Yahh, let me introduce you to some new thangs
New thangs
New thangs
Bass kick swingin' like I'm Bruce Lee
Bruce Lee
Bruce Lee
...............................Aisya Imani tersedar dari tidurnya pada pukul enam pagi lalu menutup alarm telefon yang membingitkan telinga sesiapa sahaja. Dia memang sengaja memilih lagu kick it- nct 127 kerana lagu itu rancak dan kuat.
"Bangunlah Aisya oii, nanti lambat pulak nak solat" monolognya sendiri. Bercakap seorang diri ialah sikap biasa Aisya sampai dalam bilik air pun dia bercakap seorang diri. Kadang-kadang dia berasa yang dia sedang bercakap dengan syaitan yang ada di dalam bilik air tu.
Dia bangun dengan keadaan yang masih mengantuk menuju ke bilik air untuk mandi dan mengambil wudhuk. Setelah 15 minit bertungkus-lumus di dalam bilik air, dia keluar dan menyarungkan pakaian pada badannya. Dia juga bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh.
"Allahu akbar" Aisya mengangkat takbir setelah membaca niat di dalam hati. Maka mulalah kewajipannya sebagai umat islam.
~
Aisya memilih baju yang sesuai untuk dia berjogging. Memang rutin hariannya berjogging setiap pagi. Katanya ingin tubuh badan cantik dan sihat.
"Morning ibuku yang tersayang" sapa Aisya dengan senyuman setelah keluar dari bilik tidurnya. Ibunya sedang menghidang mihun goreng dan air teh panas.
"Morning too daughter" balas ibunya, Siti Aisyah.
Aisya hanya tinggal dengan ibunya dan juga seorang abang bernama Aarif Iman. Ayahnya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia sudah hidup tanpa ayah selama 17 tahun. Kini umurnya sudah menginjak 24 tahun.
Aisya mengambil jem dan mengoleskan ke atas roti sebagai sarapannya. Dia juga membekalkan air kosong untuk dia berjogging nanti.
"Aisya pergi dulu ibu" kata Aisya yang sedang memakai kasut sukan kepada ibunya kerana dia sudah mahu pergi berjogging.
"Hati-hati jogging tu takut nanti ada mamat mengorat adik" kata ibunya sekadar bergurau.
"Apalah ibu ni, adik tahulah adik cantik tapi taknak lah adik dekat mamat entah siapa" ucap Aisya diselitkan sekali pujian tidak berasas. Tapi hakikatnya memang Aisya seorang yang cantik dan memiliki badan yang langsing bak model. Ketinggiannya juga selalu para perempuan cemburukan.
"Masuk bakul angkat sendiri nampak" tegur abangnya, Aarif, dengan gaya orang yang baru bangun dari tidur.
Aarif Iman juga apa kurangnya dari segi rupa dan penampilan diri. Manakan tidak kalau adiknya cantik mesti abangnya hesmes. Dia juga memiliki badan yang tiptop githuww. Senang cerita Aarif seorang lelaki yang perempuan mahukan. Dia juga tua dua tahun berbanding adik perempuannya.
"Jangan iri, jangan iri, jangan iri dengki....."
Puan Aisyah dan Aarif hanya memekakkan telinga mendengar nyanyian sumbang katak bawah tempurung si Aisya itu.
"Kau pergilah jogging tu, sakit pulak telinga aku dengar kau menyanyi pagi-pagi buta ni. Kalau sedap didengar tak apalah jugak" perli Aarif memanah tepat ke jantung adiknya yang sedang menyanyi.
"Ok ok hehe...." kata Aisya malu dengan nyanyian suara monyetnya.
Puan Aisyah menggeleng kepala melihat telatah anak-anaknya. Seorang mulut lepas yang menyentapkan jiwa raga, seorang lagi ego tinggi bak gunung Everest. Entah ikut siapa pun dia tidak tahu, tetapi kedua- dua anaknya sangat manja dan tidak melawan cakap.
Siti Aisyah adalah seorang yang tegas dan kuat membebel memandangkan dia memainkan peranan sebagai ibu sekaligus ayah kepada anak-anaknya.
Typo abaikan
Jangan lupa vote and komen 😘