengan pergerakan perlahan, Zulkifli merapatkan dirinya pada Linda. Kedua-dua tangannya memegang tepi sofa, tubuhnya rapat pada Linda, tapi tidak bersentuh. Ianya disengajakan.

Zulkifli menurunkan tubuhnya perlahan-lahan. Mukanya semakin hampir dengan Linda. Bibir mereka hampir bersentuh.

Linda tiba-tiba senyum. Matanya masih tertutup. Linda tahu teman lelakinya ada di depannya.

ʻʻKantoiʼʼ bisik Linda. ʻʻI tahu you ada depan Iʼʼ kata Linda sambil tersenyum.

ʻʻIsh!ʼʼ kata Zulkifli terkejut. Serangan hendapnya tidak menjadi. ʻʻI approach guna covert tactic tadi tau?ʼʼ katanya berjenaka.

Linda membuka matanya.

ʻʻLain kali tahan nafasʼʼ jawab Linda, ʻʻNafas hangat you tu yang you tak boleh sembunyi dari Iʼʼ

ʻʻNafas I?ʼʼ tanya Zulkifli.

Linda mengangguk.

ʻʻMacam ni?ʼʼ tanyanya lagi.

Zulkifli terus mengucup bibir teman wanitanya. Kucupannya lembut pada mulanya, seperti sebuah pembuka kata. Seperti sebuah salam yang baru sahaja diucapkan. Salam diberikan dari hati.

Linda menerima kucupan teman lelakinya dengan rela. Dibuka sedikit mulutnya untuk menerima nafas Zulkifli. Tangan kanannya merangkul leher Zulkifli. Tangan kiri pula memeluk tubuh lelaki sasa ini.

Bibir Zulkifli didakapkan lagi. Tidak dalam, tapi cukup untuk memberi sedikit tekanan. Gincu pada bibir Linda beralih ke bibir Zulkifli pula.

Zulkifli melepaskan kucupannya seketika, melihat bibir kekasihnya, kemudian perlahan-lahan menjilat bibir merah itu. Rasa manis perisa strawberry. Bagi Linda pula, jilatan lembut itu cukup untuk membuatkan tubuhnya mengeliat. Badannya terdongak ke hadapan, dan mulut mereka bersatu lagi. Kali ini giliran Linda pula mengucup Zulkifli.

Sentuhan dari Syurga (Nonlinear)Where stories live. Discover now