Bab 22

884 105 18
                                    

Qalisya masuk ke dalam rumah setelah memberi salam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qalisya masuk ke dalam rumah setelah memberi salam. Pintu dikunci sebelum dia melangkah ke bilik tidur. Hayyan yang berada di atas katil bersaiz queen itu tidak disapa. Dia terus menuju ke katil miliknya dan merebahkan badan. Penat.

"Mandilah woi."

Qalisya hanya diam. Jeritan sang suami yang menyuruhnya mandi tidak dapat menandingi rasa penatnya. Hari ini kafenya sibuk sehingga dia terpaksa membantu di dapur bagi menyediakan bahan masakkan. Setelah itu, dia perlu memeriksa stok bahan kering dan bahan basah.

"Busuk."

"Woi busuk."

"Woi si busuk. Mandilah."

Suara Hayyan yang tidak henti itu bagai musik yang mendodoikan Qalisya. Perlahan-lahan matanya tertutup.

Hayyan yang tadi berada di atas katil miliknya sudah menghampiri katil milik Qalisya. Dia membongkokkan badannya agar mulutnya separas dengan telinga Qalisya.

"Baik kau mandi sebelum aku mandikan kau." Hayyan berbisik perlahan. Qalisya yang sudah berada di alam mimpi itu berpusing ke arah Hayyan dan tanpa dia sedar, dia telah memberikan satu ciuman pada pipi Hayyan.

Hayyan kaku apabila mendapat kucupan itu. Dia memegang pipinya. Tubuh dijarakkan sedikit sebelum dia menatap muka sang isteri. Bagai dipukau, mata Hayyan masih tidak berganjak daripada memerhatikan wajah Qalisya yang nyenyak.

Setelah hampir lima minit menatap wajah cantik itu, Hayyan mendapat akal untuk menganggu isterinya. Dia mengambil hujung rambut Qalisya dan dilalukan pada muka wanita.

Qalisya menolak perlahan rambutnya walaupun mata masih terpejam. Hayyan sekali lagi mengganggu Qalisya dengan memasukkan hujung rambut wanita itu ke dalam telinga dan digerak-gerakkan.

Qalisya berkerut sambil menolak kasar rambutnya. Geram barangkali tidurnya diganggu. Hayyan hanya tergelak kecil.

Hayyan melangkah ke katilnya untuk mengambil telefon. Dia kembali menghampiri sang isteri sebelum menganggu tidur wanita itu semula.

Reaksi muka Qalisya yang diganggu itu sempat dirakam. Habis merakam wajah isterinya, dia membetulkan badan Qalisya dan diselimutkan. Biarlah dia tidur dulu, setengah jam lagi aku kejut semula.

Hayyan melangkah keluar daripada bilik dan menuju ke dapur. Peti ais dibuka. Melihat tiada apa yang menarik, Hayyan menutup semula peti ais itu. Dia mengambil telefon bimbit, dompet dan kunci kereta. Kedai runcit berhampiran menjadi destinasinya.

Hayyan terus ke bahagian peti sejuk yang menempatkan pelbagai jenis aiskrim sebaik sahaja dia sampai di kedai runcit itu. Bini aku suka perisa apa? Hayyan merenung setiap perisa yang ada. Alah ambil jelah mana-mana. Kalau dia tak makan, akulah makan.

Aiskrim La Cremeria perisa hazelnut chocolate, peanut butter dan mint diambil oleh Hayyan. Kemudian dia mengambil aiskrim Wall's Hershey's Vanilla flavoured with Chocolate syrup dan Magnolia tutti frutti. Cukuplah lima bekas ni. Antara lima ni tak kan satu pun tak ada yang dia makankan? Mesti ada satu atau dua yang dia suka.

Our FateWhere stories live. Discover now