Bab 8

1.3K 131 24
                                    

Qalisya tersenyum riang melihat contact Hayyan yang disimpan sebagai H🐻

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qalisya tersenyum riang melihat contact Hayyan yang disimpan sebagai H🐻. Erm okay ke save nama dia macam ni? Okay kot? Okaylah tu. Huruf H dan emoji beruang tu dah cukup. H untuk Hayyan dan emoji tu untuk bae. Hihihi.

Whatsapp terus dibuka. Contact H🐻 dicari. OMG kacaknya profile pic whatsapp dia. Banyak kali tengok pun tak jemu.

Baiklah rancangan untuk mengorat Hayyan harus diteruskan tapi macam mana nak mulakan? Sejak semalam dia berfikir bagaimana mahu memulakan perbualan dengan Hayyan sebaik sahaja Akid memberikan nombor Hayyan.

Tiba-tiba satu idea muncul di fikiran Qalisya. Dia menarik nafas dalam-dalam dan menekan contact Hayyan. Tangannya laju menaip.

Knock knock knock..


Seminit berlalu. Dua minit. Tiga minit. Sampailah minit ke sepuluh. Masih tiada balasan.

Harini hari ahad kot? Takkan dia kerja? Lainlah aku. Kerja kedai makan memang hujung minggu bekerja kerana faktor manusia yang suka berlibur pada hujung minggu.

Setengah jam sudah berlalu. Dia masih menanti balasan Hayyan namun hampa.

Qalisya menatap chat itu. Bluetick. Eh mamat ni, bluetick je? Dah online tapi tak reti nak reply ke? Tak pe, tunggu kejap. Aku spam.

Knock knock..
Knock knock..
K
N
O
C
K
Knock knock..
Hello?
Ada lagi tak?


H🐻
Siapa ni?
Ada apa?

Balas pun! Qalisya tersengih. Tahu pun nak balas.

Ruang?

H🐻
Ruang?

Haah ruang.

H🐻
Siapa ni?
Tak fhm.

Saya tanya ni.
Ada lg tak..
ruang?

H🐻
Saya tak ada masa nk bergurau.
Siapa ni? Diana?

Qalisya yang bersandar malas pada kerusi pejabatnya terus tegak membaca mesej itu. Diana? Siapa Diana? Ex-girlfriend dia ke?

"Woi! Buat apa?"

Qalisya yang sedang ralit berfikir terkejut dengan terjahan tidak bermoral itu.

"Tak ada sivik ke? Main terjah je pejabat orang. Lepas tu mimpi apa kau datang sini?" Qalisya menjeling setelah menyoal.

Our FateWhere stories live. Discover now