*** TIGA PULUH TAHUN YANG LALU ***
Sebuah kereta biru BMW 525i meluncur dengan lajunya di atas lebuhraya PLUS, tidak mempedulikan zon halaju 110 km/j yang telah ditetapkan untuk kenderaan bermotor di atas lebuhraya Malaysia.
Pemandu dan penumpang-penumpang kereta BMW tersebut bukanlah dalam situasi kecemasan untuk membenarkan mereka membawa kereta sehingga melibihi zon halaju, tapi sebenarnya mereka hanya bersuka-suka memandu laju dengan sengaja, kerana mereka sedang menuju ke pusat peranginan yang terkemuka untuk bercuti bersama, dengan perasaan yang riang gembira.
Dua pasangan sedang gelak ketawa diiringi musik kuat dari sistem stereo kereta yang telah diubah suai dengan speaker yang telah ditempah khas dan dipasang pada pintu kenderaan tersebut.
Tetapi musik yang kuat tiba-tiba disenyapkan kerana telefon bergerak ATUR 900 yang dipasang khas di dalam kenderaan tersebut tiba-tiba berdering.
Puteri Erin Adeena yang duduk dibangku penumpang kereta mengangkat ganggang telefon dari kerangkanya yang telah dipasang khas pada kereta BMW tersebut. Kereta mereka merupakan salah satu dari kereta terawal yang dipasang kemudahan telefoni mudah alih yang baru sahaja diperkenalkan di tanah air.
ʻʻHello! Siapa ni?ʼʼ tanya Erin yang masih belum reda gelak ketawa bersama mereka yang lain berada di dalam kereta tersebut.
Setelah mendengar sahutan dari pemanggil telefon tersebut, Erin berkata kembali seperti memberi amaran, ʻʻHey! Kitaorang tengah on the way nak pergi holiday lah! No work calls are allowed, okayy!ʼʼ
ʻʻSiapa call tu, sayang?ʼʼ tanya Raja Syed Azril, suami Erin yang memandu kereta berkenaan.
ʻʻOffice Megat lah call ni! Dia nak cakap dekat Megat pasal projekʼʼ Erin menutup mikrofon gelangan telefon telefon tersebut sambil menyawab pertanyaan suaminya.
ʻʻKata jer aku tak ada!ʼʼ sahut Megat Iskandar yang duduk di kerusi belakang bersama isterinya Puteri Zara Aisyah.
ʻʻDiaorang kata penting lah, Megat!ʼʼ jawab Erin kembali.
ʻʻPotong stim jer office ni!ʼʼ kata Megat sambil mengeluh, ʻʻRil, tu lah aku cakap jangan pasang handset ni dalam kereta kau. Kan office dah call aku!ʼʼ
ʻʻOffice kau, bro! Bukan office aku! Hahahaha!ʼʼ gelak Azril pada birasnya.
Megat menggelengkan kepala dan mengambil ganggang telefon tu dari Erin. Isterinya Zara yang duduk disebelahnya sudah mencuka.
ʻʻHaah? Apa kau nak ni? Kan aku cakap aku tengah holiday ni! We are not to be distrubed!ʼʼ kata Megat dengan nada yang marah kepada pemanggilnya.
ʻʻNanti aku settlekan bila aku balik, okay? Kitaorang tengah holiday ni! Nanti balik aku tengokkan lah!ʼʼ sambungnya lagi.
Dengan katanya itu, Megat terus meletakkan ganggang telefon itu balik ke kerangkanya. ʻʻErin! Disconnect telefon kereta kau ni now! Letʼs not anyone distract us from our holiday!ʼʼ
Azril sekadar tergelak besar pada Megat, sambil isterinya Erin mematikan suis ATUR 900 tersebut agar ianya tidak berbunyi lagi.
Zara yang masih mencuka dari tadi memeluk tubuh, ʻʻOffice! Office! Office! Bosan lah dengan kerja you ni yang tak sudah-sudah! Kita nak pergi holiday pun tak senang!ʼʼ
Megat terus memeluk tubuh isterinya untuk memujuk, ʻʻDonʼt worry, baby. Abang make sure diaorang tak kacau kita, yaʼʼ Megat terus mencium pipi isterinya, memujuk.
Zara memalihkan mukanya menghadap Megat, ʻʻMake sure, okay! Kalau tidak nanti, I merajuk dengan you!ʼʼ katanya memberi amaran.
Megat mengangguk-angguk sambil tersengih, ʻʻDonʼt worry, baby. We are definitely off limits this weekʼʼ
![](https://img.wattpad.com/cover/283432254-288-k313391.jpg)
YOU ARE READING
Sentuhan dari Syurga (Nonlinear)
RomanceManusia itu dijadikannya berpasangan. Berpasangan bermaksud DUA. Jika adanya TIGA, maka ianya melanggar fitrah cinta. Maka itulah yang berlaku apabila dua lelaki mencintai seorang wanita. Dan apabila dua wanita mencintai seorang lelaki. Cinta dan ke...