Bab 33

1K 102 47
                                    

Qalisya tersenyum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qalisya tersenyum. Dia memerhatikan kafe yang sudah dihias untuk majlis sambutan hari lahir Humaira dan suaminya, Hayyan.

Hampir seminggu dia dan Akid merancang segala persiapan, susun atur majlis dan aktiviti yang hendak dibuat. Mereka menggunakan alasan mahu makan tengah hari bersama-sama keluarga besar sebagai pancing untuk keluarga mertua mereka datang ke kafe. Segala keperluan dan hadiah juga telah dibeli. Jemputan yang dibuat hanya untuk ahli keluarga mereka masing-masing dan kenalan rapat.

Jam sudah menunjukkan jam 2.30 minit petang. Kalau ikutkan perancangan keluarga mertua mereka sepatutnya sampai jam 2 petang, tetapi masih tidak nampak batang hidung. Tetamu sudah sampai tetapi yang diraikan belum muncul pula.

"Que."

Qalisya menoleh apabila dia diseru oleh Akid. Baru sahaja dia nak panggil Akid, orangnya sudah muncul.

"Haa Akid kenapa? By the way kenapa birthday boy dengan birthday girl tak sampai lagi?" Qalisya pantas menyoal.

"Ada masalah sikit. Kita kena balik. Ayah telefon tadi minta kita balik. Hayyan dan Humaira tengah tunggu kita. Ayah cakap ada hal penting nak dibincangkan dekat rumah."

"Kenapa? Penat kita siapkan semua ni." Soal Qalisya.

Akid hanya menjongketkan bahunya.

"Habis tu majlis ni macam mana?" Qalisya kembali menyoal Akid.

"Pasal tu jangan risau. Aku dah minta Amir uruskan semua. Sekarang ni kita kena balik."

Qalisya hanya mengangguk dan mengikut Akid keluar dari kafe.

"Naik kereta sekali dengan aku lah Que." Akid mempelawa Qalisya untuk menumpangnya namun ditolak oleh Qalisya. Akid dan Qalisya langsung bergerak pulang ke rumah mertua mereka dengan kenderaan masing-masing.

Sebaik sahaja sampai, dapat mereka rasakan suasana di situ agak tegang. Qalisya yang mahu salam Hayyan dan Humaira membatalkan niatnya apabila melihat wajah tegang kedua manusia itu. Sudahnya dia hanya bersalaman dengan kedua mertuanya sahaja.

"Perkara penting apa yang ayah nak bincangkan?" Akid membuka bicara dan terus menyoalkan tujuan utama mereka di situ. Tidak betah rasanya dibelenggu dengan suasana tegang itu.

"Kau, kenapa kau keluar berdua dengan Que?"

Akid mengerutkan dahi mendengar bicara Hayyan.

"Bila aku keluar berdua dengan dia?" Akid menyoal pelik.

"Habis tu ni apa?" Hayyan mencampakkan gambar-gambar Akid dan Qalisya yang diterimanya sebentar tadi. Pelik juga dia apabila Diana menghubungi dan mengatakan isterinya perempuan jahat, perempuan sundal.

Bengang dengan kata-kata Diana itu, Hayyan meminta Diana memberikan bukti atas tuduhannya yang tidak berasas itu. Terkejut dia apabila Diana memberikan sampul surat yang berisi gambar-gambar Qalisya dengan Akid dan beberapa orang lelaki lain semasa mereka berjumpa.

Our FateWhere stories live. Discover now