Prolog =)

4.1K 177 19
                                    

Telah tertulis di Luh Mahfuz akan setiap langkah perjalanan hidup kita

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Telah tertulis di Luh Mahfuz akan setiap langkah perjalanan hidup kita.

Dengan siapa kita kenal.
Dengan siapa kita berkawan.
Bila kita jumpa jodoh.
Bila ajal kita tiba.

Jadi usah risau akan perjalanan hidupmu,

Kita hanya merancang. Tetapi, Allah SWT sebaik-baik perancang.

•••••

KAWAN mana tak gembira bila tengok kawan baik sendiri bertemu dengan jodoh yang dia ingini? Semua akan gembira. Ya, dia juga tumpang gembira untuk Akid. Tetapi dalam rasa gembira itu, hatinya juga terasa sakit. Akid, lelaki yang sentiasa buat dia gembira, ketawa, caring tentang dia dan Akid sahaja yang berada dengannya sehingga sekarang. Dia sudah jatuh suka dengan Akid tetapi apakan daya Akid hanya menganggap dia sebagai seorang kawan dan tak lebih dari itu.

Dia ingat Akid suka padanya tetapi tidak. Iya, siapalah suka perempuan kasar macam dia? Tak ada siapa Qalisya.

Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan rambut panjang Que terbuai. Dia duduk di atas permukaan pasir dan termenung memandang pantai yang tenang itu.

Apalah nasibnya? Mak dah tak ada, ayah lumpuh, orang pun tak nak dekat dia. Dia menghela nafasnya perlahan.

"Buat apa termenung sorang-sorang kat situ?" Tegur satu suara yang dia cukup kenal.

"Biarlah. Yang awak dekat sini buat apa?" balas Que tanpa menoleh.

Hayyan yang tadi berdiri, terus duduk di sebelah Que.

"Teman awak. Saya nampak awak tadi dari tadi lagi duduk sini sendiri. Tak salahkan kalau saya teman? Kenapa tak ikut makan sama-sama?" soal Hayyan.

"Saya ni bukan sesiapa. Kenapa saya perlu ada dekat sana? Itukan hari bahagia Akid dan Humaira."

"Sebagai kawan baik Akid, sepatutnya hari bahagia dia jadi hari bahagia awak juga. Kenapa awak cakap awak bukan sesiapa? Awakkan kawan baik Akid."

"Atau awak ada simpan sedikit harapan yang Akid akan anggap awak lebih daripada kawan? Tapi sebab kecewa, awak cakap awak bukan sesiapa. Macam tu?" sambung Hayyan lagi.

Que hanya diam. Apa gunanya menafikan dan menegakkan benang yang basah? Sudah terang lagi bersuluh apa yang dikatakan Hayyan itu benar. Itu yang dia rasa sekarang. Sebab itu dia di sini. Bersendirian.

"Hayyan, saya ada permintaan," ujar Que. Memecahkan tembok sunyi antara dia dan Hayyan.

"Apa dia?" Hayyan memandang sisi wajah wanita itu. Walaupun dari sisi, wajah itu tetap cantik dan terus membuatkan dia jatuh hati.

Our FateWhere stories live. Discover now