Bab 2

1.3K 142 20
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

And some people enter the heart without any permission, as though they have reserved their place within you a long time ago.

•••••

DIA merengangkan anggota-anggota badannya. Penat tidak dapat dinafikan lagi. Hari ini saja ada kelas dari pukul 8 pagi. Petang nanti ada 2 kelas dari pukul 2 petang hingga 6 petang. Nasib baik dia tak ada kelas tengah hari. Boleh dia pergi lunch di luar. Dia meletup-letupkan jari-jari tangannya untuk menghilangkan kepenatan dan kelenguhan.

Sudah hampir 6 bulan dia ditukarkan di universiti itu. Syukur semuanya dipermudahkan. Sepanjang tempoh itu juga dia menerima pelbagai hadiah seperti coklat dan bunga daripada pelajar perempuan sama ada yang dia kenal mahupun tidak.

Maklumlah dia merupakan pensyarah muda yang memang terlajak laris. Bukan nak puji diri sendiri tapi memang kenyataan dia popular dalam kalangan pelajar kerana dia mempunyai wajah yang kacak, badan yang tegap dan gagah pula tu. Tapi ada satu je yang tak best tentangnya, iaitu sombong.

Ya, dia sombong apabila bersama pelajar perempuan yang jelas nampak berminat dengannya. Pelajar yang hanya mahu bertanya atau apa-apa yang berkaitan dengan kerja dan pembelajaran, tidaklah dia buat perangai sombong. Cuma dia sukar untuk didekati.

"Sir!!"

Hayyan menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Dia ni lagi? Aduhai..

"Yes?" balas Hayyan dengan wajah beku.

"Sir nak pergi class ke tu?" Diana, peminat nombor satu Hayyan itu mula mengajaknya borak.

"Habis tu? Takkan saya nak pergi SOGO pula?" Hayyan menjawab pertanyaan Diana dengan dingin. Senyum pun tidak. Dia tak boleh bagi muka dekat Diana ni, sekejap lagi tergedik-gedik. Rimas!

Hayyan terus berjalan dan menurun tangga dengan laju, meninggalkan gadis itu di belakang. Sebaik sahaja sampai ke anak tangga terakhir, dia kemudian cepat-cepat berlari masuk pejabat.

"Aik Hayyan, macam kena kejar hantu je?" soal rakan sekerjanya, Razali. Meja mereka hanya sebelah-sebelah. Jadi dia boleh nampak dengan jelas macam mana Hayyan termengah-mengah.

"Memang pun. Hantu pakai kasut sepuluh inci. Mujur dia tak dapat kejar." Hayyan meletakkan buku mengajarnya di atas mejanya.

Razali hanya menggeleng. Lucu melihat kawannya yang kelam-kabut dikejar peminat.

"Kau ni cubalah sekali sekala layan dia. Kesian aku tengok dia tu."

"Eh kau ni. Malas aku. Kau ajelah layan dia. Aku tak layan pun dia dah kejar macam ni, kau bayanglah kalau aku layan? Lagi mengelenjat dia macam ulat bulu."

Pecah tawa Razali. Macam tu sekali ye tahap tak suka Hayyan.

"Ni kau ada class lagi ke sekejap lagi?"

Our FateWhere stories live. Discover now