Bab 35

748 69 5
                                    

Hayyan merenung telefon bimbitnya, berharap akan ada panggilan daripada Qalisya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hayyan merenung telefon bimbitnya, berharap akan ada panggilan daripada Qalisya. Namun harapannya hanya tinggal harapan. Sudah tiga bulan berlalu, Qalisya masih menyepi. Hayyan mengeluh. Hatinya tidak keruan memikirkan keberadaan isterinya. Mandi tak basah, makan tak kenyang, semua yang dia buat tidak menjadi. Buat ke sekian kalinya, Hayyan cuba menghubungi Qalisya walaupun masih tiada sambungan.

Buntu. Hayyan buntu. Macam mana lagi dia ingin mencari dan menghubungi Qalisya? Telefon tidak dijawab, sms tidak dibalas, whatsapp dan telegram pula sepertinya tidak dibuka kerana terdapat satu tick sahaja. Mahu sahaja Hayyan direct message tetapi semua sosial media Qalisya sudah tidak wujud. Mahu sahaja dia bertanya kepada bapa mertua, tetapi adik iparnya sudah siap menanti bersama parang sekiranya dia berani melangkah masuk ke rumah mereka.

Perlahan-lahan Hayyan menghampiri katil milik Qalisya. Tilam itu diusap sejurus dia melabuhkan duduknya. Perasaan rindu terus menghimpit hatinya. Bantal Qalisya dipeluk erat. Qalisya baliklah, aku rindu kau. Aku tahu aku salah, aku menyesal. Baliklah Qalisya, hidup aku kosong tanpa kau. Air mata Hayyan mula bergenang apabila dia sedar luahan hatinya tidak mungkin sampai kepada Qalisya.

Hayyan segera berlari mendapatkan telefon bimbit sebaik sahaja dia mendengar nada deringnya berbunyi. Kecewa yang dirasakan oleh Hayyan apabila nama Razali yang tertera pada skrin telefon, bukannya Qalisya seperti yang diharapkan.

"Ada apa telefon aku?" Hayyan menyoal sebaik sahaja menjawab panggilan tersebut.

"Sampai bila engkau nak cuti? Kes kau dengan Diana kan dah selesai. Tak kesian ke dekat pelajar kau yang lain?"

Hayyan mengeluh. Ya, kes dia dan Diana sudah selesai. Usai sahaja Qalisya pergi, Hayyan terus membuat laporan polis tentang gangguan rumah tangga yang dilakukan oleh Diana kepadanya. Apa yang terjadi kepada Diana selepas itu dia tidak tahu dan malas untuk ambil tahu. Gara-gara perempuan itulah dia kehilangan isterinya.

"Aku dah hilang rasa nak jadi pendidik Jali."

Razali dihujung talian hanya berdiam. Dia faham emosi Hayyan masih terganggu. Namun tidak dapat dinafikan, sikap cemburu buta Hayyan yang suka tuduh melulu tanpa usul periksa turut menjadi punca keretakkan rumah tangganya.  Benarlah kata orang tua-tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

"Fikirlah masak-masak Hayyan. Jangan buat keputusan terburu-buru. Aku letak dulu, ada kelas ni." Razali terus mematikan apabila kebisuan Hayyan yang diterima.

Hayyan termenung jauh setelah talian terputus. Apa lagi yang boleh dia buat selain termenung ketika ini? Badan direbahkan ke atas katil dan mata dipejam. Dia cuba membayang detik indah ketika isterinya masih di sisi. Sekali lagi air mata menjadi peneman Hayyan. Hendak dikesalkan, nasi sudah pun menjadi bubur.

Lamunan Hayyan sekali lagi terganggu apabila telefonnya menjerit bait lirik lagu Happier, nyanyian Ed Sheeran. Nama Humaira yang tertera pada layar telefon bimbit meninggalkan kerutan yang berlapis-lapis pada dahi Hayyan. Selama tiga bulan ini, hubungannya dengan Humaira tidak pernah membaik seperti sedia kala, masih lagi dingin sejak peristiwa hitam itu. 

Our FateWhere stories live. Discover now