Bab 12

1.2K 124 22
                                    

Qalisya memandang cermin dihadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qalisya memandang cermin dihadapannya. Busana pengantin yang tersarung ditubuhnya sangat cantik. Wajahnya yang sudah didandan oleh mak andam itu pula ditatap. Subhanallah cantiknya aku. Macam tak percaya saja aku dah nak kahwin!

Memang express sungguh perkahwinan dia. Semua ni sebab Hayyan. Segala rasa geram yang berbuku dihati masih belum sempat dia balas.

Tak apa Hayyan. Ada ubi, ada batas. Ada hari, aku balas! Geramnya! Sudahlah gementar masa merisik tempoh hari masih belum hilang, sekarang sudah bertambah dengan gementar nak menjadi isteri.

Sungguh, dia tak percaya dia bakal bernikah hari ini. Rasanya baru semalam dia dirisik oleh ibu dan bapa Hayyan. Dia juga masih ingat macam mana terkejutnya Encik Zaid bila dia tiba-tiba beritahu ada orang hendak merisik dan menyunting dirinya menjadi isteri dalam masa terdekat. Mujur sahaja bapanya tiada masalah jantung.

Qalisya menoleh apabila mendengar pintu biliknya dibuka. Wajah ayah dan adik-adiknya menjamu matanya.

"Cantiknya anak ayah."

Senyuman ditarik hingga ke telinga mendengar pujian sang bapa.

"Terima kasih ayah."

"Tak sangka anak dara ayah sebentar saja lagi nak bernikah. Cepat betul ye. Terkejut ayah ni masih belum hilang tau."

Qalisya hanya menyengih. Semuanya sebab Hayyan! Sabar je lah. Mujur aku sayang.

"Maaf ayah. Lisya pun tak sangka secepat ini."

Encik Zaid hanya tersenyum. Tangan anaknya dicapai dan diusap.

"Tak apa sayang. Ayah tak kisah. Ayah gembira dapat tengok anak ayah ni bahagia. Dah jadi isteri nanti jangan nakal-nakal ye. Dengar cakap suami kamu, jangan menderhaka. Jaga maruah diri dan suami kamu.

Syurga Lisya bawah tapak kaki suami sebaik sahaja Lisya sah jadi isteri dia. Lisya faham kan?"

Qalisya mengangguk perlahan. Rasa sebak mula menyelinap masuk ke ulu hatinya.

"Eh kau kak. Jangan nak drama air mata pula. Buruk make up kau nanti." Qalish yang sejak tadi diam menegur kakaknya. Tipulah kalau dia juga tidak sebak. Qalisya satu-satunya kakak yang dia ada.

"Mengata aku ke diri sendiri? Cuba cermin diri tu sikit? Kau tu yang macam nak nangis!" Pantas Qalisya membalas sambil tergelak.

Bunyi orang menyedut hingus menggamit perhatian. Serentak semua yang ada disitu memandang Qalif.

"Angah patutnya kau pesan dekat Qalif lah! Tengok dia yang menangis!"

Qalisya tergelak lagi. Hilang sekejap rasa gementar yang dirasainya.

"Itulah tu. Patutnya pesan dekat budak ni hah." Qalish menepuk bahu Qalif sambil berkata.

"Dah-dah. Jangan menangis. Kakak kamu bukan lari terus. Lepas dia menikah nanti kamu boleh je jumpa dia lagi. Orang gembira, dia sedih pula." Encik Zaid cuba menenangkan perasaan si bongsu.

Our FateWhere stories live. Discover now