Bab 37

410 32 9
                                    

Hayyan membetulkan segala uratnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hayyan membetulkan segala uratnya. Letih memandu selama hampir enam jam bagai tidak terasa. Hari ini bakal jadi hari yang terindah buatnya. Senyuman tidak lepas dari wajahnya. Hatinya gembira dan teruja. Rindu tak perlu cakaplah, memang dah gila bayang ni merindui insan tersayang. Wajah cantik Qalisya sudah terbayang-bayang di ruang minda. Tuhan, sungguh aku merindui isteriku.

Kaki Hayyan laju menapak masuk ke dalam resort yang telah ditempah sebelum dia berangkat ke mari. Kaunter resort itu dihampiri. Setelah mendapatkan kunci bilik, Hayyan terus menarik bagasi dan berjalan menuju ke biliknya sambil diiringi oleh pekerja yang menunjukkan jalan.

Hayyan menghamparkan tubuhnya ke atas katil bagi melepaskan penat. Nikmatnya dapat baring. Siling direnung sambil membayangkan wajah yang dirindui. Makin lama, mata Hayyan makin memberat. Tanpa menunggu lama, dia terlelap dan mula dibuai mimpi.

Nada dering telefon bimbit yang membingit mengejutkan Hayyan dari lenanya. Siapalah yang kacau ni. Baru je nak mimpi Qalisya. Hayyan menjawab panggilan itu tanpa berlengah.

"Hello, abang dah sampai ke?" Suara Humaira dihujung talian membuatkan Hayyan menarik senyum. Masih kisah rupanya sang adik seorang ni dekat abangnya.

"Dah. Abang dah sampai dah. Ni tengah berehat sekejap."

"Anything update. Jangan lupa makan."

"Humaira." Hayyan menyeru nama adiknya perlahan.

"Yes?"

"Terima kasih dan maaf."

"Untuk apa?" Humaira menyoal walaupun dia tahu untuk apa Hayyan katakan itu.

"Terima kasih untuk pertolongan Maira. Kalau tak sebab Maira, abang buntu nak cari isteri abang dekat mana. Maaf pula untuk semua salah abang dekat Maira dan Akid."

"Okay." Talian terus diputuskan oleh Humaira. Mungkin masih janggal dengan keadaan mereka. Hayyan segera bangkit dan menyucikan diri. Usai bersiap, Hayyan melangkah keluar daripada biliknya. Dia ingin mengambil angin di pantai sambil-sambil memikirkan ayat untuk memujuk Qalisya apabila mereka bersua.

Tiba-tiba rasa takut menghantui Hayyan. Bagaimana kalau Qalisya menghalaunya? Bagaimana kalau Qalisya masih marah dan terus meminta cerai?  Bagaimana kalau Qalisya benci melihatnya? Terlalu banyak 'kalau' yang bermain di minda Hayyan. Asyik dengan khayalannya, tanpa sengaja Hayyan telah terlanggar seorang wanita. 

"Maaf cik. Saya tak sengaja." Sedar akan kesalahannya, Hayyan segera meminta maaf sebaik sahaja sedar dari lamunan panjang.

"Haih iyalah tak apa, tapi cuba pakai mata kalau berjalan tu. Habis air saya tumpah, penat saya beratur panjang tadi."

Mendengarkan balasan wanita itu, Hayyan menjadi serba salah. Perempuan ni maafkan ke tidak? Kata tak apa, tapi merungut juga.

"Maaf sangat, saya tak perasan. Saya ganti balik air awak, nak? Berapa ringgit air mango float awak ni?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 27, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Our FateWhere stories live. Discover now