Bab 23

1.1K 122 22
                                    

Qalisya mengeliat sebelum membuka matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qalisya mengeliat sebelum membuka matanya. Dia bangkit dari pembaringan perlahan-lahan. Eh? Dia pelik dengan keberadaannya sekarang.

Aku yakin semalam aku tidur dengan Hayyan, kenapa tiba-tiba aku atas katil aku? Kenapa bukan atas katil Hayyan? Berkerut-kerut dahinya memikirkan hal itu.

Hayyan yang baru sahaja selesai mandi selamba memakai baju tanpa menghiraukan Qalisya.

"Abang." Qalisya menyeru suaminya.

"Nak apa?"

"Memang sengaja nak menunjuk badan tu dekat sayang eh?" Qalisya menyoal sambil menayangkan riak muka gatal.

"Kenapa? Tergoda ke?"

Qalisya mengangguk bagi menjawab pertanyaan Hayyan. Gila tak tergoda. Badan Hayyan yang tegap tu sangat sedap untuk dipeluk. Teringat pula macam mana seronoknya dia dapat peluk Hayyan malam tadi.

"Kau tergoda macam mana sekali pun, kau takkan dapat sentuh aku. Ingat tu."

Qalisya menggeleng.

"Abang lupa ke?"

"Lupa apa?" Hayyan menyoal bersama kerutan.

"Malam tadikan kita tidur sama. Abang peluk sayang, sayang peluk abang."

Hayyan memandang isterinya bersama kerutan yang berlapis-lapis di dahi.

"Bila masa aku tidur dengan kau? Atau kau curi-curi tidur sebelah aku?"

Sekarang giliran Qalisya pula yang berkerut.

"Abang yang ajak sayang tidur dengan abang. Abang tarik tangan sayang ikut abang tidur. Lupa ke?"

"Kau mimpi ni."

"Mana ada mimpi! Abang lupa ke? Kita tengok movie sama-sama sambil makan aiskrim. Lepas tu kita naik bilik pimpin tangan dan tidur sama-sama."

Hayyan merenung Qalisya dengan muka tak berperasaan.

"Kau memang teringin nak buat semua tu dengan aku ke sampai merepek macam ni pagi-pagi?"

"Saya cakap betullah. Takkan awak tak ingat? Awak kacau saya masa ambil baju, kemudian ajak saya tengok cerita midnight sun tu sama-sama dan..." Qalisya membiarkan ayatnya tergantung. Nak marah tapi tak jadi bila teringatkan hal itu. Perlu ke dia cakap?

"Dan apa? Kenapa tak habiskan ayat kau?"

Qalisya menggeleng.

Our FateWhere stories live. Discover now